Isnin, 6 Mei 2013

Tupperware Cake Gift Set Raya Aidilfitri

Kembali lagi untuk RAYA.. harus u olz menyerbu stokis tapi tak ada sebab .. semuanya perlu dibooking dahulu sebab mangkuk tingkat kali ini.. kena bayar deposit dahulu sebelum beli.. so.. JOM order dengan saya dahulu.. nak berapa set.. mangkuk Tingkat kali ini warna Purple +biru.. menawan http://www.facebook.com/photo.php?fbid=511473862248470&set=a.103025389759988.4121.100001575820042&type=1&theater&notif_t=photo_comment

jangan

saya tertarik dengan idea dan penulisan dari  W>M Syazwan yang memperbincangkan tentang MLM
jom baca

saya hidup dan bergelumang dalam bisnes internet tetapi saya banyak belajar dari bapa saya mengenai bisnes MLM (dia merupakan orang kuat dalam sebuah bisnes MLM sejak 5 tahun lepas).
Pengalaman saya bertemu ‘mangsa-mangsa’ MLM yang terpedaya, mereka akan membawa seribu macam cerita ngeri mengenai industri MLM.
Antara kata-kata yang biasa didengari:
- Semua bisnes MLM menindas orang.
- Harga produk MLM akan melampaui harga biasa kerana komisyen yang perlu dibayar kepada ahli.
- Orang bawah akan terus teraniaya, dan orang atas akan terusan kaya.
- MLM hanya menjual keahlian dan bukannya produk.
- Dan macam-macam lagi.
Menariknya, kisah ngeri mereka ini begitu berkesan mempengaruhi orang lain (inilah kehebatan words of mouth).
Baik, saya lebih suka bersikap neutral. Walaupun begitu, dari pengalaman saya melihat bapa saya menguruskan stokisnya sejak 4 tahun lepas, banyak yang saya pelajari tentang bagaimana operasi bisnes MLM ini.
Saya sempat untuk duduk semeja dengan rakan-rakan kuat bapa saya dalam perbincangan mereka. Saya juga sempat untuk memerhati orang-orang yang datang ke pejabat bapa saya berkali-kali tanpa sebarang hasil pun.
Sebagai pemilik stokis negeri, bapa saya sentiasa turun padang untuk membantu anak buahnya, dan disamping itu duduk distokisnya melihat prestasi mereka dan merancang teknik-teknik baru.
Daripada kajian yang dibuat, ramai yang tidak berjaya disebabkan mereka melompat-lompat syarikat MLM. Tidak kurang juga orang yang membuat cerita buruk ini adalah orang yang tidak pernah pun melibatkan diri dalam MLM sebelum ini. Mereka hanya masuk dan duduk sambil lewa dan apabila tidak mendapat hasil, menyalahkan sistem MLM.
Ya, memang diakui sistem/pelan sesebuah MLM juga adalah kritikal dalam membantu ahli-ahlinya cepat untuk mendapat imbuhan yang lumayan tetapi ramai yang masuk kerana tidak membuat kajian pelan. Mengikut kawan semata-mata hanya akan membuatkan anda tidak berjaya.
MLM bukan dibuat untuk mengkayakan orang atasan. Pada dasarnya, anda melihat orang atasan makin lama akan makin kaya. Tetapi, sistem MLM sebenar adalah adil dan saksama. Malah, bapa saya sendiri mempunyai pendapatan lebih besar daripada orang atasannya dan kini memintas orang atasannya dari segi pangkat. Semuanya sebenarnya bergantung pada usaha masing-masing.
Tidak semestinya produk yang dijual MLM lebih mahal dari pasaran. Sebenarnya dalam banyak kes, produk MLM jauh lebih murah daripada produk yang dijual secara runcit.
Dahulu bapa saya pernah menjadi pemborong keperluan harian. Kata bapa saya, dahulu beliau pernah membeli secara pukal air kotak dari pengilang dengan harga sekitar 20 sen sekotak. Dan apabila sampai ke tangan pembeli (selepas melalui beberapa tangan pemborong), ianya berharga RM1.00!
Kalau anda tahu kos sebenar ini, tentu anda akan berkata ia tidak masuk akal.
Tetapi apabila industri MLM mempunyai harga sedemikian, anda akan kata tidak masuk akal. Konsepnya sama, produk MLM tidak perlu melalui orang tengah seperti pemborong dan tidak perlu promosi dan iklan di tv atau akhbar (yang menambah kos).
Sebab, agen MLM lah yang akan menjual secara terus kepada pelanggan. Dan agen ini sama juga seperti pemborong, mereka dibayar komisyen.
Setiap orang mungkin mempunyai pendapat berbeza tetapi adalah tidak elok menyalahkan industri MLM kerana terdapatnya beberapa individu-individu yang memberi nama buruk pada MLM itu sendiri.
Apabila saya memerhatikan cara bapa saya berceramah, beliau tidak langsung menekankan jumlah pendapatannya dalam isi ceramah. Apa yang diberikannya adalah ilmu pengetahuan mengenai MLM seperti produk dan pelan. Itu adalah lebih penting sebenarnya.
Sesetengah pihak suka bercerita akan kekayaan diperolehinya. Pada satu sudut, ya ia memang kaedah yang sangat berkesan menarik ahli MLM tetapi dalam jangka masa panjang, kaedah ini sebenarnya lebih memakan dirinya dan lebih menonjolkan sikap menunjuk-nunjuk.
Jika anda bertanya kepada saya, “You ada join ke MLM, nak back up pula”
Saya akan menjawab, “Memang tidak tetapi saya sudah 5 tahun hidup dengan bapa yang aktif dalam MLM. Saya tahu apa yang dibincangkannya, saya tahu apa yang diajarnya dan saya tahu bagaimana MLM itu berfungsi. Dan lebih penting, saya menghormati MLM sebagai satu peluang bisnes yang baik walaupun saya menumpukan pada bidang internet”.
“Dulu bukan ke you kutuk MLM yang internet-internet tu?”
Tidak, saya hanya meragui cara mereka menarik keahlian. Mereka bukan bertujuan untuk menjual produk sangat tetapi lebih kepada menarik ahli. Produk tidak lebih sebagai pelindung pelannya. Itu sahaja.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

There is some great anti-virus and security software for Android and many address the
two issues in one. 0 Ice Cream Sandwich is about to be released
in Korea and Japan. _To present to three other people to join in the
support.

Look at my blog post - samsung galaxy s3

Iklan Tengah

iklan atas

Iklan Bawah

🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟

  🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟 💥 BERSAMA JUARA BULAN BINTANG NEXT TOP MODEL 2...