BERAPA % KEKENTALAN JIWA ANDA ?
————————————
Memasuki bisnes online ni tak kisahlah niaga Tupperware atau benda lain, hati dan mental nak kena kuat. Orang dengan mudah mengecam tanpa tau pucuk pangkalnya memang ramai. Kalau ajak jumpa berdepan orang yang mengecam tu, belum tentu dia nak jumpa. Ni lah beza bisnes online n offline.
.
Kalau baru kena perli kat fb sikit kita dah give up, down, terfikir2, sedih, murung 24 jam, jangan harap la nak jana pendapatan dengan Internet.
.
Tengok la usahawan kesihatan n kosmetik kat Malaysia. Hari2 kena kecam. Kejap netizen kecam. Kejap lagi page2 anonymous kecam. Saya sendiri baca, kalau ya tak ya memang nak keluar beraya pun rasa takut la. Buat baik kena kecam. Buat jahat kena maki terus. Tetap orang beli produk dia.
.
Tapi ni lah cabaran orang bisnes yang muncul di Internet. Ingat lagi Tony Fernandes pun hampir give up untuk aktif di media social sebab asyik kena kecam. Tapi dia kuatkan diri jugak.. dan kini.. orang yang kecam dia macam hanjing menyalak dibukit. Dia juga lebat duitnya..
.
Apa apa pun,
Masalah kena diselesaikan. Bisnes kena berjalan terus. Kecaman ke, cyber bully ke, itu semua kena tolak tepi. Entah2 disaat kita asyik termenung dan depress seharian baca kecaman orang kat kita, orang yang mengecam tu dengan enjoynya mengecam dan dia puas nak tengok orang menderita. Walhal, berkudis pun tidak. Yang mengecam tu ada pulak banyak masa nak menggentel keyboard hari hari. Bak kata pakcik tadi.. biar je lah hanjing menyalak. Dia penat nanti dia diam lah. Kita buat kerja dengan betul dan cari reseki yang halal.
.
So, tanya diri kita balik. Sedia tak kita untuk dikecam setiap masa di Internet? Kalau tak sedia, baik kita lupakan je bisnes online. Boleh la pacak payung tepi jalan dan letak signboard kotak jual air balang sebungkus 3 inggit. Untung untung customer repeat lagi. Kalau gula kurang dan tawar. Abis kena jaja dan habis dia tak datang dah.. kalau hujan.. minum la air sebalang tu kat longkang (maaf yer penjual air balang.. pakcik tak niat nak mengecam korang)
Jadi, sebelum nak niaga online macam niaga Tupperware ni. Orang cakap itu ini.. masuk je la telinga kanan keluar telinga kiri. Mulot orang memang macam tu.
Tapi, kita tak leh hukum semua orang macam tu. Ada orang yang baik dan customer yang sangat sangat baik hati. So, jumpa orang yang baik, jagalah dia sebab dia akan bantu kita juga. Yang membawang dan keyboard worrior tu.. lantak pie hang pa la.. ada pakcik kesah !! (Kasar sikit tapi pakcik sebenarnya baik hati)
Jadi, statistik kajian dari paper mana ntah pakcik baca menyatakan 5% sahaja dari orang yang berniaga di ONLINE akan bertahan dengan produknya. Mereka akan cuba mencari produk dan bertukar produk.
Syukur pakcik dikalangan 5% itu yang dah bertahan selama 10 tahun dan pakcik yakin dengan jenama dan produk tupperware yang memang dikenali seantero dunia.
Untuk korang yang baca posting pakcik..
Apa lagi.. KOMEN lah apa apa kat bawah nie atau belanja 1 emoji ya untuk pakcik. TQ.
Selamat berterawih
Syamputra Razali
#pakciktupperware
P/s gambar hiasa kenangan dari usahawan muda Kktm Petaling Jaya dan Mpp Kktm Petaling Jaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan