Memaparkan catatan dengan label Testimoni. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Testimoni. Papar semua catatan

Khamis, 5 Julai 2012

Ingatkan Bulan Jun biasa - biasa sahaja.. rupanya..

salam semua
apa khabar anda yang sudi membaca celoteh saya yang ala ala mengarut ini..
bulan Jun sememangnya saya sibuk menjalankan kerja di pejabat
dan waktu 8 - 5 memang tak leh usik dan hanya ada peluang 1-2 sahaja untuk menyentuh tupperware..
ye lah.. waktu lain tu bahaya kalau meniaga di opis..
tak molek dan tak elok..

ohh ya..
saya meramalkan bulan lepas bulan JUN memang bulan yang biasa
rupanya..
bulan yang melahirkan banyak rekod dan jugak bulan mengulang sejarah lama era kegemilangan saya sewaktu 3 bulan masuk tupperware..
permulaan bulan dah melonjak keangka 10 ribu.. berkat usaha semua downline dan director..
saya juga bersungguh - sungguh berjumpa new customer yang terus menjadi ahli..
dan saya tak serik nak buat edaran katalog dan buat video syok sendiri saya tu..
dan bulan Jun jugak lah saya memaksimukan Handset baru hasil duit komisen..

berikut adalah kejayaan saya pada bulan Jun..

awal jun : beli samsung galaxcy NOTE pakai komisen bulan mei..
awal jun.. saya terpilih suruh buat demo tupperware kat mid valey dan terus saya over - over buat kat sana..
kat sana pun ramai dapat downline..
dan yang bestnya.. bulan Jun..
ada 2 orang director muncul dengan FAST Track.. iaitu Farah dan JUN.. ( tak sangka Jun jadi director bulan Jun juga)
dan director saya muncul dengan 1 star iaitu Khairani..
bulan Jun ini maka lengkaplah SETAHUN 6 Bulan saya bergelar Director dan pada bulan Jun.. adalah bulan pertama saya menjadi 5 star Director..
alhamdulillah.. syukur pada Allah..
bulan jun juga saya beli Peti sejuk dan dapor letrik.
senang dan menjimatkan..

bulan jun jugak saya menerima beberapa penghargaan dari majikan saya.. MARA
saya terpilih sebagai Finalis dan dapat number 2 keseluruhan ANUGERAH Guru Terbilang peringkat MARA
.. memang membangga diri saya..
berkat doa mak ayah dan keluarga
saya sekali lagi berjaya mendapat  anugerah prestasi cemerlang MARA untuk tahun 2010 dan dapat 1000 dari MARA

syukur saya sebab perjalanan hidup saya kini semakin mudah dan berjalan lancar

kad kredit dah selesai dibayar
hutang piutang dah langsai..
rasa ringan badan dan bila nak g makan.. main sedap je tunjuk..
tapi ada had jugak.. jangan lah berangan macam orang kaya plak..
hehehe berjimat itu perlu.. pengurusan wang pun perlu..

ohh ya..
macam director saya pun.. ada dah berjaya.. macam hyqal yang dah beli motor Rm 9 ribu hasil kumpul unrung dia selama 9 bulan..

edy : dah khabarnya amek lesen kete..

rina di bintulu dah jadi stokis kecil di sana.. serta bergiat aktif dengans eni kraf tangan...

jadi.. bak kata orang.. siapa sangka rezeki depan mata..
ada plak hamba ALLAH nie jumpa saya dan terus nak order kurma set samapai 500 set..
terduduk jugak dengar dan dia bagi cash plak..
OMG.. memang nak menjerit bila dengar..
tu lah saya punya overall team sales cecah 58 ribu kesemuanya.. dan semua director saya berjaya buat 3k keatas.. memang hebat dan luar biasa !!

semoga Allah memudahkan perjalanan perniagaan saya dan kekalkan kepercayaan customer dan downline juga director kepada saya dan saya mahu berjaya seperti mereka yang dah berjaya..

kalau mereka boleh..
saya pun BOLEH !!



bile beli banyak kurma.. dapat level pun jenuh nak jual..



Ahad, 27 November 2011

Aku Sudah BUKTIKAN.. Bersama Tupperware !!

salam..
sebenarnyer 1 disember nie genap setahun saya menceburkan diri dalam arena Tupperware Ingat lagik First Time dulu.. kakak saya "kak mira" - hlurkan katalog tupperware dan dia suruh amek order kat opis mula mula rasa malu sangat yer lah.. TUPPERWARE.. ada ker orang nak beli?.. macam macam benda yang negatif.. tapi saya pun cube je la.. bile dah bawah 1 katalog tu.. berduyun orang nak order.. rupanya kat opis dah ada 2 orang ahli yang niaga.. tapi pelik.. kenapa orang beli kat AKU?.. hmm aneh kan..  bile diselak selak mata fikir.. cewahhh ayat sastera.. baru aku perasam CUSTOMER nak beli Barang tengok penjual.. kalau kita tak berkira.. macam seposen dua.. memang mereka suka.. layanan kita pun kena sangat sangat best.. puji dan memuji dan rasa teruja bile jual..  sekarang dah hampir setahun.. paling best saya dapat jualan 65 ribu team sales.. saya dah ada lebih 300 downline.. dan rasa seronok bile setiap bulan dapat lebih 2 ribu komisyen dari Tupperware  memang saya percaya.. dengan TUPPERWARE.. dapat mengubah hidup saya.. saya dah tak ada hutang kad kreadit.. saya senang nak beli baju dan senang nak beli makan.. tak payah nak tengok tanda harga atau tanya " berapa harga?" sekarang saya akan bina rangkaian saya dan target dapat downline 1000 untuk tahun kedua.. saya memang tak mudah putus asa.. dan cuba jaga downline dengan jayanya..  oh ya.. ANDA dah jadi ahli?

Iklan Tengah

iklan atas

Iklan Bawah

🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟

  🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟 💥 BERSAMA JUARA BULAN BINTANG NEXT TOP MODEL 2...