Isnin, 6 Januari 2014

katalog tupperware malaysia januari 2014

salam
inilah katalog yang ditunggu tunggu..
selepas 6 hari baru saya nak paparkan.. bukan apa.. menunggu regangnya tekanan bulan disember yang mencatatkan REKOD BARU..



inilah total sales organisation TEAM POWER yang berjaya dipecahkan.. alhamdulillah.. inilah dikatakan perkara mustahil akan jadi kenyataan bile kita focus dan kearah itu.. insyallah kita akan berjaya..

TAHNIAH kepada seluruh warga team power kerana menyumbang kepada angka ini..

JOM lah kita cuci mata dengan katalog baru..
ada special untuk anda..

.

inilah katalog baru bulan januari 2014









































Ahad, 5 Januari 2014

Ulang Tahun Ayah - Inspirasi BERJAYA

salam semua..
hampir saban tahun.. ayah diraikan dengan hari ulang tahun dan tahun ini agak special.. bile mengenangkan ayah sangat sangat berjaya dalam pengurusan kewangan dan masa kepada keluarga..
dengan kami 8 beradik berjaya menjadi manusia.. dan ayahlah sumber inspirasi yang paling utama..


dipejabatku.. gambar mak ayah.. memang item paling wajib ada.. dan gambar ayah di papan tanda professor.. sangat sangat memberi motivasi..


gambar ini adalah salam satu gambar yang selalu kutatap dan angan angan ku menjadi professor.. dan ayah seolah olah memberi cabaran aku harus menjadi professor dalam kehidupan aku/..

waktu ini ntah macam mana ntah.. aku nak pergi amek jubah konvo kat UPM.. dan masa  ke fakulti.. sempat posing kat depan parking professor,. dan kenangan ini sangat sangat berharga .. dan ia menjadi satu lonjakkan motivasi..



inilah mak dan ayah.. gandingan yang sangat memberikan sesuatu yang bermakna dalam hidupku..
gambar ini masa menaman adek bongsuku mendaftar di UMP , Pahang.. 



sejak masuk tupperware ini.. duit raya menjadi satu hadiah yang sangat best.. ayah harus suke... heheheh


inilah kenangan ayah dan mak masa kat konvo di UPM.. dan semasa di UKM pun mereka datang.. sangat sangat rasa seronok ayah dan mak meraikan kejayaanku dan sebenarnya inilah kejayaan mereka..


maka, hari ulang tahu ayah nie.. aku ingin berazam.. akan memberikan sepenuh daya.. mengubah kehidupan keluar kita.. lebih sempurna dan sama sama nak makan angin ke luar negara..
mesti mereka seronok..

memang ayah banyak memberi makna dalam kehidupan kami adek beradik.. ada 5 ciri ayah yang kami boleh teladani..

1. Cool
Melihat sifat ayah yang sangat cool.. ayah memang tak banyak cakap.. aku ingat  lagik,.. masa dulu.. entah apa yang berlaku,.. mak meradang kat umah.. dan ayah ajak aku naik basikal keluar pergi beli surat khabar.. sekarang aku dapat faham.. dikala mak sedang angin kat umah.. ayah memang tak leh berada dilokasi.. bile dah reda sikit.. aku jadi utusan ayah suruh tengok apa yang mak buat.. so.. memang teknik ayah iaitu tak nak api bertemu api sangat sangat berkesan. aku belajar kini.. kalau kita tengah berada dalam situasi tertekan dan ada orang marah.. biarkan sahaja.. jangan ganggu.. dan abis batry.. dia akan lega..


2. Garang bertempat
Sangat orang tak caya.. bile tengok gambar ayah ala ala heppy.. tapi dia sebenarnya harimau yang sangat garang.. ingat lagik abg ijal kena belasah sampai lunyai.. ala ala boleh report kes dera,, sebab PONTENG sekolah dan aku pun sendiri pernah kena bantai ala ala sampai hanger patah.. masa tu ayah memang tetapkan peraturan.. mandi dan siap nak ngaji sebelum jam 7.. aku lepas balik main main,.. masih lagi nyanyi kat bilik atas.. kuat plak tu aku nyanyi.. "sayang semuanya sudah terlambat".. inilah lagu yangaku ingat sampai sekarang.. kemudian.. "dushhhh dushhhh.... bunyi satu bantaian kebadan aku".. aku menjerit mintak tolong sampai mak kat bawah cakap.. "sudahlah ayahnyer.. budak tu  tak berdosa mana pun".. aku punya lah sakit sampai terkencing kencing.. malam itu.. aku perasan,. masa aku tidor.. mak datang dan sapukan ubat kat kaki dan belakang badan.. mak sempat cakap " nak.. ikut cakap ayah yer".. start itu kehidupan aku terus nyanyi NURD.. ala ala  serba takut.. jam 7 kena mandi.. jam 10 kena tidu.. jam 6 kena bangun.. penuh jadual dan kami adek beradik memang takut sangat.. serba serbi peraturan.. masa makan tak leh bercakap.. dan pernah sekali.. aku berebut nak ayam lebih.. bertingkah la ngan abang aku.. dan ayah.. terus menuangkan kuah sampai penuh satu pinggan aku.. dia terus cakap "bercakap lah lagi"... OMG memang trauma.. nak bercakap masa makan

3. Pesanan bermakna
Satu kejadian yang paling aku ingat.. adalah masa tadika.. masa tu ayah hantar naik basikal,, dan dia cakap,, ok.. masuk dan jumpa cikgu.. "belajar betul betul".. itu je pesanan dia dan dia tinggalkan aku macam tu je.. aku masuk kat dalam pagar dan terus jumpa cikgu.. dan nasib cikgu paham.. sejak tu.. aku bile tengok bebudak nangis nak g sekolah.. aku teringat.. aku dulu.. masa di tadika PURBA.. ampang.. aku memang tak ada terfikir nak menangis.. dan sebab tu aku sangat independent dan tak mengharapkan apa apa bantuan dari orang.. i do it by my self.. dan ayah memang jarang bercakap dan bile dia bercakap.. pasti mengandungi pesanan yang sangat sangat bermakna..


4. Bersukan & Tak merokok
Sebagai seorang pemain takraw.. memang banyak kejayaan ayah yang aku tengok .. bukan suka takraw sahaja,.. pingpong.. badminton.. semua dia redah.. dan berjaya.. dan kami anak beranak kena turun seawal jam 7 pagi kat gelanggang badminton hujung umah dan training abis abisan.. dan kini baru aku tahu.. ayah sangat sangat mengutamakan sukan untuk kesihatannya.. kudratnya sangat hebat.. dan sebab tu lah anak 8 orang... syabass!!.. dan ayah memang aku tak penah tengok dia merokok.. sebab tu lah dia ala ala mantap.. dan aku mewarisi perkara itu.. tak merokok... bagus kan..

5. Menghargai orang lain
Saat nak ke sekolah darjah 1.. aku rasa aku lah paling excited.. dan masa pagi tu.. aku ngan 2 kakak dan abg aku dah sedia nak ke sekolah... ayah tarik tangan aku dan ajar aku mengikat rambut..
dia sisirkan rambut aku ketepi dan pakai minyak masak sebagai minyak rambut.. dia sempat bercakap.. "pergi sekolah elok elok.. duduk depan sekali.. tak paham tanya cikgu".. itu lah pesanan ayah sambil menyikat rambut dan memakaikan tali pinggang kat seluar pendek ... dan esoknya.. ayah suruh aku buat sendiri., memang itulah cara  ayah latih kami.. dia tunjuk cara dan kami follow.. dan kat sekolah.. memang aku hidup serba kekurangan.. kasut darjah 3 baru ganti.. pensel warna.. 4 berkongsi ngan kakak aku.. dan paling aku ingat ayah selalu berpesan.. "cakap terima kasih dan bagi bagi salam yer kat cikgu".. itulah pesanan yang aku masih segar... dibenakku..


so.. bile difikirkan kembali..
ayah banyak mencorakkan sifat aku.. dari sorang yang periang.. kepada yang senyap.. dan kembali balik  riang ria.. dan asas dalam pesanan ayah  sangat sangat mengutamakan ilmu dan pelajaran.. itulah harta yang bermakna.. kata ayah







Sabtu, 7 Disember 2013

Executive Conference 2013 - Malaysia Tupperware Leader - Grand Hayyat Hotel

Salam
cukup 3 hari saya berada di executive conference se Malaysia.. tahun nie HQ buat 2 kali.. bulan april dan bulan disember. tujuan conference yang dihadiri oleh AED rank dan keatas adalah nak sampai amanat dan juga info terbaru.. dan specialnyer untuk kali ini, adalah perpindahan kuasa managing director dari david wong kepada Ying..

sedih dan sebak jugak sebenarnya bile tengok david wong bersara.. bagi saya.. sepanjang dia mengendalikan tupperware.. dialah inspirasi saya. orangnya sopan dan lembut serta baik budi bahasa. kalau saya on stage.. pasti dia akan peluk saya kuat kuat. begitu akrab david yang cukup memberi makna dalam perjuangan tupperware saya..

hari pertama,..

dalam conference .. hari pertama kena awal.. saya memang datang awal.. 7.30 dah sampai.. padahal bukak 8.00. dan pintu masuk start 9.00 dibuka.. jadi dipesisiran coridor depan dewa tu.. memang boleh sarapan sepuasnya.. asyik makan je saya.. hahahhaha

hari pertama memang dah nampak dah.. hamper sikit punya banyak.. mesti dia akan bagi kat kategori % sales growth.. dan bermula 20% sehingga paling atas..

memang jenuh nak menunggu.. sebab masing masing dapat 20-50% sales growth.. memang menakjubkan.. dan lebih menakjubkan.. saya dapat TOP 5 dan diumumkan dapat 301% increasing dari januari 2012 - oktober 2012 dan di bandingkan dengan sales januari 2013 - okt 2013.. syukur sangat dapat terpiih antara yang TOP.. dan inilah dia berkat komitmen TEAM POWER yang sangat sangat hebat

so.. macam biasalah.. ucapan CONGRAT.. memang senantiasa ada.. dan inilah Tupperware.. support each others.. memang duduk dalam satu bumbung ADVANCE SALES yang memang hebat dan asyik menggondol anugerah je sepanjang tahun... bangga  jugak TEAM POWER bawah advance sales yang digeruni...

hari kedua

memang sangat tak sangka.. hari kedua pun dapat hadiah lagik.. kali ini lebih meletop sebab hadiah tu sebab sales dan ordering consultant melebihi 100 orangdan sales lebih 125k

memang kali ini.. saya mendahului semua penerima.. yer lah.. bulan disember mencatatkan RM369k sales organization saya.. syukur sangat sangat

hari ketiga

lokasi dah berubah kke HQ tupperware kat subang jaya. bangun tido dari shah alam .. terus lalu jalan baru.. konon kononnya nak cepat.. last last lambat jugak.. heheh
orang dah start dah activiti grab and go.. memang best... b oleh amek je mana tupperware yang disukai.. heheheh

memang tak sia sia 3 hari nie berkampung.. dan sangat sangat banyak info dan motivasi yang diterima...

thanks tupperware

 sebelum tu saya nak tunjuk payung yang bakal dimenangi oleh TOP 3 recruit paling banyak..

 sempat pulak kuar paper.. metro.. gambar kejayaan pertandingan sajak tempoh hari..


 inilah nama saya mendahulu senarai penerima anugerah sales lebih 125.. yang mana saya dan team power menghasilkan 369 ribu

 memang best bergambar dengan mereka..



 disebakan tak bawak baju extra.. beli je baju kat marks and spencers.. price tag tak yah tengok.. amek sahaja..

 mereka buat program yang on time dan sangat berfaedah..

 sempat nak cari lelaki leaki join bisness ini..

 lounching anugerah bulan disember 2013.. 3 kategori..


 baru 3 hari.. team sales dah RM77 ribu.. syukur..


 gala dinner yang touching


 bersalam dengan ala ala mat sales nie.. dia kata "GREAT JOB !!!".. teruja aku...

 masih sempat nak fikir nak buat kelas buat kek.. hahahah


pagi pagi tengok.. baru 4 hari dah dapat 1000.. komisen.. syukur...


 peluklah hadiah hamper tu sekuatnya .. best dan puas..


 posing kat KLCC..  main beli je ikut suke.. macam orang kaya plak rasanya..


 hamper yang menarik da boom gituew..

 hari pertama.. semangat sangat.. tengah tengah plak tu..

.
 hadiah hamper untuk myvi kesayanganku yang banyak  berjasa..














 

Ahad, 1 Disember 2013

Leaflet Tupperware Disember 2013 - Cuci Mata -> PERCUMA sahaja

salam..
jom tengok tengok.. renung runung..
apa yang berkenan..






Pertandingan LIKE terbanyak Cogankata TEAM POWER

salam semua

Pertandingan ini terbuka kepada semua.. LIKE bermula dari 1 disember dan berakhirnya pada 30 disember 2013. Rebutlah fridge Botol Purple ini sebagai pemenang !! sebarang pertanyaan .. boleh hubungi saya 012-3993947 Syamputra Razali

LIKE paling Banyak akan memenangi Hadiah yang disediakan. untuk keterangan lanjut boleh layari blog saya 

ini antara poster yang menyertai..







Iklan Tengah

iklan atas

Iklan Bawah

🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟

  🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟 💥 BERSAMA JUARA BULAN BINTANG NEXT TOP MODEL 2...