salam..
kerana begitu banyak kempen oleh akhbar dan mulot mulot orang yang mana.. botol susu sekarang nie.. mengandungibahan toksik merbahaya..
boleh menyebabkan kanser, dan macam macam lagi penyakit..
alam semua, terkini semalam tengok berita tv3 yang mana Kerajaan Malaysia mengharamkan penggunaan botol susu polikarbonat Bisphenol A berkuatkuasa mulai 1 Mac tahun depan.
Perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.
Jadi.. apalah salahnya kalau kita peruntukkan duit sikit untuk beli botol susu TUpperware demi anak anak kita..
nak dapat anak memang lah susah.. nak jaga nya kena betul betul..
anaklah pelaburan yang kita ada esok..
kalau anak sakit memanjang.. susah jugak kita nanti..
jadi.. pikirlah untuk kesihatan anak kita..
kita beli baju mahal mahal.. boleh.. tapi soal anak.. JANGAN nak berkira!!
PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi ‘Bisphenol A’ (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai .Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.“Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutama bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.“Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini semalam. – kosmo.com.my
n
Tiada ulasan:
Catat Ulasan