Ahad, 1 Julai 2012

Katalog Julai - Ogos 2012 - Bakal mencipta sejarah sebab ORDER yang banyak..

salam semua.. terkejut saya bile dapat katalog baru yang banyak betul barang yang bagus bagus dan mudah untuk di jual..
ada KEK.. dan Kurma yang meletopps..
ada periuk inspira.. pasti laris macam goreng pisang..
ada Balang kueh raya
ada One Touch yang chantek..
ada yang paling best.. BLOSSOM... memang meletopp kebabooooo punya..
inilah katalog nyer..
meh lah tengok...

saya letak yang HOT item jer yer...















jika anda nak ORDER dulu.. boleh SMS saya ke 012- 399 39 47 Syamputra Razali

Ahad, 10 Jun 2012

Dalam Bas pun Boleh buat Party Tupperware

salam..
kali ini saya dah kemaruk nak buat party.. sampai dalam BAS pun saya buat party..
OMG.. kali ini saya perkenalkan product Tupperware iaitu
NANO water filter yang cukup hebat..
memang kagum dengan tupperware yang dah ada water filter yang tersendiri..
jom lah order dan panggil saya buat demo...

yang ini part 1
 yang ini part 2


terima kasih sebab sudi menonton

party ONLINE 1st in Malaysia

salam..
semakin hari semakin yakin aku dengan Tupperware..
meskipun baru sahaja menjinakkan diri .. tapi aku terus memandang hadapan..
biarlah ramai yang  BUNGKUS dan give Up.. tapi aku dilahirkan bukan untuk menjadi PUTUS asa semudah itu
selagi aku tahu jalan ini jalan yang betul..
kat situlah aku FOKUS dan akhirnya aku sedikit demi sedikit maju
setelah aku dapat 5 STAR director.. dan kini aku mengorak langkah untuk mengadakan PARTY secara Online kat YOU TUBE dan facebook
alhamdulillah.. sekali upload.. punya la ramai jugak yang click dan tengok.
tahnks kepada semua yang tengok
ye lah.. disamping aku dapat belajar buat party dengan hebatnyer
aku jugak dapat pastikan penonton yang menyaksikan party aku ini akan dapat ilmu yang berguna..

Meh lah tengok you Tube Party ini..
semoga senang dan ceria selalu..

babai..
wassalam

http://youtu.be/-n1EGabdW5U


Khamis, 7 Jun 2012

Jangan Pandang Rendah Peniaga Tupperware !!

salam..
mengimbau selama 1 tahun setengah yang lepas
aku masih belajar - belajar mengenal product tupperware 1 demi 1
OMG - jenuh jugak nak hafal product macam One touch.. modular mates.. freezer mate.. macam macam nama item yang chantek chantek.
dan kini aku berjaya mendalaminya hampir kesemua.. dan still masih cuba kenal item yang baru baru dan nak tahun nama level..

setelah 1 tahun setengah ini.. macam macam aku dah lalui..
kena kutuk.. kena puji.. macam macam.. ada yang hina dan pandang rendah pun ada. sedangkan mereka tak tahu aku buat tupperware nie sebab nak jana pendapatan sampingan..
dan hina sangat ke orang niaga tupperware ni?..
aku rasa mereka yang tak tahu nak menilai..
ye lah.. Tupperware nampak exclusive dan sangat elegan taw..
bukan aku jual tipuware..

ada lah kisah di Mid Valley baru - baru nie..
aku berdepan dengan customer yang kurang ajar ( anak dan mak)
dia memang sengkek.. siap nak daftar ahli nak free.. lepas tu nak FREE gift dari aku..
Koserr lah aku nak bagi..
pastu nak beli tupperware hasil aku main game dengan harga 3 biji 10 ringgit
aku kesian dan bagi..
pastu tak reti reti bahasa
TAMAK haloba.. dia datang dan nak beli lagi..
aku cakap " ada pulak duit"..
pastu aku ckp la.. jadi ahli tak ada duit..
budak 'bongok" nie yang bestnyer dah isi form dan bagi IC segala bagai.. pastu dia kata nak free keahlian..
" ini sudah lebih:".. aku pun cakap baik - baik..
saya dah jual tadi kan.. kemudian..aku tak nak jual lagi..
budak yang kurang chantek tu.. buat muka dan terus berlalu dengan tarik muka ala ala benci kat aku.
aku pun relax jer..
pastu terus lah pergi main GAME tupperware di karnival mid valley ini..
kemudian.. mak dia pun datang.. dan nak menempek tepi aku..
dan melahirkan hasrat nak beli lagi..
OMG - aku cakap..
akak.. sudah lah.. tadi kan dah beli..
dia pun cakap.. 2 ringgit lagik..
aku cakap.. tadi budak tu mintak dan dia sangat "RUDE"
kakak tu pun jawab.. " anak SEDARA saya tu memang cakap tu.. budak lagi.. maafkan lah dia"
aku pun balas.. " sorry saya tak jual dah .. tapi budak tu memang rude lah..  .. SIAPALAH YANG AJAR DIA?"
kakak tu macam panas plak.. terus dia cakap " sebenarnya dia anak SAYA!!"..
wah mengaku plak anak sendiri..
dia pun cakap dengan nada sinis.. " anak saya tu amek PHD taw..." pastu terus buat muka berlagak..
aku pun balas " ala.. i pun tengah amek PHD"..
yang bestnyer dia.. terus tunjuk jari ala ala macam jari azwan ali.. dari atas kebwah badan aku..
dia cakap " MACAM ini PHD?.. keje Tupperware PHD?".. pastu mereka gelak beramai - ramai..
aku aku ternyata tak leh nak cakap banyak.. sebab pakai uniform Tupperware dan ada staff tupperware terus redakan aku dengan cakap.. "u orang tupperware.. kena jaga nama baik tupperware.."
aku pun akur dan malas nak layan pompuan puaka sengek tu..
just aku pelik.. budak tu umur dia baru 22 tahun tapi dah ada PHD.. mungkin diorang ingat orang yang NIAGA tupperware nie.. ada SRP atau UPSR sahaja..
mereka silap..
rata rata aku tengok.. semua orang niaga tupperware nie ada education yang agak baik..
dikalangan Guru, staf kerajaan dan bukan senang taw nak mange duit dengan jadi agen tupperware nie..

ternyata kakak tu silap..
dan dia MENIPU diri sendiri..
duit tak ada tak pe.. tapi budi bahasa kena jaga..
janagn lah berlagak anak ada PHD sedangkan baru umur 21 tahun jer.. TAK LOGIC..
memang kesimpulannyer kakak tu diertikan sebagai BODOH !!

anda setuju..?
anda nak tengok IC dia ?
anda mungkin dipandang rendah orang pembeli kerana kita jual tupperware..

tapi PERCAYALAH.. niaga tupperware ini telah membuka dimensi baru..
banyak manfaat yang saya dapat..
keyakinan diri dan kemahiran komunikasi yang tinggi
itulah kemahiran yang orang lain tak ada..

jadi.. BANGGALAH menjadi peniaga Tupperware..
kita adalah USAHAWAN Tupperware..

i pun tak kisah.. saya tak heran.. yang penting saya dah ada Degree, Masters dan sedang buat PHD..
dan dia terus menipu diri dan terus mundur..
janganlah kita jadi MELAYU seperti dia !! Musnah bangsa kita..
Bangunlah Bangsa Melayu..
Berdirilah atas nama Kebenaran dan Kuatkan semangat BERNIAGA !!


 mak lah pendorong kejayaa aku !!.. sayang mak..

 Ini gambar Pra Konvo aku .. kt dataran.. bukan senang .. nak niaga tupperware sambil Buat Master..

 hah.. angkasawan pun dapat katalog tupperware dari aku..



senantiasa fikir nak maju !!

Demo Tupperware Product Syamputra Razali.wmv

Rabu, 6 Jun 2012

Kejayaan lebih MANIS kalau berjaya melepasi cabaran

salam semua pembaca blog saya..

minggu ini memang sebuk tak ingat dunia dengan kerja hakiki saya...
ye lah bila kerja kena.. kerja betul betul.. nak niaga pun waktu lunch sahaja..
nanti BOSS tegur plak niaga masa kerje..
ye lah.. integriti nak kena jaga juga,,

ohh ya.. tahun 2012 ini penuh dengan kejayaan..

bermula dengan saya berjaya menacapai matlamat dalam kerja saya dan juga tupperware..

inilah rentetan bulan kejayaan saya

Januari  - saya mewakili KL dan menang untuk pertandingan Puisi Islam peringkat Kebangsaan - walaupun berpuisi ini hobi.. tapi bile berjaya di nobatkan sebagai JOHAN.. saya memang menoncat

Februari : saya berjaya mendapat 2 orang DIRECTOR dalam bulan yang sama.. Hyqal dan Edy..

Mac - saya terpilih mewakili MALAYSIA ke pertandingan Deklamasi Puisi ASEAN di Singapura dan mendapat NAIB Juara

April : Saya dianugerahkan ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG - APC untuk tahun 2011 dan anugerah ini adalah di buat di MEDAN MARA - HQ dan saya berjaya mendapat SKT untuk KPI saya iaitu 98% - Waww

Mei : Saya berjaya memenangi pertandingan GAME SHOW di RTM berkenaan SOrakkan EMas - Sukan Olimpik.. dan saya menang hadiah Komputer bernilai RM 1400

Saya juga terpilih di calonkan sebagai penerima ANUGERAH PENDIDIK TERBILANG MARA 2012 yang bakal bersaing dengan semua pensyarah di KKTM seluruh Malaysia

Aku dapat anugerah 5 STAR Director di majlis recognition rally di sunway convention centre


Jun : Saya dipilih untuk membuat demo product Tupperware di ruang pentas yang besar di Tupperware Carnival - Alhamdulillah.. WELL DONE..

Hutang Aeon - setel semuanye... - kejayaan financial paling besar !!

Insyallah.. saya akan memenangi dan BERJAYA dinobatkan sebagai PENDIDIK TERBILANG MARA 2012 - Insyallah..

itulah antara kejayaan dan liku - liku yang manis untuk saya harungi
nak berdepan dengan kerja sebagai seoarang Pensyarah di KKTM Petaling Jaya.. dalam masa yang sama.. mengajar di UPM serta juga ahad dan sabtu .. mengambil JOB Photography..

orang kata.. " semua ko nak buat.. tak penat ker?"
jawapannyer.. memang penat.. tapi takkan saya nak buang lagi masa macam mana saya buang masa zaman saya 20 an dengan tidor dan melepak tanpa faedah..
CUKUP !!

saya perlu jana pendapatan saya dengan baik dan Target tahun ini nak beli rumah.. dan nak Capai cita cita MAK AYAH.. nak ke MAKKAH.. insyallah..

alhamdulillah.. walaupun aku tido dalam 3-5 jam sahaja setiap hari.. aku dah terbiasa dan kerja jadi lancar sahaja..
orang semua tak tahu aku datang opis malam malam dan buat keje.. tahu tahu je.. kerje dah siap esoknya.. dan aku niaga tupperware setiap hari dalam jam 5-7 ptg sahaja.. 2 jam aku peruntukkan..
kalaulah aku ada 24 jam niaga tupperware.. hari hari aku buat party.. namun.. aku ada kerje tetap yang aku sayang..
iaitu ngajar..

jadi niaga tupperware ini adalah PART Time yang sangat bagus untuk EXTRA income..

insyallah, ada usaha,, ALlah permudahkan rezeki dan moga moga rezeki ini BERKAT hendaknya..





Khamis, 31 Mei 2012

Terima kasih buat semua Director dan Downline Syamputra Razali

salam semua..
hari nie rasa tenang sangat ke stokis kak lia dan borong tupperware hampir 3 ribu semata mata nak subsidies pergi korea..
dan paling best.. kali ini lebih 20 ribu director ssaya buat..
alhamdulillah..
terima kasih banyak banyak atas jasa baik anda..
rasa seronok sangat downline pun dapat berjaya buat duit dengan tupperware

jadi.. tanpa anda yang beri sokongan saya tak akan berada di tahap ini..
anda lah tulang belakang saya...


Iklan Tengah

iklan atas

Iklan Bawah

🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟

  🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟 💥 BERSAMA JUARA BULAN BINTANG NEXT TOP MODEL 2...