Ahad, 5 Januari 2014

Ulang Tahun Ayah - Inspirasi BERJAYA

salam semua..
hampir saban tahun.. ayah diraikan dengan hari ulang tahun dan tahun ini agak special.. bile mengenangkan ayah sangat sangat berjaya dalam pengurusan kewangan dan masa kepada keluarga..
dengan kami 8 beradik berjaya menjadi manusia.. dan ayahlah sumber inspirasi yang paling utama..


dipejabatku.. gambar mak ayah.. memang item paling wajib ada.. dan gambar ayah di papan tanda professor.. sangat sangat memberi motivasi..


gambar ini adalah salam satu gambar yang selalu kutatap dan angan angan ku menjadi professor.. dan ayah seolah olah memberi cabaran aku harus menjadi professor dalam kehidupan aku/..

waktu ini ntah macam mana ntah.. aku nak pergi amek jubah konvo kat UPM.. dan masa  ke fakulti.. sempat posing kat depan parking professor,. dan kenangan ini sangat sangat berharga .. dan ia menjadi satu lonjakkan motivasi..



inilah mak dan ayah.. gandingan yang sangat memberikan sesuatu yang bermakna dalam hidupku..
gambar ini masa menaman adek bongsuku mendaftar di UMP , Pahang.. 



sejak masuk tupperware ini.. duit raya menjadi satu hadiah yang sangat best.. ayah harus suke... heheheh


inilah kenangan ayah dan mak masa kat konvo di UPM.. dan semasa di UKM pun mereka datang.. sangat sangat rasa seronok ayah dan mak meraikan kejayaanku dan sebenarnya inilah kejayaan mereka..


maka, hari ulang tahu ayah nie.. aku ingin berazam.. akan memberikan sepenuh daya.. mengubah kehidupan keluar kita.. lebih sempurna dan sama sama nak makan angin ke luar negara..
mesti mereka seronok..

memang ayah banyak memberi makna dalam kehidupan kami adek beradik.. ada 5 ciri ayah yang kami boleh teladani..

1. Cool
Melihat sifat ayah yang sangat cool.. ayah memang tak banyak cakap.. aku ingat  lagik,.. masa dulu.. entah apa yang berlaku,.. mak meradang kat umah.. dan ayah ajak aku naik basikal keluar pergi beli surat khabar.. sekarang aku dapat faham.. dikala mak sedang angin kat umah.. ayah memang tak leh berada dilokasi.. bile dah reda sikit.. aku jadi utusan ayah suruh tengok apa yang mak buat.. so.. memang teknik ayah iaitu tak nak api bertemu api sangat sangat berkesan. aku belajar kini.. kalau kita tengah berada dalam situasi tertekan dan ada orang marah.. biarkan sahaja.. jangan ganggu.. dan abis batry.. dia akan lega..


2. Garang bertempat
Sangat orang tak caya.. bile tengok gambar ayah ala ala heppy.. tapi dia sebenarnya harimau yang sangat garang.. ingat lagik abg ijal kena belasah sampai lunyai.. ala ala boleh report kes dera,, sebab PONTENG sekolah dan aku pun sendiri pernah kena bantai ala ala sampai hanger patah.. masa tu ayah memang tetapkan peraturan.. mandi dan siap nak ngaji sebelum jam 7.. aku lepas balik main main,.. masih lagi nyanyi kat bilik atas.. kuat plak tu aku nyanyi.. "sayang semuanya sudah terlambat".. inilah lagu yangaku ingat sampai sekarang.. kemudian.. "dushhhh dushhhh.... bunyi satu bantaian kebadan aku".. aku menjerit mintak tolong sampai mak kat bawah cakap.. "sudahlah ayahnyer.. budak tu  tak berdosa mana pun".. aku punya lah sakit sampai terkencing kencing.. malam itu.. aku perasan,. masa aku tidor.. mak datang dan sapukan ubat kat kaki dan belakang badan.. mak sempat cakap " nak.. ikut cakap ayah yer".. start itu kehidupan aku terus nyanyi NURD.. ala ala  serba takut.. jam 7 kena mandi.. jam 10 kena tidu.. jam 6 kena bangun.. penuh jadual dan kami adek beradik memang takut sangat.. serba serbi peraturan.. masa makan tak leh bercakap.. dan pernah sekali.. aku berebut nak ayam lebih.. bertingkah la ngan abang aku.. dan ayah.. terus menuangkan kuah sampai penuh satu pinggan aku.. dia terus cakap "bercakap lah lagi"... OMG memang trauma.. nak bercakap masa makan

3. Pesanan bermakna
Satu kejadian yang paling aku ingat.. adalah masa tadika.. masa tu ayah hantar naik basikal,, dan dia cakap,, ok.. masuk dan jumpa cikgu.. "belajar betul betul".. itu je pesanan dia dan dia tinggalkan aku macam tu je.. aku masuk kat dalam pagar dan terus jumpa cikgu.. dan nasib cikgu paham.. sejak tu.. aku bile tengok bebudak nangis nak g sekolah.. aku teringat.. aku dulu.. masa di tadika PURBA.. ampang.. aku memang tak ada terfikir nak menangis.. dan sebab tu aku sangat independent dan tak mengharapkan apa apa bantuan dari orang.. i do it by my self.. dan ayah memang jarang bercakap dan bile dia bercakap.. pasti mengandungi pesanan yang sangat sangat bermakna..


4. Bersukan & Tak merokok
Sebagai seorang pemain takraw.. memang banyak kejayaan ayah yang aku tengok .. bukan suka takraw sahaja,.. pingpong.. badminton.. semua dia redah.. dan berjaya.. dan kami anak beranak kena turun seawal jam 7 pagi kat gelanggang badminton hujung umah dan training abis abisan.. dan kini baru aku tahu.. ayah sangat sangat mengutamakan sukan untuk kesihatannya.. kudratnya sangat hebat.. dan sebab tu lah anak 8 orang... syabass!!.. dan ayah memang aku tak penah tengok dia merokok.. sebab tu lah dia ala ala mantap.. dan aku mewarisi perkara itu.. tak merokok... bagus kan..

5. Menghargai orang lain
Saat nak ke sekolah darjah 1.. aku rasa aku lah paling excited.. dan masa pagi tu.. aku ngan 2 kakak dan abg aku dah sedia nak ke sekolah... ayah tarik tangan aku dan ajar aku mengikat rambut..
dia sisirkan rambut aku ketepi dan pakai minyak masak sebagai minyak rambut.. dia sempat bercakap.. "pergi sekolah elok elok.. duduk depan sekali.. tak paham tanya cikgu".. itu lah pesanan ayah sambil menyikat rambut dan memakaikan tali pinggang kat seluar pendek ... dan esoknya.. ayah suruh aku buat sendiri., memang itulah cara  ayah latih kami.. dia tunjuk cara dan kami follow.. dan kat sekolah.. memang aku hidup serba kekurangan.. kasut darjah 3 baru ganti.. pensel warna.. 4 berkongsi ngan kakak aku.. dan paling aku ingat ayah selalu berpesan.. "cakap terima kasih dan bagi bagi salam yer kat cikgu".. itulah pesanan yang aku masih segar... dibenakku..


so.. bile difikirkan kembali..
ayah banyak mencorakkan sifat aku.. dari sorang yang periang.. kepada yang senyap.. dan kembali balik  riang ria.. dan asas dalam pesanan ayah  sangat sangat mengutamakan ilmu dan pelajaran.. itulah harta yang bermakna.. kata ayah







Tiada ulasan:

Iklan Tengah

iklan atas

Iklan Bawah

🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟

  🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟 💥 BERSAMA JUARA BULAN BINTANG NEXT TOP MODEL 2...