Isnin, 27 Januari 2014

Tupperware Team Power Challange : 3K3H - 3 Ribu 3 Hari - Tupperware Team Sales

Salam semua..

Asslammualaikum dan selamat pagi serta salam sejahtera.. Dengan ini saya mengumumkan "Barang siapa yang mempunyai team sales personal RM3k untuk 3 Hari.. anda (Director) bakal mendapat tanda hati dari saya..".. jadi pilihlah yang mana yang anda berkenan dan cabaran ini bermula saat ini (28 januari) sehingga 30 januari 2014. Semoga cabaran ini menjadi satu peluang menambahkan koleksi istimewa dalam dunia tupperware anda. Good Luck.

Itulah dia ayat dan promosi untuk cabaran 3 hari ini bermula 28 - 30 Januari 2014,
saya berbesar hati untuk memberikan semua ini .. ada 6 pilihan hadiah dan sangat sangat menarik bile mana anda berjaya dalam cabaran ini.. dan cabaran ini hanya terbuka kepada DIRECTOR  team power sahaja.. jadi kepada anda yang masih mencari - cari jalan nak jadi director.. boleh hubungi saya.. untuk mengetahui rahsia menjadi director..

Jom tengok pilihan hadiah dahulu yer..








jadik.. utnuk 68 orang Director saya.. boleh lah memilih yang mana satu anda nak... lepas tu berikan alamat dan saya akan post terus kedepan pintu rumah anda..

nak tahu tak strateginya..


1. Pakat dengan 5 downline.. seorang buat LEVEL 1 (RM500)
Anda mesti ada lebih 15 orang kan.. apa kata berikan cabaran pada 5 orang downline anda yang nak buat bisness ini.. dalam 15.. pasti ada 5 yang nak buat sales last minit.. memandangkan gaji pun dah masuk.. ye lah nak raya cina ini.. semua sibuk shopping.. tambah pulak ala ala bonus dah dapat. anda mesti boleh galakkan mereka untuk beli dalam RM500. paling best promosi leaflet bulan ini yang mana ada BEG PICnic tu sangat chantek.. pasti orang suke..


ini beg picnic.. RM158 sahaja semua set.. belum tolak 25% harga ahli lagik.. memang berbaloi..


inilah level yang sangat chantek dengan purple.. memang meletoppsss kan..





2. Daftar DIQ dan buat party dan corporate gift CNY



Anda mesti biasa dengar saya selalu cakap.. "mencuba adalah percuma kan.. memang betul.. kalau kita just cuba jer..  tak ada apa apa pun kerugiaan.. malah.. kita semakin kuat semangat dan tak ada pun kita menanggung apa apa.. dapat pengalaman.. dan penat jerih tu sebagai satu iktibar untuk kita cari solusi bagi mencapainya..

cara paling best adalah dengan mencari corporate gift.. sempena CNY raya cina ni.. mereka mesti nak bagi hadiah dan macam macam kita leh carik.. nak atau tidak sahaja.. pokoknya.. kita kena sentiasa mencari peluang dan memanfaatkan apa sahaja depan mata dan belakang mata.. sekeliling kita penuh peluang yang perlu direbut.. kalau kita tak nak rebut... siapa yang akan rebut?.. pastinya ramai yang menanti.. so.. jangan lepaskan peluang..



3. Promosi Cookies CNY
Anda mesti rasa seronok kan kalau dapat satu hadiah yang ada biskut yang sedap.. serius saya cakap..
set cookies yang raya cina ini sangat sedap.. ada 2 jenis.. almond dan krismis.. memang memukau rasa..

saya jual cookies nie pun dah nak dekat 500 set dah.. sangat mudah.. sebab jual sekali 10 set.. memang untung...

kalau u olz boleh promote 3 set.. ala ala 30 box.. dah dapat RM3000 dah.. dah boleh qualified dah.. ingat.. bukan buat sorang2.. buat dalam team.. kalau sendiri nak pulun.. memang tak dapat lah nak habiskan.. duit gaji yang melayang.. jadi kena smart dan sangat sangat bijak membuat keputusan yer...



4. Promote 1 orang beli Water filter



Anda mesti seronok kalau ada seorang yang nak beli water filter.. senang citer..
harus 1 bulan ada orang.. dah dapat RM6k sales..


5. Promote 1 orang beli full set inspire cookware





mohon izin.. wan kamarina.. a.k.a koleksi bulan bintang sebab promote gambar u yang meletops ini..


Anda mesti suke kalau bile buat party.. ada yang nak beli full set.. harus kita tersenyum lebar..











cabaran sudah bermula..
jom sertai kami..

hubungi saya untuk menjadi ahli TEAM POWER..

012-3993947
Syamputra Razali









Jumaat, 10 Januari 2014

Tupperware Kongsi Cookies Gift Set - Tahun Baru Cina 2014

salam




sempena tahun baru cina.. Tupperware dah keluarkan 1 set gift yang cukup meletops..
harus kita borong kat stokis.. chantek pun chantek...




inilah.. 


...

























Khamis, 9 Januari 2014

Tupperware Executive Director (ED) menjadi milikku : impian menjadi kenyataan di Tupperware Brands Malaysia

Salam semua..
Januari 2014
telah tertulis dalam perjalanan hidup ku.. tentang kejayaan ini..

Rank Up

Join Member = Ogos 2010Director = Disember 20103 Star Director = Januari 20115 Star  Director = Mei 2012AED = Mac 2013ED = Januari 2014SED = Oktober 2014

 inilah yang dikatakan kemunculan saya dalam Tupperware.. berbekalkan beberapa tips dari upline dan BCO.. shireen dan kak sahliah kasmani.. 2 sifu saya ini telah membimbing saya.. lalu seorang lagi sifu ditemui iaitu lai peng yang berpengkalan di tawau.. dialah yang banyak follow up dan menjadikan saya dewasa dalam tupperware.. walaupun begitu.. Michele.. Upline atas 3 line dari saya.. adalalah pembakar semangat saya dengan menunjukkan yang dia mampu mendapat kereta honda city.. sangat sangat mengujakan..

lalu saya naik dan rank up secara perlahan dan bertahan..

saya cuba untuk merangkak.. dan kemudian saya belajar untuk duduk.. dan seterusnya bangun dan bertateh.. lalu berjalan dengan perlahan dan kemudian berjalan lalu dan terus berlari.. esok .. dengan izin Allah.. saya akan terus mendari puncak sehingga kemercu,,

harapan saya agar saya dapat membantu mereka yang sedang merangkak seperti mana saya dulu dan memimpin tangan mereka sehingga mereka dewasa dalam  business nie..

Tupperware memang satu business yang membuktikan siapa sahaja yang berusaha akan membuahkan hasil dan inilah tempat saya mencari rezeki demi mengubah kehidupan menjadi lebih sempurna..


jadi kisahnya.. saya meneruskan karier dalam Tupperware ini secara Part time memandangkan saya sangat sayangkan profesion saya sebagai seorang pensyarah di KKTM Petaling Jaya.. dan saya tak berniat untuk berhenti.. kerana saya sangat sangat cintakan bidang ini. jadi saya memutuskan untuk menjadikan business tupperware ini sebagai kerjaya sambilan saya bagi menjana pendapatan sampingan.

namun.. diluar jangkaan.. kini saya boleh merasai dan mendapat komisen tupperware lebih 3 kali ganda gaji saya sebagai pensyarah.. namun begitu saya tetap tidak meninggalkan kerjaya saya yang sudah 12 tahun saya ceburi seprti menjadi darah daging.. saya mahu.. anda yang bekerja dan mahu menjana pendapatan menjadikan saya contoh dimana.. hanya melakukan Part time sahaja boleh menjana pendapatan sehingga RM12 ribu sebulan.. dan pada bulan Januari 2014, saya cukup yakin pendapatan sebulan saya mencecah RM15 ribu ringgit.. dan paling membanggakan saya memiliki sebuha kereta HONDA civic secara percuma dari Tupperware.. syukran..




oleh yang demikian.. marilah kita memulakan kerja sampingan yang akan boleh membantu keluarga kita..
usaha yang pertama itu yang menentukan masa depan kita yang seterusnya..



jadi.. saya nak share beberapa tips untuk anda semua..


Inilah 5 SEBAB kenapa harus pilih TEAM POWER sebagai TEAM Tupperware anda..

1. Komited 
Kami sangat mementingkan silaturrahim didalam team. kerjasama dan kerja kuat secara bersorangan memang sangat tak best. kita mahukan antara satu sama lain.. support motivasi dan sama sama komited untuk buat bersama sama dalam satu team dan inilah rukun damai yang menyebabkan sales TEAM POWER dah mencecah RM200 ribu pada bulan Mei 2013. Konsep komited dalam bisness memang diamalkan mestipun hampir 90% dari team power semua mempunya kerja tetap dan ada kerjaya yang tersendiri. walau bagaimanapun mereka tetap komited pergi ke unit meeting tupperware dan juga membuat promosi jualan serta party..








2. Konsep Sharing

 Kami sangat mengutamakan perkongsian strategi dan tips secara berkumpulan. kami mempunyai what apps dan inilah yang menjadikan TEAM kami special dan konsep sharing ini bukan sahaja kearah perkongsian strategi tupperware tetapi kami juga  berkongsi kisah sedih dan pilu jika berlaku kecelakaan dan musibah..  sharing juga tentang info dan berita terkini tentang apa sahaja. kami mempunyai ramalan tentang hot item jika keluar sahaja katalog.





3. Kreatif

 Kami sangat menggalakkan usaha kreatif dalam membuat marketing dan strategi. kami mengiktiraf mereka yang membuat perubahan kecil dalam team seperti mengadakan party.. recohnition, roadshow dan macam macam lagi. kreatif dalam penciptaan poster juga memberikan kami lain dari yang lain.. sesungguhnya.. kami sangat inovasi dalam perniagaan di internet.






4. Ketelusan

 Kami sangat telus dalam menyampaikan maklumat dan info.. kami tak mahu berselindung soal komisen dan diskaun.. kami telus agar apa yang kami buat seperti startegi menjadi DIRECTOR dilihat mudah dan telus. ketelusan kami terhadap cara mendapatkan komisen memberi peluang kepada semua untuk belajar dan menyertai team kami.. telus itu kejujuran dan kejujuran itu adalah rahsia kejayaan TEAM power..





5. Kasih Sayang

 Kami sangat menitikberatkan kasih sayang sesama ahli keluarga.. support dengan motivasi sesama ahli dan kami sayang antara satu sama lain. jika ada berlaku sesuatu.. kami support mereka dan sangat menganggap mereka adek beradik. kasih sayang ini dicerminkan dengan setiap bulan akan diadakan recognition untuk mereka yang capai target..










Rabu, 8 Januari 2014

Tips : Komisen RM12k dalam sebulan : Saya Bongkar Rahsianya

salam
petang petang ini.. hujan turun dengan lebatnya.. ibarat HUJAN REZEKI..
dan tambah seronok bile saya mempunyai idea untuk menghasilkan beberapa nukilan yang boleh dikongsikan..



Bulan disember adalah bulan yang mencatatkan rekod hebat...
dan paling best.. buat pertama kali.. seorang director lelaki mendahului kedudukan carata tea sales paling tinggi..  iaitu eszri.. dari muadzam.. eszri memang shinning star yang dinanti nantikan..




inilah passport yang hilang dan akhirnya bertemu juga passport yang dijumpai oleh Benny
bulan februari akan ke MACAU.. tak sabar nak ke asia pacific conference di MACAU.. mesti meriah..



inilah kucing kesayangai saya yang jumpa passport tu.. bijak dan manja..


ohh ya.. jangan lupa beli majalah HARMONI yer.. muka surat 84 yer..


inilah detik paling ditunggu tunggu.. saya rank up ke ED juga akhirnya.. dan hanya 8 bulan berada di posisi AED.. syukur sangat - sangat..



selaku azam baru.. diari dan kalender adalah teman paling sejati disisiku..


sempat juga saya mengeluarkan koleksi peribadi yang chantek dan limited.. masa kemas umah tu...






sempat juga saya membuat perbandingan antara AED dan ED.. sesungguh nya ED sangat sangat berbeza komisennyer..







inilah tahun baru penuh keindahan kerana saya bakal lebih berjaya.. amin..



kreativiti itu asas kejayaan saya.. senantiasa mencari kreativiti saya..




jom baca majalah... HARMONI..


jom lah saya nak share tip hari ini..

Irfan khairi ada cakap masa aku g ceramahnya.. Nak berniaga perlu kita suke barang yang kita nak niaga. Jadi.. Macam aku memang suke bekas bekas makanan dan terjumpa jenama tupperware dan aku suke dengan warna dan patern. Skrg umah aku dah berlonggok tupperware dan aku sayangkan semuanyer..

Ohh ya.. Banyak plak aku berleter pasal irfan khairi ini.. Nie aku nak bercerita pasal macam mana mereka atau anda boleh jana pendapatan dengan tupperware.

Pertama.. Bisness ini menjanjikan 2 jenis pendapatan. Iaitu pendapatan runcit.. Atau keuntungan jualan 25% ataupun untung cek iaitu komisen dari jualan kita dan jualan downline..

Mesti anda suke kalau dapat setiap bulan 2 -3 ribu salam bentuk cek. Boleh lah bayar duit umah atau kete.. Itu adalah hasil titik peluh me recruit orang masuk jadi ahli dan bile dia buat sales.. Anda dapat cek.. Itulah dia multi level.marketing.. Tapi konsep ini makan duit downline dan upline jangan kenyang sorang. Kena jaga anak buah tadi dengan bagi hadi atau penghargaan... Tak salah kan kalau keluarga sikit duit untuk raikan mereka para downline untuk g makan dan bagi hadiah hamper. Downline pun seronok dapat dan more hard working. Jadi tips untuk dapat komisen tu.. Saya sambung malam ini yer. Sebab letih menaip kat hset.. Kalau kat laptop laju sikit.. So. Jumpa.malam ini yer..

ok.. ini saya sambung gituew..
kalau nak terus mengetahui tip.. boleh baca dengan click buttun bacaan penuh


5 Tips untuk dapat Komisen Tupperware

1.  Beli dengan bijak
Ranking pertama pilihan saya adalah membeli dengan bijak. masa first and second moth saya masuk tupperware.. langsung saya tak tahu nak beli macam mana nak dapat komisen.. rupanya.. ada caranyer.. OPPSSS.. nak tahu macam mana.. harus INBOX ke facebook saya :  http://www.facebook.com/tupperwaresyamputra
kat sana saya akan cerita dari ZERO to HERO
dan bile fikir fikir.. kadang kadang kita perlu jugak bimbingan UPLINE.. dan alhamdulillah.. bile baca je manual tupperware tu saya mula jadi semangat dan mudah faham.. upline cume mengukuhkan.. jadi kalau anda ada upline.. jangan salahkan dia.. anda kena STUDY dulu.. jangan semua nak suap jer.. LETIH aden !!
heheheh.. pendek kata.. harus bijak membeli dan membaca.. harus rajin dan explore okays..


click sambungan --->




2.  Rancang strategi
strategi memang perkara pokok dan harus anda semua tahu.. nak berjaya mesti lah pakai strategi.. samaada cara tu secara lurus mahupun bengkok.. jangan ikut sangat buku.. diplomasi pun perlu ada dan kita harus pandai juga memujuk dan melezer.. kekadang .. jangan bagimuka sangat kat pelanggan.. bile dia macam ala ala nak menjatuhkan kita.. lezer jer.. saya pernah jumpa customer yang salah bagi alamat dan complain barang lambat.. senang cerita saya pun hantar barang yang sama ke alamat yang baru.. kemudian.. post saya bayar.. kemudian.. dia kata lambat sangat dan LAKI dia dah marah marah.. so.. mengelakkan laki dia menceraikan dia.. saya terus transfer duyit dia RM 78 dan kos je dah RM 13 untuk post laju.. dan paling best... barang tu datang esoknyer dan dia terus nak pulangkan barang yang saya jual 80%.. bodohnyer dan egonyer dia.. apa salahnyer transfer balik duit tu kat account saya.. barang dah dapat.. dia pun postkan balik kotak saya tu.. last last.. mengadu dan nak claim post laju RM 23.00 . HAMBOIIII.. memang nak kena carut lah.. memang aku block je... customer yang keji lagi hina ini.. walau apa pun.. duit ditangan dia.. kita kena akur.. tanpa customer a.k.a RAJA.. kita tak kemana juga.. dan kalau boleh.. hindarkan lah jual beli bawah RM 100.. memang tak berbaloi.... jadi.. fikir fikirkan yer.. nak bungkus dan saletape,.. minyak ke post.. kalau lebih 100 kira bebrbaloi.. tapi kesah saya nie jangan lah buat anda sentap atau DOWN pulak/.. elakkan customer macam tu yer..

3.  Update Biznet
biznet.. memang satu web yang perlu di lawati hari hari. nak tengok perkembangan sales dan komisen.. heheheh.. pastu tengok new recruit yang masuk.. kalau dia tak ada RM 150.. harus nasihatkan dia.. paling mudah.. kalau ada modal.. buatkan je.. alang alang tu.. cakapkan dia.. suruh cari 2 orang.. untuk dapat komisen.. bile dia dapat first cek.. dia pasti suke dan yakin pada Tupperware.. itulah caranyer..
satu lagi.. dengan biznet ini.. kita akan tengok perkembangan downline yang ada potensi. jumpa dan bagilah sikit hadiah.. takkan lah downline yang buat RM 1000.. kita senyap je.. dapatkan alamat dia dan post something kat dia yer.. heheheh harap harap saya pun tak terlepas menghargai downline saya.. heheehh

4.  Recruit walau dimana
nak dapat komisen.. bukan menunggu je nengok biznet tu.. nak kena recruit jugak.. target setiap bulan 10 orang.. saya pernah dapat dalam 60 orang untuk team saya.. dan director dapat 30 orang.. menjadikan jumlah kami 7 orang berjaya dapat printer.. itu cabaran dari tupperware.. bile bertambah downline.. potensi nak dapat komisen pun besarrr lah sikit.. so.. jom recruit bebanyak.. tapi jangan lah sampai kita plak bayar orang nak masuk ahli ataupun kita bagi diskaun RM10.. cube bayangkan kalau kita yang bayar.. sure dia memang tak akan buat punya.. sebab nak bayar RM70 pun LIAT.. inikan nak beli barang.. saya pun pernah mendapat janji palsu dari downline yang mintak bayarkan dan janji nak aktif.. HAMPEH.. dia just nak buat collection kad jer.. memang lepas tu sorry saya nak sponser.. kalau orang mintak diskaun nak jadi ahli RM60.. contohnyer.. saya dah dapat tahu perangai dia yang suke nak free.. mesti setiap bulan nak kapak aku je lah keje nyer.. baik takyah recruit.. biar je lah dia jual benda lain.. koser nak layan..


5.  Party dan Power of Mouth 
saya memulakan kerjaya tupperware dengan buat party.. kak Sahliah dari stokis Kayangan yang ajar. dari situ saya start kena tupperware.. dan kak sahliah tak ada plak nak dorong saya masuk team dia.. hmmm.. kalau tak dah jadi director kayangan dah.. so sad.. tapi ada hikmahnyer.. nak buat macam mana.. dah bawah ntah siapa upline saya.. dan yang saya tahu.. tan suan see yang ada juga membantu dalam asembly.. menyuntik semangat.. tapi kat stokis ampang .. ramai yang hebat.. jadi persaingan nyer jadi lebih tinggi.. ohh ya.. bile buat party.. kita akan dapat tarik orang beli barang dan ahli dan seterusnya dapatlah tinggikan komisennyer.. satu lagi.. mulot kita nie dari mengumpat dan mencarut je.. lebih baik kita dok cerita tupperware kat kawan kawan.. mana tahu meeka berminat. kalau yang memang suke tipuware.. biarkan lah dia.. mana tahu dia memang suke guna barang beracun !!..

Jana Pendapatan Anda



Iklan Tengah

iklan atas

Iklan Bawah

🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟

  🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟 💥 BERSAMA JUARA BULAN BINTANG NEXT TOP MODEL 2...