Jumaat, 31 Disember 2010

Paling Laris Minggu Ini - Katalog Jan - Feb 2011

salam..
sangat memberansangkan
baru sahaja launching katalog baru untuk tahu baru.. saya sudah menerima 18 unit set untuk product ini.
saya melihat barang/ item ini sangat unik untuk pasangan kekasih dan sesuai dibuat hadiah..
memang hebat !!
saya buka jualan dengan harga paling hebat!!

Cuma : RM 23.00 sahaja

100 orang akhirnya tercapai JUGA

salam..
Alhamdulillah. Syukur pada Allah..
hasrat nak mengumpul downline seramai 100 orang pada bulan lepas akhirnya tercapai..
kini, saya baru sahaja bergelar director bulan Disember dan mendapat Team Sales berjumlah RM 55,000.00 dan komisyen keseluruhan berjumlah RM 4000.00 . Memang mengujakan bila dapat begitu banyak komisyen. Hasrat saya pada asalnya ingin mendapat RM 800 lebih 200 ringgit dari bulan DIQ , bulan november. namun, diluar dugaan.. semua yang terjadi adalah hasil usaha yang berterusan.

Sempena tahun baru ini,
saya ingin mengucapkan setinggi - tinggi penghargaan kepada semua Downline saya yang sangat menyokong saya dan juga upline dan organisasi yang senantiasa prihatin dengan plan strategi kepada saya.. dan saya juga ucapkan terima kasih kepada kakak saya yang perkenalkan tupperware ini kepada saya. Kakak saya merupakan UPLINE saya ,..
terima kasih Kak Mira !!

Terima kasih juga kepada semua pembeli barang tupperware dari sumber - sumber internet dan  yang paling memberi sokongan.. mak dan ayah.. yang banyak memberi galakan..

semoga tahun baru ini akan membuka lembaran baru dalam arena perniagaan tupperware ini dan azam saya tahun depan tahun 2011 yang akan kita tempuhi beberapa hari lagi ialah. saya ingin kecapi AED !!


Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada 3 orang downline saya iaitu
1 . Esta





2 . Mior





3 . Zahrine
























Mereka bertiga ini adalah lelaki berjiwa kental yang telah berjaya menjadi Director tahun 2011. mereka akan membawa pulang Tupperware Paris dan mereka telah berjaya dalam cabaran yang sangat hebat!!

Tahniah juga kepada Zahrine dan Mior. Cuma sebulan mengharungi cabaran RM 14000.00 untuk bergelar Director.. tahniah.. Anda Fast Track

Untuk Esta, Andalah raja recruit dengan banyaknya bulan ini. Syabas
Untuk 3 orang Downline saya yang sedang membuat DIQ. Bulan Hadapan .. anda juga akan kecapi manisnya menjadi Director !!

Tahniah kepada : --->
1.Win
2. Nazirul
3. Flora

Bulan hadapan, saya mempunyai 6 orang director yang hebat!!

Selasa, 28 Disember 2010

3 Tips : Mengekalkan Kekuatan Dalaman Perunding Tupperware

salam.
pagi ini bersemangat betul saya bangun..
seawal pagi saya menyiapkan diri dan memang terasa perbezaannya bila mana dah berkecimpung selama 5 bulan sejak bulan 8 hari tu..
teringat juga untuk memulakan perniagaan tupperware yang sebelum ini hanya didengar tentang Party Tupperware. Selalunya, saya memang liat nak bangun
tapi bila ada kerjaya dengan tupperware, hari hari semakin bermotivasi..
kita kena sentiasa kuat semangat.. anggapkan setiap perkara itu sangat istimewa..
oh ya.. saya gariskan 3 TIPS untuk mengekalkan kekuatan dalam sebagai seorang Dealer Tupperware

3 Tips : Mengekalkan Kekuatan Dalaman Perunding Tupperware

1. Positif sedari celek mata setiap hari
Awal - awal pagi selalunya kita bad mood dan rasa risau kalau rasa nak tidur lagi. liat nak bangun tu memang perkara biasa tetapi kita kena anggap setiap hari sebagai hari yang penting dalam kalender hidup kita..
bila kita rasa nikmat untuk menempuhi hari dan kita akan rasa masa tu akan bermakna..


2. Jauhi Racun perosak
Racun memang memeritkan.. sebagai racun perosak.. memang mereka akan tak senang duduk kalau kita berjaya.. adatlah.. kenkdang perasaan iri hati memang ada.. namun kalau tak dibendung.. ia akan jadi racin perosak.. orang yang buat kita DOWN... perli dan bagi ayat ayat yang tak best contohnya : "tak nak lah beli.. mahal " -- ayat biasa untuk mereka yang jelous.. padahal mereka ini nak beli.. tapi bile mereka jelous dengan kejayaan ini.. diorang mulalah nak melemahkan semangat kita.. jadi orang macam nie jauhi dan elakkan..


3. Pandang ke depan dan bijak mengurus masa
Harus pendang ke hadapan untuk kita berjaya.. cubalah bberangan angan untuk dapat award atau dapat naik pangkat dalam arena tuppeware.. bayangkan kita berangan untuk dapat cek yang besar.. beribu ribu cek kita dapat.. mahu tak kita akan berusaha lebih keras dimasa akan datang..


Jumaat, 24 Disember 2010

Hanya 5 hari sahaja untuk Promo Tahun 2010

salam..
inilah PROMO yang terakhir untuk tahun baru ini..
sangat HEBAT dan berbaloi..

anda mesti dapatkan 2 set untuk kelengkapan rumah anda..

Orderlah sekarang!!

Rabu, 22 Disember 2010

Alhamdulillah . REZEKI semakin melimpah.. Terima kasih semua..

salam..
tak terluah sebutir pun kata dari mulot.. bila pagi ini buka bizznet.. dan tengok sales tupperware saya begini..

Luqman Pengunjung Ke 2000 - Tahniah!!

salam..
tak sampai lagi usia sebulan laman BLOG ini, namun pengunjungnya sudah mencecah 2000 orang.
saya yakin, jumlahnya akan bertambah dari masa ke masa.
saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang support industri TUPPERWARE saya dan menjadi pembeli barang tupperware.
Diharapkan anda akan mendapat layanan 1st Class dari kami.

terima kasih juga kepada semua Downline saya yang masuk hari ini sudah mencecah seramai 70 orang dan team sales kita melepasi sasaran iaitu kini RM 30 000.00. Tanpa downline saya.. siapalah saya..


Kami masih ada stok

salam..
memang seperti yang diduga. hset saya hari ini banyak betul berbunyi sehingga tak sempat nak makan..
semua bertanyakan MM dan juga promosi Year End Treats. MM tu ada modular mates yang menjadi kegilaan semua orang.. bayangkan, cuma RM 163, anda akan dapat 4 unit MM yang saiz sedang dan 2 MM saiz tinggi. memang banyak menguntungkan.. untuk ada membeli..

dari 25 stok yang saya ada dirumah.. dah 12 set habis di jual. Cuma tinggi 13 unit lagi yang boleh dibeli..
namun, nazrine dan becky dah booking 3 dan 5 set setiap seorang. bermakna hanya tinggal 5 SET sahaja yang tinggal.

konsep siapa cepat dia dapat
kalau kita bertunggu.. nanti habis.. melopong..

sekarang pun rata - rata barang dah abis..
semua orang kelam kabut.. order dah ambil.. stok tak ada..
bermakna.. banyak betul permintaan..

so, apa tunggu lagi.. yok.. order 1 set sekarang !!

Road show - MayBank Jalan P Ramlee - Friday 24 disember 2010

salam
lama juga tak buat roadshow..
asyik dok buat party yang ringkas kat rumah ke rumah..
alhamdulillah.. semua rumah yang saya pergi menyambut baik, malah daftar jadi ahli.. sistem party memang hebat !!
namun begitu, roadshow akan kami adakan bagi mereka yang berminat untuk menjadi ahli / member Tupperware. Anda boleh kunjungi kami di maybank Jalan P Ramlee pada hari jumaat, bermula jam 9 pagi sehingga 9 malam. Saya juga membuka semua warga team saya untuk sama - sama sertai..

untuk maklumat lanjut sila hubungi
Syamputra Razali
012- 399 39 47

Jumaat, 17 Disember 2010

Stok Yang Hampir Kehabisan Di SEMUA stokis Tupperware

salam..
agak menggemparkan. saya menghubungi 6 Stokis dan bertanyakan akan Produk Modular Mates yang merupakan promosi paling hebat akhir tahun ini. Promosi melalui "YEAR END TREATS" memang agak berpatutan. Terdapat banyak barang yang dikeluarkan kembali dari katalog - katalog sepanjang tahun 2010. Memang hebat !!

Sales saya untuk bulan ini hampir mencecah 20 000 dan  barang paling mendapat sambutan adalam MM atau Modular mates. Dengan Hanya RM 150 , anda akan mendapat 4 Modular Mates (MM) 4.0 liter dan PERCUMA pula Modular Mates (MM) 5.5 Liter

Harga yang Tupperware Offer : RM 163.60 untuk 4 Unit Modular tersebut.
Paling best dan ramai orang teruja iaitu mendapat FREE Modular Mates yang lebih besar (2 unit pulak tu) yang berharga RM 95.20 - Terus anda akan untung RM 95.20 (hampir seratus)

Paling untung. pembelian dengan kami / saya dengan cuma harga RM 150 sahaja --> untung lagi RM 13.60

Keseluruhan untung anda = RM 95.20 + RM 13.60 == RM 108.80.

Apa yang anda tunggu lagi. SMS atau email saya untuk ORDER.
Syamputra Razali
012-399 39 47
email :
Sesiapa yang order 2 set saya akan berikan 1 Hamper Tupperware sebagai hadiah kepada anda !!



yang diatas ini.. ada promo dari tupperware.. yang atas itu adalah promosi saya ..

Blog Kawan kawan Se TUPPERWARE

salam..
hari ini saya nak promote sikit blog kawan kawan yang juga seangkatan satu team dengan saya.
moga anda boleh masuk dan berkenalan dengan mereka.
Jom tengok !!!

http://projek-ku.blogspot.com
kak zu.. memang masuk tupperware sebab rasa cinta pada tupperware ini. dia jugak ada bisness KAMBING dan anda boleh lawati blog dia dan melabur dalam industri penternakan. Zuliana ini memang potensi besar dan cover untuk area Putra Height

http://tupperware-pampers.blogspot.com
blog ini dihasilkan oleh Naz Kimi yang tinggal di Ampang.Dia ini meniaga juga pampers yang harganya agak berpatutan. Dia ini dah kuasai pasaran di Ampang !! hebat kan.. blognya smart dan kemas.. lawatilah..


http://tupperware-esta.blogspot.com
Esta ini antara Director saya yang ramai downlinenya. konsep dia agak unik dengan paparan katalog pada muka hadapan blog. Blog yang kreatif dan mudah dilihat bile sekali clik. esta ini minat photography juga, boleh tanya dia pasal gambar dan jugak gadget2 komputer.



Mior adalah calon DIQ yang bakal meletop. tinggal dipuchong dan sangat profesional. boleh layari blog dia..
Mior ini mula - mula jumpa dia melalui facebook dan jumpa kali pertama untuk beli kegunaan sendiri. Tapi kini, dia telah berjaya membina rangkaian downline dia tersendiri

Rabu, 15 Disember 2010

Senarai Downline Terbaru Disember 2010

salam semua..
hari ini saya nak simpan di paparan blog ini nama - nama downline saya yang terbaru bulan Disember 2010.
Tahniah semua downline untuk team saya
Anda perlu Yakin akan Bisness bersama Tupperware ini dan senantiasa berfikiran positif ya..
Ingat !!.. meniaga Tupperware ini bukan cara paksaan. Kita nak bersama pelanggan dalam tempoh yang lama..
Bina hubungan dengan pelanggan..

Ini antara Downline bulan Disember. Saya letak nama panggilan mesra ya..
Ini semua yang mendaftar melalui saya. Untuk genaration ke -2 , 3, 4,5 dan seterusnya..
Terima kasih juga saya ucapkan..

Disember

1.  Zuliana (Putra height)
2. Norhayati (Klang)
3. Azlin (Seremban)
4. Hjh Misnah (Bangi)
5. Zahirah (Kelana Jaya)
6. Fauziah (selayang)
7. Arif (Kelantan)
8. Ross (Kajang)
9. Nizam (Mutiara damansara)
10. Ariza (Petaling Jaya)
11. Hamidah (Melaka)
12. Win Becky (Setiawangsa)
13.Jalil (Petaling Jaya)
14.Leli Susanti ( Acheh - Indonesia) + 7 downline nya
15. Hafif (Petaling Jaya) - Esta Downline
16. Faezah (Petaling Jaya) - Rozana Downline
17. Kathy (Petaling Jaya) - Wanie Downline
18. Welda (Setapak)
19. Syikin (Ampang)
20. Zaharah - Rozana downline
21.Asri Rahayu 
22.Ismayanti 
23. Herawati 
24. Darsono 
25.Surna 
26.NingsihYetty 
27.Esawaty 
28.Rita Sentosa
29. Saifuluddin (Shah Alam)
30.


semoga terus berkembang dan BERJAYA.
Kita sama - sama mencuba dan yakin rezeki ada dalam Bisness Tupperware ini.

Party Tupperware : Tips jadi Pakar

salam.
Untuk entry kali ini saya ingin menceritakan strategi TEAM saya..
pada awal penglibatan.. strategi ROADshow dan mai drop adalah cara paling best yang boleh membuang rasa malu kita nak berniaga. bila kita dan petah bercakap dan ada produk knowledge, kita akan teransang ingin membuat lebih dan lebih..
dalam roadshow, pertemuan kita dengan customer dan ahli baru hanya sekejap sahaja.. tapi kalau dalam sistem PARTY, kita akan bermesra dan mengenali..
saya berfikiran sistem party ini lagi memberansangkan dari strategi yang lain. namun untuk menjadi seorang pakar PARTY,
praktise itu penting... ini ada beberapa Tips yang saya fikir boleh kita gunakan untuk menjadi pakar

3 TIPS menjadi Pakar dalam Sistem party Tupperware

1. Senantiasa belajar dari yang lama (yang lebih pakar)
Saya senantiasa berusaha untuk mencari jalan nak belajar dan terus belajar untuk maju, jangan malu untuk bertanya dan jangan rasa angkuh dan tak mahu berkongsi dengan orang lain. ingat lah, sekali kita berkongsi dan sebarkan ilmu, ilmu itu akan bermanfaat dan kita akan dapat pahala. seronokkan dapat pahala dari sebaran ilmu yang bermanfaat.

2. Belajar dari kesilapan
Untuk lebih baik dan maju, kesilapan tak lari dari kehidupan, kita harus maafkan diri kita jika lakukan kesilapan dan berjanji cuba tak nak mengulanginya lagi.. tapi bukan bermakna kita memberi peluang melakukan kesilapan. inilah cara terbaik kita.. iaitu muhasabah diri.

3. Kreatif dalam penyampaian dan resepi serta mantapkan ilmu tentang produk
Produk knowledge merupakan asas dalam meniaga tupperware. kita kena tahu huraikan apa yang tersembunyi dan customer tak tahu, kita kena pelbagaikan cara party kita dan banyakkan unsur yang mesra rakyat. insyaAllah.. berjaya hendaknya..


Oleh itu.. saya membuka Jadual untuk ada bagi tahun 2011. Sila booking tarikh untuk anda bersedia menjadikan LOKASI anda sebagai tempat kami menjalankan PARTY. Jangan risau, kami tidak memaksa untuk membeli mahupun menjadi ahli.. tetapi cuba untuk sampaikan apa  yang terbaik dan keistimewaan MLM Tupperware ini sambil masak - masak dan belajar masak serta makan - makan.


sila berikan butiran dibawah hantar hantar email email saya
tupperwarebrandss@gmail.com

butiran :
Nama                        : _______________
No. Fone                  : _______________
Alamat                     : _______________
Anggaran kunjungan peserta party : _____________

Selasa, 14 Disember 2010

Nano Filter - Januari 2011 - WAW!!!

The Nano Nature Water Filtration System


FINALLY…TUPPERWARE had it own Water Filtration system.
It is so compact designed & save spaces without requires of electricity which can sits well at your sink area.
10 FEATURES & BENEFIT
1)Safe, clean water for you & your family
- Effectively removes over 150 contaminants
- Removes 99.9999% of bacteria & 99.99% of viruses
- Enhanced for better taste, safe & clean water
2) Fully certified by NSF & WQA, leading international testing authorities in USA.
- all the component are certified safe. (ie. 72 parts)
3)Innovative breakthrough technology
- unique patented “Nato-ceram” technology
- 3-4x dirt holding capacity ensures effective filtration.
- Electromagnetic charge attracts & absorbs sub-micron contaminants & particulars.
4) Ability to add minerals & alkalinizes water for health –with a unique enhancement cartridge of Bakuhan-seki (volcanic rock in Japan)p
5) Convenient & Eco-Friendly
- sit neatly at your kitchen top, saves space.
6) Easy Maintenance
- only 2 cartridges ie. Replacement cost RM850 for 3 Enhancement Tank & Filter cartridge 1 yr.
7) Requires No ELECTRICITY
- Does not need to be plugged in
8) Trusted Brand for High Quality
9) Combining years of Research with lessons from Nature – where Nature meets Science.
10) GREAT VALUE
- Health enhancing water at minimal cost
- Tremendous savings over purchasing bottled water or boiling water.

PRICING OF NANO FILTER

Effective from Jan 2011 to March 2011
INTRODUCTORY PRICE : RM2,590
Pricing for Cartridge:
Filter Cartridge – RM490 ( last 1 year)
Enhancement cartridge – RM130 ( 3mths)
However from April 2011 onwards, it will be at Higher retail price !!...so hurry!!

Jadual Road Show Dis 2010 - Jan 2011

salam..
kali ini saya nak maklumkan.. Jadual Roadshow dan Party Tupperware saya..

1. (24 - 26 ) Nibong tebal -  Downline - Kak dah
2. (31-2) Pulau Pangkor - Mail Drop - Flora
3. (3-6) MARA Petaling Jaya - Syazwani

semoga GROWTH dan maju Industri Tupperware SYAMPUTRA RAZALI

kepada mereka yang ingin join untuk buat roadshow sama - sama
boleh call dan runding dengan saya

Syamputra Razali
012-399 3947


Isnin, 13 Disember 2010

Pertandingan "Bergaya Bersama Tupperware" 15 - 31 Disember 2010

Pertandingan "Bergaya Bersama Tupperware" 

- bermula 15 Disember sehingga 31 Disember. Anda boleh rujuk syarat dan pemilihan pemenang di iklan pertandingan di bawah

Hadiah hebat: 

Tempat PERTAMA : Hamper Tupperware bernilai RM 300, 

Kedua : Hamper Tupperware RM 200 

Ketiga : Hamper Tupperware RM 100. 

10 Hadiah saguhati. hamper bernilai RM 50. Rebutlah peluang ini..

 

 

Visualise BERJAYA - AED November 2011

salam..
Tetibe sahaja berangan dan pasang hajat untuk mendapat status AED pada November 2011 dengan organisasi yang semakin berkembang. Untuk akhir Bulan Disember 2010. target saya untuk TEAM saya adalah seramai 100 orang. Kini hari ini sudah mencecah 56 orang untuk Generation 1 , 2 & 3.
masih pending untuk didaftarkan ada 15 orang. Alhamdulillah, syukur pada Allah atas rezeki yang melimpah ini. Terima kasih juga kepada semua teman teman downline yang support dan sayang pada Team kita.

Terima kasih pada Kakak saya Mira Razali yang sudi buka peluang ini.
Memang tak menyangka yang Bisness Tupperware yang menjadi bahan gelak orang lelaki rupanya, saya telah ceburi dan memburu kearah kejayaan.

Keahlian untuk menjadi ahli Tupperware masih lagi dibuka.

saya selaku leader untuk Team ini, akan sedaya upaya membantu anda dan terus bertukar fikiran tentang team dan mengatur strategi dalam bisness. diharap anda juga tidak melepaskan peluang. Tidak kira dimana sahaja. Seluruh Malaysia dan suluruh Dunia, boleh daftar.

Ayuh, Daftar sekarang menjadi Member. Cuma RM 60 seumur hidup
sila Call saya untuk penerangan lebih lanjut
012-399 39 47
Syamputra Razali
boleh juga email :


6 PERKARA atau alasan yang membantutkan usaha meniaga Tupperware

salam..
hari ini saya nakbongkarkan beberapa perkara yang mungkin menjadi satu halangan pada kita untuk terus berniaga dan bertahan dalam industri TUPPERWARE
setelah saya menceburi bidang ini, memang masa itu sama seperti nilainya emas
nak tido pun boleh fikir tentang nak mencari sales dan mencari recruit
namun.. apakah yang biasa kita dengar bila mana mengajak kawan kawan jadi ahli..
inilah alasan mereka yang boleh menjadi RACUN membantutkan usaha mereka..
kalau kita tak ubah nasib kita.. at least selangkah.. masa terus berlalu meninggalkan kita..
tak ada siapa yang akan menoleh kita kalau jatuh.. kita yang akan bangun sendiri dan mendaki puncak. saat itu
orang akan memandang dan berkata "Bagaimana di boleh berjaya?"
jawapannya "Setelah 1000 kali jatuh.. saya baru merasa nikmat untuk berdiri teguh"

Hindarkan alasan ini kalau anda nak berjaya

6 PERKARA atau alasan yang membantutkan usaha meniaga Tupperware
Publish Post

1. Saya tak ada kawan
Inilah alasan yang dapat tempat PERTAMA. Sepanjang kita hidup kat muka bumi Allah ini.. memang kita ada mempunyai kawan, cuma rapat tak rapat sahaja. Yang penting, kita jangan terus sergah orang macam " Ko jadi ahli !!".. kalau kita approach macam tu.. memang kena tampar lah.. orang tak suke paksa.. tapi kebanykkan orang suke tentang kita berjaya dulu.. just wait and see.. Apa yang kita harus buat.. adalah tunjuk yang kita betul betul serius dalam dunia tupperware ini, kalau dah satu kereta penuh tupperware.. takkan lah masih main main dan tak serius dalam tupperware. orang melihat dan observe kita dari atas dan bawah dan judge jiwa dan hati kita melalui tingkah laku.. jadi, YAKIN, serius.. orang mesti akan dekat dan orang tukar akan sendiri hendak berkawan ngan kita dan akan kata " Boleh saya kawan ngan awak ?"

2. Masa tak ada lah.. kerja banyak
Inilah alasan yang menyalahkan masa.. lagi lagi masa tak cukup. kalau tengok PERDANA menteri,... agak agak.. masa dia nak tido berapa.. kita perlu fokus dan membuat perancangan yang hebat. mulakan dengan keluarga kalender dan catitkan due date nak buat apa. Lagi best,, rancangan sehari nak buat apa..
saya sendiri pun.. boleh je tidur tengah hari.. dan merancang nak meniaga pagi dan malam. kalau masa ditukarkan dengan duit.. pasti ramai yang hargai.. Percayalah.. umur kita semakin meningkat.. kalau kita tak ada simpanan hasil dari duit part time.. kita akan terus menyewa rumah.. mencatu nak makan apa hari hari.. Nak berjaya ini.. macam kita nak mulakan larian.. berlari  dengan langkah perlahan dan dapat momentum untuk laju. mustahil kita boleh lari digarisan permulaan dengan laju. setuju tak?



3. Kenderaan tak ada dan stokis jauh
Memang sukar untuk menjawab alasan ini. namun, kita kena kreatif. ada penjual tupperware yang kita tengok kat paper. Jual tupperware naik bas. memang agak ngeri dan sedih.. namun dia cekal.. kita harus pandang jauh.. kalau tak ada transport.. cuma mintak bantun kawan kawan yang ada kenderaan. tak salah untuk mintak bantuan.. kawan akan bantuan kalau kita ikhlas.. namun.. kita pun jangan lah macam nak amek kesempatan. harus lah kita rapor dan berbudi bahasa dengan hulur seringgit dua.. sebagai duit minyak. jangan sesekali ala ala ingat kenderaan awam.. kenderaan awak pun bayar 2 hinggit.. tampung minyak kereta atau motor kawan tu.. kalau kita terus nak FREE jer naik kete orang.. lama - lama.. kawan pun akan menjauhkan diri. sikap nak FREE ini harus dijauhkan,.. kenderaan bukan masalah besar.. paling last.. naik teksi sudah... beli lah sekali banyak..

4. Saya tak pandai nak bercakap
Setiap manusia diikutkan memang tak pernah bersyukur kalau bagi alasan ini. kalau dijadikan bisu pun boleh berniaga.. inikan kita yang sempurna ini.. alasan tak pandai bercakap ini harus budak tadika jer yang boleh bagi. kita bukan tak pandai.. tapi TAK CUBA. kita cuba bile jumpa kawan atau sesiapa sahaja.. mulakan dengan salam.. dan bila kita kendong katalog sana sini.. orang mesti akan busy body nak tahu.. apa yang kita pegang. " apa ko pegang tu. buku apa? ".. terus lah jawab.. " ala.. ini hah.. katalog tupperware".. "
dia pun jawab :
kawan : " hah tupperware.. bekas - bekas tu ker?"
kita : " ha'ah , aku ini hah.. nak cuba cuba meniaga tupperware.. ko tengok lah dulu... mana tahu berkenan.."
kawan " wah.. canteknyer tupperware sekarang.. warna warni.."
kita : "tuperware sekarang mengikut peredaran.. tapi kualiti dia memang meletopp" sambil tunjuk jari GOOD..
kawan : " eh.. aku lama nak benda macam ini.. aku orderlah satu"
kita " ok.. hah nah.. amek katalog ini.. mana tahu adek ko nak beli plak,.. aku bagilah special price.."


hah.. itulah dialog saya selalu jumpa kawan..
memang akan berjaya.. kalau kita TAK PAKSA orang.. kita tunjuk dan hormat orang.. sapa yang suka dipaksa.. kita lebih feel kalau rela dan merelakan.. wah !!

5. Suami tak bagi masuk lah.. suruh fokus kat anak
Pasal suami ini memanglah paling "so sda".. sebab kita buat niaga ini.. main redah jer.. cuba lah amek hati suami.. dengan bagi dia satu tupperware untuk dia pakai.. selalunya botol air la.. bile dia pakai.. dia akan ingat kat kita selalu.. ingat nak minum.. ingat kita. (tapi bukan saya lah..) jantan - sama jantan tak leh.. maksudnya.. anda semua kaum hawa.. lepas tu cakap kat suami " abang.. bagi lah saya cuba 6 bulan.. kalau tak nampak hasil.. saya serender.. saya buat ini.. untuk kita jugak bang.." kalau ayat inilah terpacul kat mulot anda.. memang rebah sang suami.. terus mintak gelang sampai kesiku pun dia kasi.. kenalah dengan kelembutan.. orang lelaki macam saya.. dia suka kan kelembutan dan sesuatu perkara ini nampak hasil.. nanti bile saya kawen nanti.. isteri saya harao harao faham lah.. suami nyer JUTAWAN TUPPERWARE.. jadi ingat.. kena lebih smart pujuk suami dan bagi tempoh percubaan

6. Mahal lah barang tupperware nie.
Mahal dan murah ini.. memang subjektif.. kalau orang yang tahu hidung masin.. beli air sebungkus pun nak di tawarkannya.. orang ini.. elakkan jer nak jadi kawan kita.. hak kita dia nak.. hak dia, dia simpan.. orang yang selalu cakap mahal ini.. memang TAK AKAN berjaya sampai bila bila.. dia sebenarnya nak murah memanjang.. TAPI , jangan salahkan dia.. sebab dia tak tahu barang tu punya fungsi.. dia ingat tupperware ngan bekas ais krim tu sama standardnyer kot., so.. kita maafkan dia.. dan cuba bagi product knowledge.. mana tahu terbuka pintu hati dia.. .. kebanykkan lelaki tak tahu kehebatan barang tupperware dia.. yang dia tahu.. makanan nampak sedap dan dia boleh kenyang dan tido.. orang pompuan pentingkan hidangan dan dekorasi.. selain itu.. harus diingat.. orang pompuan memang jaga kesihatan anak dan suami.. letakkan makanan dalam bekas makanan yang ada toksik dan racun.. memang tak selamat.. kita kena fikir long term.. bukan nak suruh beli tupperware terus penuh satu umah.. sebulan 1 unit .. sudah la.. 


puan puan, tuan tuan..
letih jugak saya nak berceloteh..
saya harap.. anda boleh dapat idea dari apa yang saya tulis dan ilhamkan ini..
sesiapa yang nak jadi ahli TUPPERWARE.. 
tahniah saya ucapkan menyertai organisasi 
"SYAMPUTRA RAZALI".. 012- 399 3947
sila berikan  NAMA :
                   IC :
                   ALAMAT :
                   NO. FONE :


itu sahaja.. jangan tunggu lama lama..
kan masa berharga...

http://tupperwarebrandsmalaysia.blogspot.com
click link ini.. cubalah..


Ahad, 12 Disember 2010

Lelaki pun Boleh Buktikan Jual Tupperware !!

salam
entry kali ini bukan nak memuji orang lelaki
tapi hakikatnya inilah..
selalu kita dengar perempuan masuk dan berjaya dalam kerjaya lelaki
tapi pernahkah anda fikir yang lelaki juga boleh berjaya dalam industri niaga yang dimonopoli oleh orang perempuan.
paling mudah contoh ialah tukang masak. kebanyakkan tukang masak sekarang ialah lelaki. tukang jahit pun sama..
dan kini saya sendiri berfikirkan yang LELAKi juga boleh berjaya dalam industri Bisness TUPPERWARE ini andai beberapa perkara diambilkira dan dipertahankan.

5 TIPS untuk Lelaki Berjaya dalam Industri WANITA

1. Belajar dari Wanita - Kehebatan orang pompuan dari segi produk knowledge - mereka memang expert untuk terangkan kehebatan barang. siap dengan mimik muka dan bahasa tubuh, sikit sikit bercakap.. ketawa. bile dah ketawa.. dia mengilai pulak.. itulah strategi orang pompuan

2. Elakkan rasa MALU - inilah kekuatan orang pompuan - dia tak peduli apa orang nak kata - bagi mereka - meniaga TUPPERWARE ini macam meniaga emas berlian - sebab bagi orang pompuan yang mencintai tupperware - tupperware ini satu kepuasan dan kekaguman. nak beli pun bukannyer macam beli bekas ais krim seringgit dua tu..

3. Ringankan mulot memuji orang lain - Tak salah kita menghargai orang lain kalau ia betul - pujilah customer kita dengan ikhlas dan bukan pura - pura. kalau dia memang wangi atau cantek - puji je lah.. cari HOT Button customer kita - haruss dia seronok dan terus jadi ahli Tupperware - tunjukkan yang kita memang mesra secara ikhlas. orang pompuan dan customer memang tak suka yang PALSU dan hipokrit. tak gitu?

4. Jangan takut buat silap - buat silap tu memang harus berlaku - kalau nak berjaya - banyak kesilapan - banyaklah yang kita belajar dan tahu - orang perempuan boleh berjaya sebab dia fikir - JANGAN buat silap kali kedua - dan lelaki harus mencontohinya

5. Jiwa kental dan tak usah mengalah - inilah senjata orang pompuan, walaupun kuat menangis - tapi api semangat tak pernah pudar - lelaki banyak tersangkut bila mudah putus asa.. cubalah jadi seorang yang kuat - kalau orang tak nak amek brouser atau katalog dari tangan kita, jangan give up - mungkin orang tu nak cepat - kita harus mengubah sesuatu bila tahu dia tak nak ambil - mungkin bagi salah ataupun senyum dahulu..


Inilah bebrapa TIP untuk anda - KAUM LELAKI untuk terus berjaya dalam industri TUPPERWARE ini.
Tahniah!!!



Jumaat, 10 Disember 2010

Leaflet 6 DEC ~ 31 DEC - Year End Treats !! - Haruss membeli saat ini

salam..
kali ini saya keluarkan leaflet dengan potongan harga yang sangat DASYAT
.. memang semua boleh memiliki kerana sangat berpatutan,.

Kenapa harus membeli ?

1. kepuasan mengguna - boleh digunakan dengan kenikmatan rasa seronok dengan design yang unik

2. penjagaan kesihatan - barangan tupperware bebas toksik dan tupperware diperbuat dari tumbuh - tumbuhan

3. alah membeli memakai - produk dengan jaminan seumur hidup !!

hebatkan !!.. orderlah satu untuk anda dan keluarga






RoadShow IOI Mall- Sabtu 11 Disember 2010

salam semua..
esok saya dan rakan - rakan team saya akan mengadakan Road show paling DASYAT..
di IOI MALL..
kali ini kami memilih dipusat Bowling disana sebagai lokasi terhebat kami..
nantikan pelbagai tawaran harga paling berpatutan dan pendaftaran ahli Tupperware juga dibuka
setiap pendaftaran ahli baru akan menerima hadiah EXTRA dari kami yang tentunya special !!

Ayuh !!..
jika akan ada kelangan. Jom ke IOI mall
hubungi saya
Syamputra Razali - 012- 399 3947

Selasa, 7 Disember 2010

Jom Buat Party !! Hadiah BEST Menanti Anda. Jom !!

Salam.
Hari ini saya melancarkan Kempen Party Tupperware !!
sesiapa yang berminat untuk mengadakan PARTY di tempat anda..
silakan.. Hanya Call dan buat appoitment dengan saya dan kami akan datang untuk buat demo masakan
Menu masakan
1. Pizza
2. Muffin
3. Paw
4. Nasi Beriani
5. Ayam Golek

Semua resepi ini tidak menggunakan OVEN tetapi gunakan KUALI WOK !!
anda selaku tuan rumah.. jangan risau..
anda akan mendapat barang dibawah..

Anda akan menerima : 4 unit Jumbo  (Bernilai RM 180)



Untuk Party : saya akan membawa semua bahan makanan dan juga HADIAH bertuah..
Anda hanya perlu pastikan tetamu yang hadir adalah 10 orang dan atas. Mudah kan ?

Isnin, 6 Disember 2010

Training Director oleh Shireen Tan - Advances Sales - Stokis Ampang
























salam..
hari training nie aku lah yang paling bertuah..
sebab aku berjaya dapat banyak hadia..
1. hadiah game - 2 unit
2. hadiah bertuah - 2 unit hemper
3. hadiah dari shireen - sales paling banyak : 1 unit hemper besar
4. hadiah dari michel - 1 unit hamper kuning.


Training kali ini, advance sales buat demo masak, kecantikan dan juga water filter..
seronok jugak bile aku over over.. buat macam stokis aku la plak.. heheh
Thanks esta sebab sudi teman..
Thanks Mior dan kawan kawannya - farah, moni dan kamal

apa apa pun.. aku suke belajar dari orang yang berjaya..

Iklan Tengah

iklan atas

Iklan Bawah

🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟

  🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟 💥 BERSAMA JUARA BULAN BINTANG NEXT TOP MODEL 2...