Selasa, 5 Mei 2015

TIPS SYAMPUTRA RAZALI : Istiqamah Berniaga Jawapan Kejayaan Dalam Tupperware

 TIPS SYAMPUTRA RAZALI : Istiqamah Berniaga Jawapan Kejayaan Dalam Tupperware

salam semua..

tahun ini adalah tahun ke 7 dan tak sampai lagi usia saya menjelang usia ke7
saya merasakan masa bukan jawapan dan penentu kepada kejayaan tetapi
cara dan istiqamah kita dalam mencari jalan untuk berniaga itu adalah jawapnnya..

saya sedar banyak perkara yang saya lalui dalam menjadikan diri saya seorang SED diakhir tahun 2016 ini.. saya yakin juga seorang lelaki akan boleh bersaing dengan wanita jika ada keinginan yang mendalam..

bagi saya.. sepanjang pengalaman saya dalam bisness ini.. beberapa perkara yang perlu kita tahu dan kita jaga..

TIPS untuk BERJAYA dalam bisness TUPPERWARE

1 HUBUNGAN - dengan ALLAH. ibubapa.. adik beradik. downline dan upline...kawan kawan.. sesiapa sahaja

perkara paling penting adalah menjaga hubungan kepada Allah.. permintaan dan apa yang kita minta adalah pemberiaannyer.. disamping itu mak ayah perlu juga dipelihara ibarat harta paling bermakna.. sebab doa mereka yang memaknulkan hidup kita jadi sempurna dan hebat luar biasa.. dan hubungan anda kita dengan upline dan downline.. saya faham ramai yang adalah perselisihan paham dengan upline juga downline.. anggapkan salah faham dan buat sahaja macam biasa.. soal hati harus diketepikan.. semua orang buat silap dan maafkan dia dan insyallah dia pun akan maafkan kita.. apa pun kita haruslah berfikir dengan lebih waras dalam menimbulkan isu yang tak memberi apa apa makna..



2. KEWIBAWAAN - Integrity kepada perkara yang betul - walaupun tak ada orang nampak

perkara yang dikatakan integrity ini adalah kepercayaan kita melakukan sesuatu tanpa menunggu orang tengok. masa orang tak tengok pun kita melakukan perkara yang benar dan kita kena tahu.. kalau kita buat benda yang tak elok.. lambat laun jadi seperti monyet yang melompat dari dahan ke dahan.. akan jatuh juga.. hentikan perkara yang tak elok dan start melakukan perkara yang baik dan lurus.. ia akan menyebabkan mata mata orang akan memandang anda hebat tanpa sebarang kontroversi yang mencacatkan.. insyallah.. parut dimuka tak akan hilang tapi ia boleh diminimakan dengan makan berry gen


3. TEKAD dan ISTIQAMAH - bersungguh sungguh melakukan kerja dan mencari downlinbe serta sales walaupun rank sudah ED

perkara pokok dalam bisness adalah consistency dalam berniaga.. sangat menjadi keutamaan bila berniaga kita harus sentiasa mengekalkan  stamina dalam berniaga dan sentiasa memotivasi diri sendiri. ini akan menyebabkan kita akan sentiasa bersemangat dalam melakukan kerja.. insyallah.. recruite dan sales akan masuk berduyun duyun duyun.. dan saya sendiri.. walaupun dah rank ED.. still rasa macam baru masuk dan macam baru nak jadi director.. bersungguh sungguh nak membina empayar team power..


4. PANDANG POSITIF - apa sahaja perbuatan dan perlakuan serta apa yang kita fikir perlu suci dan poditif

perkara yang perlu diamalkan selalu adalah berfikiran postif.. melihat sesuatu dari sudut positif memang agak mencabar tetapi mulakan sedikit demi sedikit dan anda akan berjaya.. contohnya.. anda akan marah kalau stok habis.. dan kalau anda positif anda akan rasa " ohh hebat sungguh tupperware.. stok selalu tak ada.. laris dan ramai orang nak.. demand tinggi" ini menyebabkan kita akan atur strategi nak dapatkan modal dan stok awal...




5. SYUKUR DAN LUAR BIASA - senantiasa rasa rendah diri dan bertindak dilingkungan luar kotak dalam action yang dilakukan

perkara yang anda perlu rasa adalah.. rasa bersyukur kepada apa yang anda dapat dan anda perlu rasa kesyukuran ini kepada siapa sahaja yang berada disekeliling anda.. rai8kan mereka dan jangan lupa raikan diri sendiri.. dan bile anda rasa bersyukur.. anda adalah seorang yang menghargai.. namun.. jangan bersyukur dan bergoyang kaki.. anda perlu ada target untuk melangkah lebih jauh setiap hari dan mempunya daya peningkatan yang hebat.. baru lah anda akan... maju..




fuuhhhh.. lega juga dan taip Tips ini.. dah lama juga saya tak tulis tips.. ini.. semoga menjadi tips dan bantuan kepada anda.. terima kasih kerana sudi membaca...

salam sayang untuk semua..





























Jumaat, 1 Mei 2015

RAHSIA RECRUITE RAMAI : SAYA SEDIA KONGSIKAN dengan TEAM POWER

Salam semua


SHARE TIPS RECRUITS RAMAI : SAYA SEDIA BERKONGSI RAHSIA KEJAYAAN DENGAN ANDA. AYUH !!! taip <SAYA MAHU> <NAMA><Upline> hantar ke 012-3993947
_________________________________________________________________________________

itu lah promo yang saya buat di facebook yang menampakkan ramai yang berminat untuk join dan saya sedia nak bongkarkan  rahsia ini untuk kemajuan TEAM POWER dan teman teman yang lain..
kali ini saya ingin kongsikan di whats app dan anda boleh bertanya dan mengutarakan cadangan dan juga pendapat anda. saya sedia menerima dan penambahbaikan yer..

saya yakin.. dengan rahsia ini.. anda bukan sahaja mampu untuk terus gemilang tetapi mencipta legasi baru dalam Tupperware ini..

ini adalah artikel saya tahun lepas dan saya ingin perjelaskan dengan lebih bagus didalam whats app








inilah kalau boleh saya berikan sedikit sebagai tips untuk anda sebagai panduan mengRECRUIT agar mudah dapat dengan jayanyer


Tips mengRECRUIT dengan jayanya dalam SeHARI ahli Tupperware
1.                       BIJAK MEREBUT PELUANG
Perkara pertama dalam meRECRUIT orang dalam Tupperware ini adalah kebijakkan kita mengambil peluang.. jangan salahkan pesaing yang bijak merampas downline kita sebab sikap kita yang tak berapa nak menjaga dia.. dan kita pun jangan lah merampas hak orang tanpa tuan puanya badan merestui.. dan kebijakkan kita merebut peluang itu bila dimana sahaja kita berada.. kita harus jadi sikit muka tembok.. manalah tahu yang kita recruit tu jadi mutiara yang bersinar.. dan TEAM POWER kini telah mencapai angka 27 orng Director dan mencecah 1200 orang dalam 2 tahun dan purata dalam sebulan.. kita Berjaya merecruit 100 orang downline.. dan ini adalah petunjuk tentang perkembangan rangkaian dan  network dalam TEAM POWER..  Alhamdulillah.. melalui TEAM POWER.. strategi dan tips yang kita kongsi membuahkan hasil
2.                       BERPADA – PADA MEMBERI TAWARAN GIFT
Adakalanye.. sebab nak bersaing dan terdesak.. kita menawarkan keahlian percuma dan kekadang saya lihat banyak betul gift yang diberikan.. abagi saya.. gift boleh disediakan.. tetapi harus tidak melampau.. saya ada pengalaman.. taja orarang masuk dan bagi hadiah lagi.. last last.. ntah kemana dia.. kenyang dan tak kembali.. siap berhutang lagi tu.. OMG.. memang mintak jauh lah.. lebih baik kita recruit dan bagi tanda hati yang berpatutan agar dia tak berapa sangat disogokkan dengan hadiah.. nak dapat sesuatu harus capai target.. dan sikap bersiang utk menjadi yang terbaik ini adalah dari sikap kita tak terlalu terhegeh hegeh sangat nak daftar downline.. jadi downline yang berkuality adalah downline yang mampu berdikari
3.                       TELUS DALAM BERKATA
Bila mengatakan sesuatu.. ayat tu memang la manis.. jangan terlalu manis.. contohnya.. beri harapan.. “saya lihat awak nie mampu buka stokes”.. padahal dia nak jadi ahli sebab nak dapat 25 %s ahaja.. jadi kena tahu dia mendaftar atas tujuan nak bisness atau nak guna sendiri.. jadi kena telus dan cakap sahaja.. kalau beli sendiri.. jangan la nak komisen plak.. sebab siapa yang berbisness je boleh dapat komisen dan kena ada 2 orng minima dan atas nama sendiri ada 500. Memang agak berat.. tapi dari situ kita tahu dia nie jenis berkira atau banyak songeh.. nak free itu.. nak free ini.. macam macam karang dia mintak nyer. Bahaya orang macam nie.. mintak jauh..
4.                       FULL OF KNOWLEDGE
Semestinya ilmu dan lengkap dengan info semua kita haru peka.. bile ditanya je.. kita terus jawab dengan confident nyer.. dan kita dah jadi kamus bergerak.. tapi kalau kita ragu ragu.. harus rujuk dengan yang pandai.. dan kita harus belajar dan senantiasa mahukan kebaikkan diri.. jangan plak bodoh sombong tak nak bertanya.. terus sesat jalan jawabnyer.. makanyer kena lah study sikit dan senantiasa practise utk explain marketing plan dengan new prospek kita. Bile dah lama lama.. harus kita dah master dengan katalog dan segala macam pertanyaan. Jangan takut.. semua orang yang baru, harus bermula dari bawah..
5.                       YAKIN DAN MEYAKINKAN
Tak dapat disangkal.. siapa yang paling yakin.. dia akan mendapat perhatian.. yakin ditunjukkan melalui nada bercakap.. dan ayat melalui perkataan.. gambar juga memainkan peranan dan testimony orang juga salah satu cara. Harus kena meyakinkan mereka yang nak masuk agar mereka rasa selamat duduk dibawah naungan kita.. jangan hanya beri janji palsu.. dan langsung tak peduli.. tapi kalau dia buat sales setahun sekali. Jangan la caring dia lebih lebih.. orang dah tak minat.. kita cube bagi dia berehat je.. bile dah terbuka pintu hadiah dia.. terus kita beri tips.. jangan paksa orang.. dan jangan sesekali menipu dia.. cakap je jujur.. sebab kejujuran itu pahit tapi ia adalah penawar kepada segala galanyer..


mendaftar ahli ibarat mendaftar surat beranak ahli keluarga

inilah dia kalau kita tak ada downline.. hah.. buat sales sorang sorang

 berdua kan lebih baik.. banyak faedahnyer

menunggu tu satu aktiviti yang menguji kesabaran

lepas berjaya sesuatu cabaran.. makan makan satu cara memberikan penghargaan diri sendiri

katalog jangan lupa bagi pada new dowline

tepi jalan pun boleh recruit kalau kena gayanyer

antara contoh hadiah utk new recruit

pulun lah menulis form bile dah ada ic

fokus untuk susun downline ada salah satu rahsia

kalau ada stiker lagi senang cerita

napkin presentation harus ada bile bertemu dengan downline
jadi jika anda nak jadi ahli..
segera call saya yer
012-399 39 47
Syamputra Razali

Khamis, 30 April 2015

Ahad, 26 April 2015

Kisah penjual tupperware : nett item diserbu

Salam.. Malam nie ada kesah menarik nak kongsikan

Tengah hari aku g kenduri. Memang meriah gile 
Dekat je pun kenduri. Sebelah umah

Malam plk aku bawak family g makan macam macam.. Kak teh dan ina nak belanja.. Best gile

Gambar kak long x nampak plak

Pastu aku balik dan mandi...
Al kesahnya. Aku tengah mandi manda kat umah yang permai ini dan tetibe ada plak seorang makcik jiran aku dok dtg memalam. Baru je nak mandi lama sikit terus terbantut dibuatnya. Lalu aku pun bertanya..
"Iyer makcik jue.."
Makcik tu balas "engkau ada tupperware yang 35 hinggit tu.. Kau ada jual tak?"

Terus aku mengelamun.. Teringat kesah dia yang setiap kali aku jual.. Langsung x nak beli ngan aku. Katanya beli kat budak opisnya. Tetibe bile nak yang 35 hinggit nie datang plak kat aku..

 lalu setelah berangan seketika.. Aku membalas " saya memang dah abis jual dah cik ju.. Memang macam goreng pisang panas"

Aku pun menambah lagi "barang tu memang murah cik jue. Besar plak tu"

Dengan mengeluh dan aku tak tanya pun.. Terus dia mengadu " budak opis aku tu x nak jual kat aku plak. Dia jual sebijik 35 hinggit.. Dah beribu aku beli ngan dia.. Pot pek pot pek ... (Berleter)"

Aku yang sedang bertuala dan ala ala seksi nya terus pintas kata kata dia "sabtu depan saya buat party kat umah saya nie. Dtg lah. Saya bagi special kat makcik ju"

Terus makcik tu macam nak terkam aku yang sedang separuh bogel nie dan berkata
"Bagus kau nie.. Tetap nak bagi aku hadiah walaupun aku tak pernah nak beli ngan kau"

Aku pun dengan bontot kembang dan tuala nak terlucut .. Terus cakap " ajak lah kawan kawan datang yer.. Oklah yer .. Saya nak sambung mandi nie"

Pastu makcik jue.... Terus cakap "baiklah.. Minggu depan yer"

Aku pun terus sambung mandi..

Khamis, 23 April 2015

Salam jumaat untuk semua warga peminat Tupperware

Pagi pagi lagi dah semangat..

Salam semua
Hari ini syukur sangat sangat seorang pelajar membantu aku untuk masuk kembali ke blogger ini

Memang baik budak tu.. Tolong dan tak minta pun balasan. So dapatlah aku menaip sepuas puasnya di blog ini

KPI aku kali ini akan merajinkan menulis. X kesah lah apa benda nak tulis.. Oklah
Aku nak cerita kesah kehidupan aku nak meniaga tupperware nie. Semoga boleh jadikan inspirasi semua

Oklah.. Tahun ini menjangkau tahun ke 5 aku dalam bisness nie. Agak lama kuga.. Dari orang biasa dan kini alhamdulillah. Bolej beli rumah dan macam macam lagi.. 

Sementara minyak kete diisi.. Sempat aku makan ais krim padelpop

Teringat zaman dulu dulu memang susahnya nak dapatkan padelpop nie. Sebab agak mahal dan  meleleh air liuer je la. Skrg .. Aku rasa seronok dengan usaha keras yang berbayar dengan pendapatan 5 angka setiap bulan melalui tupperware.

Aku pun nak buktikan pada semua yang aku mampu berjaya dan kekal hebat dan memang ia sangat mencabar tapi kita kena sukakan cabaran kalau nak berjaya

Untuk anda yangvtak tahu lagi. Saya seorang tenaga pengajar MARA dan saya bekerja dari jam 8-5 setiap hari dan saya spend 10 minit sahaja utk bisness ini utk tracking dan motivasi ringkas


Makan tengah hari dengan nasi brown yang sedap sunghuh


Actually macam x cukup tido sebab semalam bantao IMAX cerite avengers. Nasihat aku.. Kena ada tido cukup kalau tak. Aku tertido..

Testing 1 2 3

cubaan..

Iklan Tengah

iklan atas

Iklan Bawah

🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟

  🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟 💥 BERSAMA JUARA BULAN BINTANG NEXT TOP MODEL 2...