#content yang bagus tidak bersifat:
1. Merungut. - memberi tahu masalah, namun tidak memberi bagaimana ia boleh diselesaikan.
2. Membuka jalan berbahas. - menyebarkan kesilapan / kesalahan orang namun tidak memberi impak positif.
3. Membantah. - menulis untuk berbahas, namun hanya maklum apa yang tidak disukai, bukan memberi hujah fakta jelas yang ia boleh diperbaiki.
4. Membuka aib. - menyebarkan kesilapan orang lain, memburukkan dan bersifat menjatuhkan maruah orang.
5. Meroyan. - menulis sesuatu masalah itu dengan marah, benci dan maki dan fokus kepada hal itu sahaja tanpa memaklum bagaimana ia boleh selesai dengan membuat beberapa siri posting yang lebih kurang sama.
Elakkan 5 hal ini ya kawan-kawan. Fokus beri impak positif!
Fokus posting kebaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan