Khamis, 24 Februari 2011

Party Di Balakong - 19 Feb 2011









Salam..
hari yang paling getir dalam bulan februari..
pagi sabtu aku dah bangkit jer ingat nak terus g UPM.. tapi aku terus ke balakong
sambil menunggu lola bersiap..
aku terus sampai..
agak lewat.. kul 11 baru sampai
tapi punyalah ramai menanti aku kat sana..
ada 2o orang lah jugak..
alhamdulillah.. aku sempat demo
pizza dan lola masak agar - agar sedap sangat
kutipan hari tu mencecah 3 ribu jugak la..
ada jugak hycal datang membantu.. terima kasih..

terima kasih jugak kat makcik yati atas kesempatan yang ada diberikan..
semua orang ngan anak pinak dalam 40 orang ada jugak,
alhamdulillah..

Khamis, 17 Februari 2011

Bual - Bual Pagi di Gerai Nasi lemak Makcik yati Berbaloi

salam..
entah kenapa hari ini aku nak menziarah makcik yati.. mak sedara aku yang mak aku sayang..
kira makcik aku nie baik sangat
dan dia suke memasak..
aku datang je kedai dia.. terus aku pun di jamu nasi lemak yang maha best..
bila dah 30 minit aku duduk..
aku start lah keluarkan katalog tupperware..
dan ringan jer mulot aku nie nak suruh orang beli kueh..
pastu.. terus aku hulur katalog berharga RM 0.50 tu.. memang harga  2 biji nasi lemak. tapi berbaloi sangat
dari seorang makcik.. terus.. datang sorang sorang.. mungkin suara aku nie macam speaker
punya lah kuat..
nak dekat 7 orang makcik berkumpul depan aku..
semua suri rumah dan dah beli tupperware ngan makcik aku dalam 300 - 500 hinggit
kira kaya jugak makcik makcik nie..
tak sangka.. dok umah pun memang banyak duit
dan rumah flat plak tu..
hairan jugak..
umah banggo dan kondo yang kat taman melati.. pun nak berkira sepuluh sen..
baru lah aku sedar.. yang yang kaya.. memang akan lebih kedekut...
yang pemurah nie.. hidup bahagia dan sederhana..

oh ya... lepas tu..
aku pun mulalah silat bahasa..
abis semua makcik nie.. aku rapor dan pujuk jadik ahli.. dah 7 orang tu. 3 orang isi form terus dan 4 lagik.. nak isi masa buat party..
rata - rata memang tak ada bagi alasan.. nak tanya suami..
sebab kuasa duit dan beli .. kat tangan diorang..
jadi aku pun menawarkan lah nak masak pizza
memang diorang excited gile dan menjadikan umah makcik aku lokasinya..
bila aku cakap.. siapa yang jadi tuan rumah aku kasi hamper..
masing masing plak nak jadi tuan rumah..
lepas tu.. makcik yang seorang nie.. rumahnyer baru siap tambah depan..
dia menawarkan diri.. maklumlah nak hamper..
so.. sabtu nie..
aku buat demo piza dan ayam golek.. lola akan masak ayam golek..
aku akan all out punya.. walaupun sabtu ni.. aku ke USM penang..
tetap aku semangat nak tambah pendapatan..
insyallah.. sabtu ini pasti ada rezeki kalau ini aturannya..
alhamdulillah


inilah fryer yang bakal aku promote dan wok yang aku dah beli 10 unit.. bakal aku bawak untuk buat jualan panas..

Sabtu, 12 Februari 2011

Katalog 13 Feb - 14 Mac 2011

salam..
inilah kataoleg yang ditunggu - tunggu
Tupperware telah keluarkan waterfilter yang cukup hebat..
pastinya akan mendapat perhatian ramai..




















Selasa, 1 Februari 2011

GONG Xi Fa Cai - Promo


Salam semua..
inilah promo tahun baru cina yang paling hebat tahun ini..
ada pelbagai peluang nak direbut
yang paling sensasi adalah botol susu baby yang betul betul ditunggu oleh semua.. dan tupperware kuning yang cukup murah..
JOM order
SMS number yang tertera... !!!

terima kasih

Jumaat, 28 Januari 2011

Baru Lagi : Promo Tahun Baru Cina

salam..
ini ada sikit promo untuk tahun baru cina ini
Jom tengok.. mana tahu ada yang berminat..
JOm JOm


Sabtu, 22 Januari 2011

Tips Lagi Minggu Ini : Memotivasikan Diri Sebagai Perunding Tupperware Hebat

salam..
bagaimana nak mengatasi masalah DOWN bile kena reject ..
selalunya kita akan rasa lemah semangat dan rasa nak berhenti meniaga..
JANGAN BEGITU CEPAT!!!..
jangan cepat mengalah..
jangan terlalu lekas putus asa..
anda perlu ikut TIPS ini untuk terus bermotivasi..

TIPS : 5 CARA Memotivasikan Diri Sebagai Perunding Tupperware Hebat

1. Lihat Masa Depan Yang Indah
 satu cara bila down atau kurang bermotivasi ialah dengan melihat future kita.. kejayaan yang bakal dicapai. pendek kata.. kita kena kuat beranang dan lihat akan datang kita nak berjaya dan memiliki apa yang kita nak.. nak rumah besar.. kereta besar.. dan nak isteri besar... oppss?
jadi anda perlu Visualise tentang diri anda.. pedulikan kena reject dan terus berlari untuk esok.. INgat !! bagi dan cabar diri anda untuk tempoh 2 tahun.. jika selepas 2 tahun masih tak ada kemajuan.. bermakna anda memang tak mampu untuk teruskan bisness ini. tapi kena bagi tempoh.. paling minima 2 tahun.. yang penting yakin cuba dahulu

2. Tulis kan Impian Anda
semua ada impian.. saya punya impian adalah nak bagi mak ayah dan family senang lenang.. nak bawak diorang ke mekah dan melancong sana sini.. malaysia pun tak pe.. bila anda ada cita cita ini.. anda secara sendirinya akan bergerak untuk mencapai cita - cita anda.. ingat lah !!.. tak ada jalan mudah nak berjaya.. jatuh bangun memang adat.. namun.. semangat untuk capai cita - cita tu kena kuat !!!

3. Jauhi virus negetif
memang virus ada dimana sahaja.. orang - orang yang membawa virus negetif ini emmang harus dijauhi. jangan sesekali tegur dia.. nanti melekat virus tu.. orang yang ada virus ini ialah orang yang cemburu kejayaan orang lain.. paling tepat.. bile kita tunjuk catalog.. dia mesti akan tarik muka dan cakap " i tak minat tupperware".. kalau jenis manusia nie.. memang kita kena kesian kat dia. sebab dia tak mampu nak jadi macam kita.. dan dia hanya cemburu dengan kejayaan kita dan sudah tentunya.. dia tak nak kita maju dalam dunia pernigaan ini dengan cara tak moh nak support bisness kita.. memang kesian orang tu..



4. Fokus pada satu barang --> Tupperware sahaja
inilah yang paling penting juga,,, kena fokus.. saya ada jugak tengok kawan kawan yang meniaga.. selalunya kena fokus.. kalau meniaga tupperware.. cuba fokus pada tupperware. ini tidak.. AVON lah.. cosway la.. macam macam lagii..
bayangkan.. kalau ramai isteri.. macam mana nak fokus.. sana sini tak tercekau !.. memang susah kalau bermadu perniagaan.. so, anda cuba fokus pada tupperware dulu yer..



5. Percaya dan berdoa
paling dasar ialah.. percaya.. yakin akan rezeki kita dan Allah akan senantiasa membantu orang yang berdoa dan berusaha.. anda kena yakin.. tak ada jalan mudah pada permulaan berniaga ini.. banyak pancaroba dan kena teguh berdiri.. walaupun seorang..
kekuatan kita adalah pada semangat dan hati yang kental !!.. anda hebat dan terbaik !!




ini antara gambar yang diambil pada hari isnin 24 januari 2011. dah 3 kali saya buat demo pizza.. nak praktis.. ye la.. mula ula depan orang yang kita kenal dulu.. malumlah.. nak praktis masak.. terima kasih kepada semua mentee saya..

Promo Rakan Niaga

salam..
saya nak promo web rakan saya yang saya berkenalan di pulau pangkor semasa  festival puisi antarabangsa
nama teman saya ni
dia pelajar ASWARA dan warganegara Thailand..
dia telah buat satu web untuk promo web rakan rakan..
boleh layari web dia..
http://www.newskaki.com
saya pun nak iklankan blog saya ngan dia. cuma RM 50 sebulan. boleh contact terus dia.. 






Iklan Tengah

iklan atas

Iklan Bawah

🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟

  🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟 💥 BERSAMA JUARA BULAN BINTANG NEXT TOP MODEL 2...