Khamis, 2 Mei 2013

Poster Tupperware Terbaru Mei 2013 - Untuk semua Ahli Keluarga TEAM POWER.. sudi - sudikan untuk kongsi

salam semua..
bulan mei nie.. sesuatu yang sangat hebat luar biasa
dengan poster ini.. kita share dan care.. kita akan terus bersatu dan mempunyai rangkaian yang terhebat secara ONLINE..

inilah poster yang sangat best pada hari ini..









dan sesuatu yang sangat istimewa..
dengan poster ini boleh memberi erti pada semua orang yang serius dalam bisness nie..




inilah mereka 2 orang dalam 1 hari dah BOOM dengan RM2000.. Tahniah kat Fa dan Zai..

ini pula yang mendatangkan 3 orang recruit hari ini..



inilah misteri gift yang saya dapat dan beg lady bug.. best sangat..



orang kata kotak kosong.. tapi kalau nak beli kotak kosong datang jauh jauh... sangat lah tak sesuai..
mana nak letak muka beli kotak datang stokis..






inilah berita paling best hari ini.. masuk dalam majalah MARA yang macam prospektus MARA.. keluar kejayaan MARA
sangat best..


inilah mystery gift yang sangat diburu..





ini adalah satu artikel yang saya boleh kongsikan dari blog MLM yang saya baca.. bagus..


sabreehussin dot com
Perkara Yang Mungkin Anda Tak Tahu Tentang Network Marketing
Bismillahir Rohmaanir Rohim.Adakah anda tahu, di Malaysia ini ada banyak syarikat network marketing? Mereka menyediakan peluang-peluang perniagaan kepada ramai orang yang ingin mencuba memperbaiki keadaan kewangan mereka.
Adakah anda tahu kebanyakkan mereka-mereka yang bergiat aktif dengan pemasaran berangkaian ini adalah berbangsa Melayu?
Adakah anda tahu mereka-mereka yang ramai menyertai program pemasaran secara network marketing kebanyakkannya adalah individu yang tergolong dalam kelompok low to medium income group?
Sekiranya anda minat nak berniaga, atau anda nak dapatkan pengalaman berniaga, TETAPI anda tak mempunyai modal yang besar… maka opsyen terbaik untuk anda yang boleh saya sarankan adalah ceburi perniagaan yang mengamalkan konsep pemasaran secara network marketing.
Dalam perniagaan network marketing, anda boleh mula dengan modal yang rendah, pada masa yang sama anda berpeluang untuk jana pendapatan yang lumayan.
Modal untuk sertai syarikat yang mengamalkan network marketing adalah dalam sekitar RM50 – RM10,000 . Berbeza ikut syarikat dan anda boleh pilih ikut kemampuan.
Bisnes network marketing tak jauh beza dengan konsep perniagaan yang lain. Jika anda serius nak jana pendapatan yang lumayan dalam perniagaan ini, anda mesti anggap yang network marketing ini SAMA dengan bisnes konvensional lain dan perlu serius jalankan bisnes ini.
Buat bisnes tak sama seperti kita kerja makan gaji.
Kalau kita kerja makan gaji, kita kerja sejam kita dapat RM10.00
Kalau kita kerja tiga jam, kita dapat RM30.00
Kalau kita kerja 24 jam, kita dapat RM240.00
Dalam bisnes network marketing ini lain. Dalam bisnes ini, kita kerja 1 jam, belum tentu lagi ada hasil.
Malah ada juga yang buat network marketing, lebih 3 bulan masih lagi tak ada sebarang hasil.
Sepatutnya dia sabar. Kaji semula dimana silapnya, dan perbaiki strategi. Ini tak… lepas 3 bulan tak ada hasil, terus cuci tangan dan tak mahu nak buat lagi. Lebih buruk lagi, orang macam ni lah kemudiannya akan menabur fitnah dan memburuk-burukkan imej network marketing.
Orang macam nilah yang ramai saya jumpa. Lemah. Cepat putus asa. Hangat-hangat taik ayam. Masa mula-mula je dia excited. Bila dah buat lama, tak ada hasil terus merajuk.
Sebenarnya bila tak ada hasil ni, itu tandanya strategi kita salah. Mungkin ada benda yang kita masih tak tahu. Apa yang kita tak tahu, itu yang kita kena belajar.
We learn, then we earn!Macam mana nak buat MLMAda setengah orang ni, dia suka kata
Kita buat kerja penat-penat, orang atas yang untung. MLM ni kita cuma kayakan orang atas je. Diorang duduk goyang kaki je. Kita yang penat.
Seriously?
Macam mana dia boleh bagi statement macam tu? Habis tu, kerja yang dia buat sekarang ni bukannya kayakan orang atas ke?orang atasan dan orang bawahanAtas kita ada Manager, General Manager, Director, CEO, Shareholder, dan Investor… Sudah terang lagi bersuluh. Konsep dia sama, cuma penerimaan kita terhadap sesuatu konsep itu yang buatkan kita rasa MLM ini lebih teruk daripada konsep bisnes lain.
Sekiranya anda sertai rangkaian saya dan menjadi downline saya, ada satu perkara yang anda WAJIB faham.
The reason why I am above you is not because I am better than you. This is just a matter of time.
Saya ditakdirkan untuk menjumpai dan mengetahui tentang peluang perniagaan ini lebih awal dari anda. Ini ada kena mengena dengan cara kita luangkan masa.
Jika anda jenis yang suka berhubung, berkomunikasi, berkenalan dengan ramai orang, anda juga berpotensi untuk mengetahui peluang perniagaan ini lebih awal dari saya.
Cuma tahu lebih awal juga tak mencukupi sebenarnya.
Selepas anda tahu, selepas anda faham, adakah anda akan BERTINDAK? Majoriti orang akan memilih untuk tak bertindak walaupun dia tahu keputusan yang bakal diambil sekarang ini, berkemungkinan akan bantu dia mengecapi kehidupan yang lebih selesa 2 -3 tahun dari sekarang.
Saya percaya anda dah pun faham, upline anda memang patut berada diatas anda sebab dia tahu dulu tentang peluang perniagaan ini. Lepas dia tahu, dia terus bertindak.
Konsep perniagaan network marketing ini memberi peluang untuk anda merasai sendiri pengalaman menjadi pemilik perniagaan. Business owner.
Sebagai business owner, anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas progress perniagaan dan diri anda.
Mereka yang berada diatas anda, iaitu upline anda, mereka bukannya boss anda.
Anda patut faham, upline anda bukan boss anda, dan anda bukannya pekerja bagi upline anda.
Ini bermaksud
  • Upline anda tak ada hak untuk suruh ada buat itu ini.
  • Upline anda tak ada kuasa nak paksa-paksa anda untuk buat sale atau nak paksa anda cari orang baru.
  • Upline anda tak hak nak beri arahan kepada anda untuk buat apa-apa yang anda tak suka.
  • Anda tak perlu nak dengar sangat cakap upline anda jika anda tak suka.
Sebab apa saya kata macam tu?
Sebab dalam perniagaan ini, anda adalah business owner. Bisnes ini bisnes anda.
Anda sendiri tentukan
  • Berapa banyak pendapatan yang anda nak hasilkan
  • Bila masa anda selesa nak bekerja
  • Strategi apa yang anda nak gunakan.
Dalam cabang perniagaan ini, upline kita bolehlah dianggap sebagai business partner ataupun seorang fasilitator.
Sebagai business partner, upline kita berkongsi matlamat yang sama dengan kita. Jika matlamat kita nak jadi kaya, business partner kita juga ingin jadikan ia sebagai matlamat dia juga. Iaitu nak jadikan anda lebih kaya.
Sebagai fasilitator, peranan upline kita adalah membimbing kita bagaimana nak capai matlamat yang kita tetapkan.
Nampak macam common sense kan? Anda mungkin tak tahu atau anda mungkin tak pernah dengar, situasi-situasi dibawah ini pernah berlaku.
  • Upline lari selepas berjaya dapat downline atau lepas berjaya balik modal.
  • Upline suka bagi arahan untuk buat sales.
  • Downline selalu kena paksa, kena maki, kena sindir pedas sebab tak ada kemajuan dalam rangkaian.
  • Downline masuk network marketing menyangkakan upline akan buat semuanya untuk dia. Dia sangka upline akan carikan downline untuk dia.
Ini semua adalah salah.
Konsep network marketing yang sebenar bukan seperti itu. Ia tak menindas, dan sebenarnya ia menyediakan satu platform yang adil untuk kita sama-sama jana pendapatan sampingan atau memberi landasan kearah kekayaan kepada kita.
Tetapi biasalah, manusia ni kan suka mengotorkan dan twist konsep network marketing ni sampai orang jadi benci walaupun cuma dengar namanya.
As a business owner, you need to think strategically and develop your own action plan.
Saya sangat excited untuk kongsikan kepada anda dengan lebih detail tentang strategi dan action plan. Ini saya akan kongsikan di masa akan datang.
Sekiranya anda suka dengan apa yang anda baca, apa kata anda baca juga entri saya yang lain dalam siri Diari Usahawan Network Marketing.

Tiada ulasan:

Iklan Tengah

iklan atas

Iklan Bawah

🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟

  🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟 💥 BERSAMA JUARA BULAN BINTANG NEXT TOP MODEL 2...