JOM ROJAKKAN BISNES ANDA
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Anda penjual Beg
Anda penjual Baju
Anda agen insurance
Anda jual saham
Anda jual kosmetik
Anda jual gadget
Anda jual penapis air
Anda jual kerepek
Anda jual ubat kurus
Anda jual Tupperware
💪
Fuhhhh.. apakah anda ada 10 tangan bercabang ala ala sotong yang boleh buat kerja dalam satu masa?
Inilah hakikatnya sepanjang 10 tahun pakcik buat bisnes, pakcik tengok dan perati.. dan sedikit pun pakcik tak akan tegur sebab pakcik yakin.. anda lebih bijak mencatur hidup anda..
Pakcik melihat jenis manusia yang join bisnes.. pelbagai bisnes pakcik tengok..
Memang macam macam cara dan pakcik boleh simpulkan kepada 3 perkara yang boleh menyebabkan bisnes mereka macam cendawan lepas hujan.
#1 ❇️ MEROJAK PRODUCT
- apabila mereka dah syok niaga.. sudah tentu ramai orang akan nampak dan masa tu lah ribuan seller akan offer best niaga produk mereka dan start untuk bandingkan untung yang didapati.
- pakcik sendiri memang tak lepas dari dapat offer.. mereka akan lekehkan produk kita dan ada juga yang cakap “customer tupperware tu kalau beli insurance nie.. ko dah kaya dah syam..”
- memang semua akan tamak nak kaya dan memang semua akan kelabu mata sedangkan mereka tak pernah terfikir.. masa mereka 24 jam dan mereka ada family dan kerja. Pakcik percaya 99.9% akan bungkus bisnes yang A dan tenggelam bisnes B dan akan lemas dengan bisnes C. Sudahnya, hidup dengan masalah hutang dan cengkaman along melolong.
#2 ❇️ NAK CEPAT UNTUNG
- ini adalah salah satu perangai yang ada kat kita semua. Hari ini masuk terus nak dapat untung. Bila ditanya apa yang dah dia buat.. dia pun blur.. mungkin bisnes ini macam perjufian nombor ekor..
- pakcik pun ada perasaan nak cepat untung tu, namun bila tengok usaha sendiri macam “ada tak ada” jer.. elok sangatlah kita tampar muka sendiri sebab berangan mat jenin nak kaya.
- apa yang kita dah buat memang menentukan apa yang kita dapat. Dan kalau kita memang jenis pemalas segenap segi. Memang tak usahlah nak berangan berjaya. Tak ada dalam kamus orang berjaya.. duduk goyang kaki. Dah berjaya nanti.. goyang lah kaki sepuas puasnya..
#3 ❇️ TAK UPGRADE ILMU
- ilmu niaga akan berubah seperti putaran bumi. Kita kena sentiasa TOP UP ilmu dengan cari cikgu dan juga banyakkan explore kat youtub teknik niaga terkini dari pakar. Amalkan follow orang yang proven success dan tengok apa dia post dan follow aja caranya..
- pakcik percaya, orang yang tak nak belajar akan terus ketinggalan dan orang yang rasa dia bagus (bodoh sombong) memang akan tertimbus terus dengan sikap dia tu. sebab tu pakcik tak nak jadi macam tu dan pakcik akan cabar diri pergi ke majlis ilmu dan attend asembly atau kursus. Itulah ilmu..
- belajar adalah untuk mencari pedoman dan itulah yang menyuluh kita. Pakcik yakin, ilmu itu boleh menjadi batu tangga kepuncak kejayaan..
.
🔰🔰🔰
Itulah 3 perkara yang orang yang jenuh berusaha tapi tak boleh berjaya. Sebab ada 3 perkara diatas yang membataskan mereka.
Jadi, sama sama lah kita elakkan ya..
Semoga bermanfaat bebelan pakcik pepagi ini..
Sekian
Syamputra Razali
P/s siapa suka hidup bermadu? Kalau suka sila madu-kan produk anda.
#pakcikbebel
#pakciksemangatcuti