Rabu, 27 Februari 2013

Koleksi Tupperware paling saya sayang !!

salam..
tengah pagi ini.. jenuh jugak saya nak menyiapkan kerja opis.. begini lah kisah nyer
nak cari rezeki..
alhamdulillah..
bulan Februari telah menjadikan TARGET saya nak dapat 80k tercapai..
alhamdulillah..
dan recruit bulan ini dah mencapai ke 80 orang pun dah..
Terima kasih anda semua kerana percaya akan TEAM POWER..

saya nak tunjuk satu koleksi yang cukup saya sayang..
hasil pemberian Kakak kesayangan saya Kak lia yang mana pemilik stokis di Aman Suria Damansara..
memang dia baik sangat dan sangat membantu saya dengan motivasinya..
dia telah hadiahkan satu yang anggap sangat berguna bile saya nak masak ikut buku..
maklumlah.. baru nak belajar masak..
inilah dia



dan warna pun sangat menarik.. saya simpan kat OPIS.. sebab bile saya agak agak stress.. saya keluarga koleksi ini..

anda pulak bagaimana..

????

ohhh ya.. saya nak bercerita sikit tentang Nano water filter.. memang bagus..



New Package Nano Nature Water Filtration System (NNWFS)
Retail RM2590
Now!! RM1950

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Memiliki NNWFS

1. Komponen penapis dan prestasi diuji dan disahkan oleh badan antarabangsa WQA & NSF
(http://www.nsf.org/Certified/DWTU/)

2. Teknologi Nano Ceram berpaten tinggi bole menyingkirkan sehingga 99.9999% bakteria dan 99.99% Virus.

3. Penapis blok berkarbon menyingkir 158 bahan tercemar

4. Antara penapis air yang mempunyai kadar aliran yang tinggi

5. Mempunyai panel indikator untuk memberitahu pengguna jangka hayat penapis bagi keperluan penyelenggaraan.

6. Tidak menggunakan elektik.

7. Tidak perlu dibersihkan@penyelenggaraan berkala

8. Rekabentuk yang kompak, kecik dan menjimatkan ruang.

9. Air diperkaya dengan 19 mineral tambahan dan beralkali untuk memberi manfaat kepada kesihatan yang maksimum

10. Nilai hebat. Hanya RM0.11** bg setiap liter air bg memastikan seisi keluarga mendapat air yang bersih, selamat, beralkali dan padat dengan mineral


jom tengok you tube saya ini yer..

anda berminat ?
boleh hubungi saya
012-3993947 Syamputra Razali


ini statistic blog saya.. ramai yang masuk dengan taip kat google : tupperware malaysia

tupperware malaysia
17










logo tupperware
7








tupperware
7








katalog tupperware januari 2013
5








tupperware malaysia catalogue 2013
5








tupperware bonus bulan maret 2013
4








buat duit melalui tupperware
3








cara buka stokis tupperware
3








katalog tupperware malaysia
3








tupperware catalog

Isnin, 25 Februari 2013

Lelong lagi : RM99 sahaja semua set di Tupperware Malaysia

selamat datang ke Tupperware Malaysia.. di sini saya menjalankan perniagaan ONLINE yang semestinya memberikan perkhidmatan yang terbaik..
yeahhhh


sebelum tu.. ini hot keyword minggu ini..



  • tupperware malaysia
  • logo tupperware
  • katalog tupperware januari 2013
  • cara buka stokis tupperware
  • jadi director tupperware
  • tupperware
  • tupperware malaysia
  • harga botol air tuperware
  • katalog tupperware 2/2013
  • katalog tupperware bulan februari





ini saya nak lelong hari ini..

siapa nak.. bilang sama saya yer..


code : set 1.1


code : set 1.2



code : set 1.3


code : set 1.4


code : set 1.5


siapa berminat harus hubungi saya 
Syamputra Razali
012-399 3947

Tawaran Hebat
Tukar Upline

Ahad, 24 Februari 2013

Tupperware Lelong RM50 setiap set : Siapa Cepat dia DAPAT..

salam semua..
malam malam nie.. saya nak lelong harta karon saya yang berabad lama .. hari anda anda tersekima dengan harga yang saya tawarkan dan saya sangat teruja bile baru sahaja bebarapa saat saya upload.. meluncur begitu ramai yang respon..
sangat luar biasa...
tahniah siapa yang booking
untuk anda.. jom beli..


L10


L11


L12


L13


L14

L15


L16


L17


L19


L19


L20


L22





Khamis, 21 Februari 2013

FREE Gift Tupperware : Untuk ANDA yang BERTUAH !!

Salam..
Tupperware Malaysia sangat beruntung kerana mempunyai seorang emak yang sangat penyanyang dan support anaknya..
mak lah yang insan yang sangat saya sayangi


esok 22- 2 - 2013. ataupun hari ini adalah hari yang penuh makna..
kelahiran mak sebagai seorang insan yang cekal..




teringat lagi masa kecik kecik..
aku selalu bantu mak..
ke kedai beli makanan.. ke pasar beli ikan.. semua menyelit ngan mak..
tapi bile gaduh ngan abg aku.. mak aku tak penah nak protect aku
asyik salahkan aku sebab nakal..
walaupun aku benci mak masa kecik sebab selalu humban kain baju aku kat luar rumah dan ala ala halau aku sebab aku ini selalu buat kecoh..
tapi mak lah tempat mengadu..
mak lah tempat aku menumpang manja..
aku bukan anak yang manja.. tapi aku anak yang menurut perintah

kisahnya.. dulu.. mak selalu suruh aku.. beli beras.. tepung dan telor.. kat kedai.. dan selalu suruh aku cakap kat pakcik kedai tu
" cik din.. mak kata masuk buku yer".. mula mula aku tak tahu.. maklumlah darjah 2..
lepas pernah ISTERI cik din tokey kedai tu.. ala ala sindir aku..
"asyik masuk buku je.. yang dulu bile nak bayar".. lepas tu.. dia suruh aku cakap kat mak
"barang dah abis".. padahal dia tak nak bagi..
dan masa tu aku tengok.. bagaimana mak suruh aku.. bawak 1 tipuware ais krim ke rumah jiran dibelakang dan mak ajar.. kata nak pinjam beras
aku pun pergi dengan taatnyer dan cakap kat makcik tu
cik.. cik.. " mak kata nak pinjam beras 3 pot.. nanti mak ganti".. mak cik tu bagi dan aku rasa gembira sangat..

dan sejak kecik mak dah bagi cadangan dan bagi nasihat... agar belajar sungguh sungguh..
agar besar nanti tak hidup susah..
aku penah tengok slip gaji ayah.. RM 420 untuk sebulan.. kerje sebagai JAGA di MIDFccs di belakang Ampang point.. dan aku terfikir.. " BANYAKnya gaji ayah"
padahal.. setiap bulan.. aku dan ayah asyik berulang naik bas.. kerumah makcik yati.. makcik aiku di sg besi untuk meminjam RM50..

bila tarikh 24 & 25.. kami semua adek beradik akan bergembira sebab masa tu ayah dapat gaji 24 dan 25 mak akan ke pasar atau kedai pakcik din nak beli ayam seekor.. untuk 3-4 hari..
ayam tu potong kecik kecik dan goreng.. sedap sangat.. tapi tengah hari dapat seorang 1 ketul dan malam 1 ketul.. abg aku selalu curik ayam dan bile makan malam.. mak kira.. tak cukup plak 10 ketul.. jadi aku tengok.. mak bagi adek ayam hal dia dan dia hanya makan kuah dan jugak MINYAK IKAN..
bagi dia dah cukup sedap dengan nasi dan minyak sahaja.. sedih aku bile mengenangkan,.

mak sanggup gadaikan cincin dan rantai ke pajak sampai dah bertahun tahun..  nak amek dah mahal.. jadi.. dibiarkan barang tu kat kedai,..
memang mak dicemoh orang kampung dengan jiran sebab berpakaian selekeh dan tak ada seutas emaspun du tubuhnya. yang ada adalah baju yang nak dibuang orang dijadikan pakaiannyer..

mak jugak aku perasaan.. berjiwa usahawan dengan amek upah jahir tulang belut baju kurung .. sampai tak tidur malam sebab nak kejarkan RM 4 sehelai baju.. dengan amek masa berejam menyiapkannyer..
aku pinjam semangat mak meniaga... walaupun dia tak ada pandai sangat nak membaca.. kata mak.
"dulu mak berkorban dengan adek adek mak.. sebab nak tolong nenek".. jadi mak tak sekolah..
dan mak memang garang.. tapi setiap minggu pasti di korekkan telinga  anak anaknyer.. dan cari kutu kat kepala..

aku perasan.. mak selalu usap kepala aku masa aku tidur.. dan satu hari aku demam macam nak koma.. memang tahap berbuih mulot..
dan masa tu.. mak menangis dan cakap
" YA ALLAH.. pindahkan lah sakit anakku ini.. pada aku.. dan biarlah aku berikan nyawa aku pada anak ku ini.. jangan lah ambil nyawanya".. dan aku masih ingat bait kata kata tu.. memang cukup menyentuh aku..
mak sanggup nak tukarkan nyawanya dan bagi aku hidup..

aku ingat lagi satu cerita.. balik sekolah..
aku exsiden.. jatuh basikal kat lereng bukit. dan tangan aku retak.. dan aku pun bawak ke rumah.. dan tunjuk kat mak..
masa tu mak terus menerkam aku dan cakap " apa dah jadi nie nakkkk.... abg.. abg.. anak kita cacat"..
mak aku memanggil ayah aku.. bile tengok tangan aku dah terbalik macam tak normal kebiruan..
mak lah yang mintak tolong orang dan sanggup tunggu kat klinik tawakal.. dan entah berapa entah yang mak bayar.. aku tak tahu. sebab kami tak ada klinik percuma..
dan sebenarnyer masa aku bawak tangan aku yang berlumuran darah.. mak KEGUGURAN.. esok nya ayah bawak mak ke hospital kata.. mak gugur sebab terkejut..
Allah sahaja yang tahu bertapa berdosanya aku..



bila dikenangkan.. betapa susahnya mak dan ayah membesarkan 8 orang anak..
dan tak salah kalau aku mengorbankan MASA tidur aku sejam 2 untuk mencari nafkah untuk mak dan ayah serta kak long dan keluarga.. dan aku berkorban masa remaja dan zaman gembira aku untuk menjadi sesuap nasi dan bertukar menjadi intan..

ingat lagi dulu.. mak bagi 20 sen kat aku pergi sekolah.. dan masa tu.. 20  sen hanya mampu beli air sahaja.. dan aku cemburu dengan kawan kawan dengan rata rata dapat 50 sen dan 1 ringgit
pernah aku merajuk sebab tak dapat bayar yuran dan cikgu pernah suruh aku cakap kat mak.. cepat bayar yuran sekolah RM14.70 setahun.. dan masa tu.. aku terfikir.. betapa susahnya nak dapat duit dan jangan sesekali bazirkan duit seperti tak abiskan makanan...

darjah satu aku dah diajar untuk berniaga..
jual SAGUN dan kacang masin disekolah.. 2 minggu pertama memang laris sebab harganya 10 sen sahaja..
tapi bile makcik kantin datang serang aku kata kat sekolah tak leh niaga.. aku jadi takut.. dan tujuan aku sebab nak beli pensel warna.. aku tak nak berkongsi ngan kakak.. kakak aku kelas pagi pagi dan terus bagi kat pintu gate untuk aku plak.. dan alhamdulillah.. aku rasa bangga ada kakak yang baik seperti kak nora..

duit memang bukan segala galanya.. tapi duit boleh mengubah hidup kita menjadi lebih selesa..
orang kata gaji aku sebagai pensyarah memang banyak dan aku dah kaya..
tapi aku mahukan emak dan ayah ke MAKKAH.. itu antara faktor aku buat tupperware ini dan alhamdulillah.. tahun ini aku dah berjaya kumpul 20 ribu hasil dari cek tupperware setiap bulan..
dan aku harap.. aku akan realisasikan impian mak dan ayah.. insyallah..

oleh yang demikian...
aku / saya nak berkongsi kegembiraan.. dengan berikan hadiah ekslusif kepada anda dengan setiap pendaftaran ahli..




salah satu yang membanggakan mak dan ayah bila mana aku berjaya KONVO master aku di UKM.. alhamdulillah

Rabu, 20 Februari 2013

HOT Item : Lolli Plates Tupperware

salam
PERCAYA atau tidak.. saya dah abiskan hampir 9 ribu untuk membeli 250 set plate yang mana.. saya ramalkan ia meletop.. dan sah.. memang meletop pun..
memang tak sangka.. lolli plates ini diluar jangka.. saya sangka ia macam hot biasa.. tapi 2 jam sahaja di stokis terus abis... OMG kan..




jadi saya rasa tak perlu nak promote lebih lebih sebab plates ini sangat dasyat kegunaannyer
paling best boleh masuk MICROWAVE..
di Tupperware malaysia online ini.. saya nak jual dengan harag yang paling diluar jangka juga.. dasyat sampai menjunam ke dalam keras tanah..
harus anda semua rebut
seorang hanya boleh beli MAXIMUM amek 10 set sahaja seorang.. orang lain pun nak kan?..

jadi boleh call saya di talian
012- 399 39 47
SYAMPUTRA RAZALI















Isnin, 18 Februari 2013

Komisen Tupperware : Saya BONGKARKAN rahsianya.. Nak tahu caranya?

salam..
setahun lepas.. saya ada bercerita tentang komisen.. dan saya ada cerita TIPS nak dapatkan komisen dengan jayanyer..




dan dalam blog saya ini.. TUPPERWARE MALAYSIA .. pastinya menjanjikan satu info yang sangat berguna dan nak bongkar.
harap anda yang diluar tak marah yer saya.. info yang benar ini harus telus dan kita harus berikan penerangan yang sebenar pada downline kita dan sesiapa sahaja yang nak menceburi bidang ini...



ini entry dalam facebook pagi tadi.. ramai plak yang bertanya..
heheheh


salam semua..
sebelum apa apa berlaku.. saya nak bagitahu.. lepas baca bebelan saya saya.. kalau teruja dan nak JOIN jadi AHLI.. boleh lah sms saya 012-3993947 Syamputra Razali (jam 3 pagi pun saya layan- kalau nak jadi ahli lerr). hehheehh
okayssss



hari ini saya pergi kursus pengurusan stress
dan saya dimaklumkan.. stress tak ada DUIT adalah stress paling biasa dialami orang orang..
dan ramai yang tak boleh nak berbelanja mewah bilamana terpaksa berkira kira buget mereka..
ye la.. nak juga berbelanja jugakk bile dapat gaji..
hmm
nak jugak menghargai diri yang dah puas bekerja..
bile tengok orang sekeliling.. mereka pun ada yang kete besar dan makan besar
terfikir.. apakah pekerjaan mereka.. mereka ada side income tak?.. mungkin ada kot.. itu la boleh beli kete dan rumah besar
kalau makan gaji.. ehem ehemmm lah jawabnyer

 Mereka tak nak ke nak buat part time atau tambah pendapatan.. Semua keje perlu kegigihan baru beroleh kejayaan dan buat apa sahaja untuk extra keje akan dpt extra money..

Jadi.. Kisahnya.. Kalau anda buat part time.. Tak kisahlah buat unit trust ke.. Buat insurance.ke.. Buat monavie atau herbalife.. Semua mampu menjana pendapatan. Asalkan dia tahu cara nak dapatkan keuntungan darinya.. Bukan apa kadang kadang kite ghairah nak masuk itu ini dan last last satu pun tak jadi.. So.. Caranyer.. Cube fokus pada apa yang kita Suke nak buat dan yakin tentang apa yang kita nak buat.


inilah 2 cek serentak.. rupa - rupanya.. 1 cek dari nuffnang.. yang mana blog saya berjaya mendapat RM 70++ sebab ramai yang masuk blog dan tekan iklan.. best kan..




Irfan khairi ada cakap masa aku g ceramahnya.. Nak berniaga perlu kita suke barang yang kita nak niaga. Jadi.. Macam aku memang suke bekas bekas makanan dan terjumpa jenama tupperware dan aku suke dengan warna dan patern. Skrg umah aku dah berlonggok tupperware dan aku sayangkan semuanyer..

Ohh ya.. Banyak plak aku berleter pasal irfan khairi ini.. Nie aku nak bercerita pasal macam mana mereka atau anda boleh jana pendapatan dengan tupperware.

Pertama.. Bisness ini menjanjikan 2 jenis pendapatan. Iaitu pendapatan runcit.. Atau keuntungan jualan 25% ataupun untung cek iaitu komisen dari jualan kita dan jualan downline..

Mesti anda suke kalau dapat setiap bulan 2 -3 ribu salam bentuk cek. Boleh lah bayar duit umah atau kete.. Itu adalah hasil titik peluh me recruit orang masuk jadi ahli dan bile dia buat sales.. Anda dapat cek.. Itulah dia multi level.marketing.. Tapi konsep ini makan duit downline dan upline jangan kenyang sorang. Kena jaga anak buah tadi dengan bagi hadi atau penghargaan... Tak salah kan kalau keluarga sikit duit untuk raikan mereka para downline untuk g makan dan bagi hadiah hamper. Downline pun seronok dapat dan more hard working. Jadi tips untuk dapat komisen tu.. Saya sambung malam ini yer. Sebab letih menaip kat hset.. Kalau kat laptop laju sikit.. So. Jumpa.malam ini yer..

ok.. ini saya sambung gituew..
kalau nak terus mengetahui tip.. boleh baca dengan click buttun bacaan penuh


5 Tips untuk dapat Komisen Tupperware

1.  Beli dengan bijak
Ranking pertama pilihan saya adalah membeli dengan bijak. masa first and second moth saya masuk tupperware.. langsung saya tak tahu nak beli macam mana nak dapat komisen.. rupanya.. ada caranyer.. OPPSSS.. nak tahu macam mana.. harus INBOX ke facebook saya :  http://www.facebook.com/tupperwaresyamputra
kat sana saya akan cerita dari ZERO to HERO
dan bile fikir fikir.. kadang kadang kita perlu jugak bimbingan UPLINE.. dan alhamdulillah.. bile baca je manual tupperware tu saya mula jadi semangat dan mudah faham.. upline cume mengukuhkan.. jadi kalau anda ada upline.. jangan salahkan dia.. anda kena STUDY dulu.. jangan semua nak suap jer.. LETIH aden !!
heheheh.. pendek kata.. harus bijak membeli dan membaca.. harus rajin dan explore okays..


click sambungan --->

Tupperware Director : Thabrani @ Abdul Salam Wedding

Salam semua..
lama juga tak mencoret sesuatu di layar blog ini..
alhamdulillah..
pagi pagi dah dapat kejutan dari Tupperware dengan Cek bulan Januari dan dapat plak Nuffnang cek..
memang berganda,, dan pulak tu.. ada durian runtuh dari Teman baik Flora Ilyana dengan bank RM 3k ke dalam akaunku.. buatkan aku.. terlayang layang plak..
baru plak teringat yang cek lama tak di clearkan lagi.. hehehhe

insyallah.. esok nak buat semua..
oklah.. 2 minggu saya tak bertamu di blog.. dan memang sibuk dengan cuti GOng Xi Fa chai dan juga pesta pantun.. serta kemudiannyer ke Kuantan Pahang untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Abdul Salam dengan pasangannyer Farah..
Jumaat saya, hyqal dan eddy,.. semuanyer director lelaki.. membelah lebihraya karak dan terus ke kuantan.. Kampung Sg isap.. kediaman Eddy dan keluarganyer.. 3 hari berkampung di sana.. rasa sekejap sahaja.. tak puas rasanyer..
hari sabtu majlis salam belangsung .. memang meriah. dengan juadah yang begitu sedap.. yang paling tak tahan bile dapat kerabu jantung pisang yang sedappp sangat. mereka buat rewang dan cukup harmoni.. memang best.. salam dan isteri pun sangat sporting dan kami sempat ambil bebarapa gambar perkahwinan salam..

yang paling mengejutkan saya, hyqal dan eddy.. membawa sebegitu tinggi tupperware yang limited sebagai hadiah kepada salam.. dan tika itu juga.. Nurol dari Dungun juga datang dan juga turut diraikan.. Nurul atau nama gelamornyer Takboh tego.. memang sedang menjalani program DIQ dan insyallah akan berjaya menjadi Director bulan ini..

untuk pengetahuan semua.. Abdul salam adalah seorang yang sangat gigih.. meskipun jauh di Dungun bekerja.. sangat komited dan berdikari untuk ke stokis dan membuat strategi sendiri bersama pasukannye.. dan sangat memenjatkan.. salam mempunyai 2 orang DIQ setelah baru sahaja bergelar Director.. itulah dia Director yang cukup hebat.. Lelaki yang dapat melihat peluang yang ada disekitarnya..
untuk anda yang nak menghubungi Salam ataupun Thabrani.. boleh ke Facebooknya..

http://www.facebook.com/thabrani.hijazi?group_id=0










\

untuk mereka yang nak gambar meletop pada hari perkahwinan.. boleh hubungi Hyqal.. dan boleh layari.. blog hyqal yer

http://shuttershootphotography.blogspot.com

ohh ya..
kami juga di kuantan sempat jugak singgah ke telok cempedak dan merayau disekitar kuantan.. best..







Sabtu, 9 Februari 2013

Tupperware Malaysia : HOT Item Kempen 2/2013 -Berkampung seharian Di STOKIS Tupperware

salam semua
hari ini hari sabtu.. selalunya sibuk nak ke stokis AMPANG untuk berjumpa downline
dan hari ini saya bangun dengan semangatnyer dan terus melihat TW BIZNET..
Masyallah.. dah mencecah ke angka 52 downline yang baru didaftar. ALhamdulillah. berkat usaha dengan giat downline dan director.. sangat membuahkan hasil.

Kini saya sedang menunggu kelahiran 3 Orang Director baru yang menghabiskan Program DIQ (Director  In Qualification) pada bulan ini.. Mereka ialah
1. Nurol @ Takboh Tego
2. Nor's Tupperware
3. Zai @ Jeha

seharian saya di STOKIS angkat saya di LIA KAYANGAN di Aman Suria Damansara.. sengat bermakna..
suasana tenang dan aman.. menyebabkan banyak idea masuk dan saya selesa di sini..
Disini lah lahirnya pelbagai idea dan saya memang dilahirkan di sini dan sebenarnya stokis ini yang banyak membantu saya.. Namun saya tak penah nak melupakan stkis KANDUNG saya di AMPANG..
cuma ia agak jauh dengan kediaman saya..

Konsep saya.. saya harus menyayangi mereka seperti RUMAH..
saya pernah ke Pandan, Wangsa maju, sri petaling dan juga Highway
semua baik baik belaka.

dan hari ini 9/ 2 / 2013 hari terakhir untuk kempen 1/2013 katalog yang mempamerkan Paste Asian Meals
dan katalog 2/2013 kali ini menampilkan begitu banyak koleksi terbaru yang best best belaka..
harus kita serbu stokis.//
tapi harus ingat.. rancang pembelian anda supaya lebih cantek dan molek..

inilah antara barang yang saya dapat rakamkan..


Dah tak sabar nak borong WATER DAY SET dengan harga RM84.40 dapat 2 besar.. 2 kecik dan 1 petak kecik.. boleh pilih yang pink atau hijau kekuningan.. jadi total dapat 5 unit.

1.   FEB (Hot 001)











PURPLICIOUS LUNCH SET.. RM49.10 + RM13.90 (portable cutlery set)

2.   FEB (Hot 002)






SALT N Spice Set 4 bijik dengan rack sekali RM65.20 + RM9.90 .. sesuai kat dapor..

3.   FEB (Hot 003)






5 warna 3 design.. memang meletopss.. kebaboo.

4.   FEB (Hot 004)




MEDIUM SQUARE ROUND (880ml) harganya RM74.40 untuk 5 unit.. warna baru yang menarik..

5.   FEB (Hot 005)





Small rectangular saver (500ml) - buy 4 bijik free 1 bijik --> RM50.00 .. mesti ramai suke. Rm7.50 sahaja sebijik..

6.   FEB (Hot 006)




Jom beli set ini .. Lolli Plates untuk 5 set. Paling saya ramal Top and hot item.. RM48.00 - boleh masuk microwaveable lagik.. agak agak nak belu berapa set yer?. Ada cadangan

7.   FEB (Hot 007)






PRELUDIO PITCHER .. RM38.20 sahaja.. saya nak borong 50 bijik. Anda percaya tak?

8.   FEB (Hot 008)






so.. untuk anda yang ingin mendapatkan item ini boleh menghubungi saya
Syamputra Razali
012- .399 39 47




Iklan Tengah

iklan atas

Iklan Bawah

🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟

  🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟 💥 BERSAMA JUARA BULAN BINTANG NEXT TOP MODEL 2...