Salam semua wrga yang melayari Tupperware ONLINE..
sedih bile mengenangkan pergolakkan yang berlaku di SABAH
harap teman - teman senegara kita selamat dari amukkan sulu yang menuntut hak dengan tumpahnya darah
tragis bile difikirkan..
harap berakhirlah kisah dan tragedi ini..
ingin saya sampaikan sebuah puisi untuk anda dan sama sama kita berdoa untuk kedamaian disabah

Doa untukmu SABAH
Ya Allah,
kau berikan nikmat kedamaian buat Sabah,
Kau berikanlah nikmat ketenangan buat Sabah,
Kau jauhkanlah Sabah dari peperangan dan ancaman,
Kau jauhkanlah Sabah dari pertumpahan darah.
Sesungguhnya,
walau aku bukan dari sana,
Tetapi atas nama Islam dan Malaysia,
aku juga merasai apa yang berlaku di sana.
Sama-sama kita panjatkan doa buat Ilahi
Agar Sabah kembali aman..

TERKINI DARI MANILA!! BENDERA MALAYSIA DIBAKAR OLEH PERUSUH SULU!!
Berita yang baru diterima dari Manila, Polis Anti Rusuhan telah mengepung Kedutaan Malaysia di sana yang dijangka akan diserbu oleh kumpulan penunjuk perasaan yang sedang menuju ke Kedutaan Malaysia bagi membantah tindakan Malaysia menyerang kedudukan pemberontak Sulu pagi tadi.Bendera Malaysia dan gambar Najib turut dibakar di hadapan kedutaan Malaysia di Filipina.Pelik dengan perangai pemberontak ni. Pemberontak Sulu yang serang dan bunuh polis Malaysia, mereka pulak yang tak puas hati! Dasar kurang ajar!
INSIDEN LAHAD DATU: ANWAR PERANCANG UTAMA??
KES di Lahad Datu mendapat liputan yang meluas bukan sahaja di Malaysia
malah di Filipina sendiri. Kronologi insiden juga sudah dijelaskan oleh
pihak PDRM. Dan yang penting tiada apa yang perlu dibimbangkan oleh
rakyat Malaysia kerana insiden ini tak akan menggugat keamanan negara.
Bukan hendak masuk campur dalam urusan pihak PDRM tetapi cuma mahu
menulis sedikit berkenaan penglibatan seseorang dalang yang dikatakan terlibat secara langsung dengan kemasukan Askar
DiRaja Sultan Sulu ini ke Sabah.
![]() |
(Klik di SINI) |
Jika mengikut sejarah memang tidak dinafikan langsung yang Sabah adalah
dahulunya di bawah pemerintahan Sultan Sulu sebelum Sabah ingin
bergabung bersama Tanah Melayu demi untuk mendapatkan kemerdekaan.
Begitu juga kesnya sama seperti Singapura yang bersama-sama Tanah Melayu
untuk merdeka namun terpaksa dikeluarkan kerana desakan PAP.
Namun sejak akhir-akhir ini, dalang yang dikatakan itu kerap ke Sabah kerana ingin
menarik undi Bumiputra Sabah supaya menyokong pakatan haram agar dia
dapat menjadi Perdana Menteri. Jadi, segala janji telah ditabur kepada
rakyat Sabah sehingga Anwar sendiri terlepas atau disengajakan berkata
yang Sultan Sulu ada hak ke atas Sabah dan rakyat Sulu yang tinggal di
Sabah.
Atas janjinya juga supaya masyarakat Sulu akan diberi kuasa autonomi
agar Sultan Sulu dapat memerintah semual Sabah seperti sebelum merdeka.
Jadi, atas janji-janji ini, Kesultanan Sulu di Filipina dikatakan telah
mendapat keizinan Anwar Ibrahim untuk berada di Sabah bersama-sama
dengan masyarakat keturunan Sulu sebelum Anwar menjadi Perdana Menteri.
Dalam laporan Manila Times juga ada menyebut yang dalang pergolakan telah
memberi keizinan untuk berbuat sedemikian kepada Kesultanan Sulu. Maka
secara tidak langsung, Askar DiRaja Sultan Sulu telah menyusup masuk ke
Lahad Datu sebagai persediaan untuk mereka memerintah Sabah dan
mendaulatkan Sabah dengan sistem beraja seperti dahulu kala.
Anwar adalah dalang sebenar dalam kejadian insiden ini. Tapi pihak KDN
telah memastikan yang rakyat Sabah tidak akan ditimpa sebarang musibah.
Itu janji kerajaan.
Dan dimaklumkan juga yang malam tadi adalah malam terakhir askar Sulu
ini berada di Lahad Datu sebelum dipersilakan pulang ke tempat asal
mereka dengan terhormat. Adakah mereka akan pulang dengan tangan kosong?
Kita tunggu berita terbaru dari Lahad Datu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan