Khamis, 21 Februari 2013

FREE Gift Tupperware : Untuk ANDA yang BERTUAH !!

Salam..
Tupperware Malaysia sangat beruntung kerana mempunyai seorang emak yang sangat penyanyang dan support anaknya..
mak lah yang insan yang sangat saya sayangi


esok 22- 2 - 2013. ataupun hari ini adalah hari yang penuh makna..
kelahiran mak sebagai seorang insan yang cekal..




teringat lagi masa kecik kecik..
aku selalu bantu mak..
ke kedai beli makanan.. ke pasar beli ikan.. semua menyelit ngan mak..
tapi bile gaduh ngan abg aku.. mak aku tak penah nak protect aku
asyik salahkan aku sebab nakal..
walaupun aku benci mak masa kecik sebab selalu humban kain baju aku kat luar rumah dan ala ala halau aku sebab aku ini selalu buat kecoh..
tapi mak lah tempat mengadu..
mak lah tempat aku menumpang manja..
aku bukan anak yang manja.. tapi aku anak yang menurut perintah

kisahnya.. dulu.. mak selalu suruh aku.. beli beras.. tepung dan telor.. kat kedai.. dan selalu suruh aku cakap kat pakcik kedai tu
" cik din.. mak kata masuk buku yer".. mula mula aku tak tahu.. maklumlah darjah 2..
lepas pernah ISTERI cik din tokey kedai tu.. ala ala sindir aku..
"asyik masuk buku je.. yang dulu bile nak bayar".. lepas tu.. dia suruh aku cakap kat mak
"barang dah abis".. padahal dia tak nak bagi..
dan masa tu aku tengok.. bagaimana mak suruh aku.. bawak 1 tipuware ais krim ke rumah jiran dibelakang dan mak ajar.. kata nak pinjam beras
aku pun pergi dengan taatnyer dan cakap kat makcik tu
cik.. cik.. " mak kata nak pinjam beras 3 pot.. nanti mak ganti".. mak cik tu bagi dan aku rasa gembira sangat..

dan sejak kecik mak dah bagi cadangan dan bagi nasihat... agar belajar sungguh sungguh..
agar besar nanti tak hidup susah..
aku penah tengok slip gaji ayah.. RM 420 untuk sebulan.. kerje sebagai JAGA di MIDFccs di belakang Ampang point.. dan aku terfikir.. " BANYAKnya gaji ayah"
padahal.. setiap bulan.. aku dan ayah asyik berulang naik bas.. kerumah makcik yati.. makcik aiku di sg besi untuk meminjam RM50..

bila tarikh 24 & 25.. kami semua adek beradik akan bergembira sebab masa tu ayah dapat gaji 24 dan 25 mak akan ke pasar atau kedai pakcik din nak beli ayam seekor.. untuk 3-4 hari..
ayam tu potong kecik kecik dan goreng.. sedap sangat.. tapi tengah hari dapat seorang 1 ketul dan malam 1 ketul.. abg aku selalu curik ayam dan bile makan malam.. mak kira.. tak cukup plak 10 ketul.. jadi aku tengok.. mak bagi adek ayam hal dia dan dia hanya makan kuah dan jugak MINYAK IKAN..
bagi dia dah cukup sedap dengan nasi dan minyak sahaja.. sedih aku bile mengenangkan,.

mak sanggup gadaikan cincin dan rantai ke pajak sampai dah bertahun tahun..  nak amek dah mahal.. jadi.. dibiarkan barang tu kat kedai,..
memang mak dicemoh orang kampung dengan jiran sebab berpakaian selekeh dan tak ada seutas emaspun du tubuhnya. yang ada adalah baju yang nak dibuang orang dijadikan pakaiannyer..

mak jugak aku perasaan.. berjiwa usahawan dengan amek upah jahir tulang belut baju kurung .. sampai tak tidur malam sebab nak kejarkan RM 4 sehelai baju.. dengan amek masa berejam menyiapkannyer..
aku pinjam semangat mak meniaga... walaupun dia tak ada pandai sangat nak membaca.. kata mak.
"dulu mak berkorban dengan adek adek mak.. sebab nak tolong nenek".. jadi mak tak sekolah..
dan mak memang garang.. tapi setiap minggu pasti di korekkan telinga  anak anaknyer.. dan cari kutu kat kepala..

aku perasan.. mak selalu usap kepala aku masa aku tidur.. dan satu hari aku demam macam nak koma.. memang tahap berbuih mulot..
dan masa tu.. mak menangis dan cakap
" YA ALLAH.. pindahkan lah sakit anakku ini.. pada aku.. dan biarlah aku berikan nyawa aku pada anak ku ini.. jangan lah ambil nyawanya".. dan aku masih ingat bait kata kata tu.. memang cukup menyentuh aku..
mak sanggup nak tukarkan nyawanya dan bagi aku hidup..

aku ingat lagi satu cerita.. balik sekolah..
aku exsiden.. jatuh basikal kat lereng bukit. dan tangan aku retak.. dan aku pun bawak ke rumah.. dan tunjuk kat mak..
masa tu mak terus menerkam aku dan cakap " apa dah jadi nie nakkkk.... abg.. abg.. anak kita cacat"..
mak aku memanggil ayah aku.. bile tengok tangan aku dah terbalik macam tak normal kebiruan..
mak lah yang mintak tolong orang dan sanggup tunggu kat klinik tawakal.. dan entah berapa entah yang mak bayar.. aku tak tahu. sebab kami tak ada klinik percuma..
dan sebenarnyer masa aku bawak tangan aku yang berlumuran darah.. mak KEGUGURAN.. esok nya ayah bawak mak ke hospital kata.. mak gugur sebab terkejut..
Allah sahaja yang tahu bertapa berdosanya aku..



bila dikenangkan.. betapa susahnya mak dan ayah membesarkan 8 orang anak..
dan tak salah kalau aku mengorbankan MASA tidur aku sejam 2 untuk mencari nafkah untuk mak dan ayah serta kak long dan keluarga.. dan aku berkorban masa remaja dan zaman gembira aku untuk menjadi sesuap nasi dan bertukar menjadi intan..

ingat lagi dulu.. mak bagi 20 sen kat aku pergi sekolah.. dan masa tu.. 20  sen hanya mampu beli air sahaja.. dan aku cemburu dengan kawan kawan dengan rata rata dapat 50 sen dan 1 ringgit
pernah aku merajuk sebab tak dapat bayar yuran dan cikgu pernah suruh aku cakap kat mak.. cepat bayar yuran sekolah RM14.70 setahun.. dan masa tu.. aku terfikir.. betapa susahnya nak dapat duit dan jangan sesekali bazirkan duit seperti tak abiskan makanan...

darjah satu aku dah diajar untuk berniaga..
jual SAGUN dan kacang masin disekolah.. 2 minggu pertama memang laris sebab harganya 10 sen sahaja..
tapi bile makcik kantin datang serang aku kata kat sekolah tak leh niaga.. aku jadi takut.. dan tujuan aku sebab nak beli pensel warna.. aku tak nak berkongsi ngan kakak.. kakak aku kelas pagi pagi dan terus bagi kat pintu gate untuk aku plak.. dan alhamdulillah.. aku rasa bangga ada kakak yang baik seperti kak nora..

duit memang bukan segala galanya.. tapi duit boleh mengubah hidup kita menjadi lebih selesa..
orang kata gaji aku sebagai pensyarah memang banyak dan aku dah kaya..
tapi aku mahukan emak dan ayah ke MAKKAH.. itu antara faktor aku buat tupperware ini dan alhamdulillah.. tahun ini aku dah berjaya kumpul 20 ribu hasil dari cek tupperware setiap bulan..
dan aku harap.. aku akan realisasikan impian mak dan ayah.. insyallah..

oleh yang demikian...
aku / saya nak berkongsi kegembiraan.. dengan berikan hadiah ekslusif kepada anda dengan setiap pendaftaran ahli..




salah satu yang membanggakan mak dan ayah bila mana aku berjaya KONVO master aku di UKM.. alhamdulillah

Tiada ulasan:

Iklan Tengah

iklan atas

Iklan Bawah

🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟

  🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟 💥 BERSAMA JUARA BULAN BINTANG NEXT TOP MODEL 2...