Ahad, 13 Januari 2013

Photo Shoot team power - Tupperware Online

salam semua
gambar diobawah ini team saya yang meletoppss... semua buat perniagaan online..





sangat memenjatkan bile sabtu lepas.. team saya lebih 10 orang hadir di asembly di stokis ampang.. separuh bilik sahaja dari team power.. dan semua seronok..
dan bulan depan jika saya berjaya jadi AED saya nak buat makan makan untuk semua orang dan downline saya.. patut best sebab nak buat ala ala karaoke gituew..

jika anda berminat untuk join ahli.. masih belum terlambat.. meh lah join.. jadi ahli dan boleh terus jadi director..

Buat Duit dengan Youtube


Salam..
hari ini terbuka pulak nak bercerita tentang apa yang saya faham tentang buat duit dengan youtube dan saya ambil artikel ini dari web yang cerita tentang buat duit tentang youtube.. meh lah.. jom lah kita UPLOAD>.

Tahukah anda bahawa ramai yang telah berjaya menjana pendapatan mencecah jutaan ringgit dengan hanya memulakan sesuatu yang kreatif dan memuat naik hasil karya mereka di YouTube? Apabila kita menyebut tentang kreativiti, peluang untuk berkarya adalah sangat luas kerana tahap dan bentuk kreativiti antara seoarng individu dengan yang lain adalah berbeza. Peluang untuk berkarya dan memaparkan kreativiti anda di internet adalah bak kata pepatah “Tak terjangkau dek akal” atau “Bak dalam dan luasnya lautan yang tak bertepi”. Cuba bayangkan berapa ramai penduduk di seluruh dunia yang mempunyai komputer dan kemudahan internet di rumah ataupun di tempat awam yang berdekatan dengan mereka.
Jumlah penduduk dunia setakat bulan Julai 2011 ialah 6.97 bilion seperti yang dilaporkan oleh United States Census Bureau. Statistik yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan YouTube pula menunjukkan bahawa setakat bulan May 2011,YouTube telah merekodkan kekerapan tontonan sebanyak lebih 3 bilion dalam satu hari! Satu jumlah yang amat besar. 99% daripada tontonan tersebut adalah merujuk kepada tontonan video yang dimuat naik oleh sesiapa sahaja ke lamanYouTube.
Mengikut statistik ini, peluang untuk seseorang menjana pendapatan melalui laman webYouTube amatlah besar. Tetapi anda perlu ingat beberapa perkara penting sebelum memulakan niat anda untuk memaparkan video anda di lamanYouTube. Anda perlu ingat bahawa anda akan dibayar oleh YouTube setelah anda diterima menjadi rakan kongsiYouTube (YouTube Partner). Awas! YouTube tidak akan membayar anda jika kandungan video atau fail bukan dihasilkan oleh anda sendiri. Jika ia adalah hasil kerja orang lain, anda perlu menunjukkan bukti kepada YouTubekebenaran telah diberikan kepada anda oleh pemilik fail atau video tersebut. Jika video atau fail anda mengandungi gambar orang lain, anda juga perlu mendapat kebenaran untuk memaparkannya di laman YouTube. Suatu video atau fail tidak boleh mengandungi gambar yang tidak sesuai bagi tontonan kanak-kanak.
Satu contoh yang boleh anda ambil ialah mengenai Justin Bieber yang sekarang ini tersohor kerana video nyanyiannya yang dipaparkan di YouTube. Justin Bieber sebenarnya tidak menjana pendapatan dari YouTube tetapi menggunakanYouTube hanya sebagai landasan untuk menempah nama di dunia muzik dan hiburan. Ini adalah kerana video yang beliau hasilkan mengandungi lagu yang sedia ada tetapi beliau sebenarnya tidak mendapat kebenaran untuk menyiarkannnya di YouTube.
Langkah-langkah yang perlu untuk memulakan usaha anda menjana wang melalui YouTube:
Langkah 1: Hasilkan video yang menarik !
Anda perlu mempunyai perakam video yang bagus supaya kualiti video yang anda rakam dapat dihasilkan dengan baik. Ide yang kreatif akan menjadikan video anda kerap ditonton. Kebanyakan orang akan merekod aksi dan gelagat binatang kesayanagn kerana mreka tidak perlu meminta kebenaran untuk menyiarkan video tersebut di laman YouTube.Anda perlu ingat, tanpa kebenaran YouTube tidak akan memasukkan video anda ke dalam program untuk menjana pendapatan daripada iklan-iklan. Selepas rakaman, anda perlu membuat suntingan supaya tempoh video yang siap tidak terlalu panjang. Pada kebiasaannya, tempoh video yang selalu di muat naik ke YouTube adalah tidak melebihi 4 minit. Anda juga perlu berhati-hati dengan proses memasukkan audio supaya suara atau muzik latar dan gambar yang dipaparkan adalah seiring.
Langkah 2: Cipta nama yang canggih dan mudah diingati
Sementara menunggu video anda dipaparkan, carilah nama yang mudah diingati serta menarik untuk diberikan kepada video hasil kerja anda. Selalunya nama akan diberi selari dengan kandungan atau jalan cerita video anda. Contoh nama yang masyhur di YouTubeialah “Sneezing Panda” yang merakamkan aksi dan gelagat seekor beruang Panda sedang bersin.
Langkah 3: Ulang langkah 1 dan langkah 2
Jika anda mahu berjaya seperti rakan kongsi YouTubePhilipDeFranco dan lain-lain, anda perlu rajin dan tahu bagaimana anda boleh menyebarkan dan membuat pemasaran tentang video anda supaya ramai yang layari YouTubeuntuk menonton video anda. Anda boleh memasarkannya di Facebook, forum dan laman web yang lain.
Jika anda ingin menjadi rakan kongsi YouTube, anda mesti sentiasa memuat naik video yang ditonton oleh ramai pelanggan YouTube. Jangan putus asa. Teruskan merakam dan teruskan usaha untuk membuat sebaran dan pemasaran.
Langkah 4: Semak emel anda !
Pihak YouTube akan menghubungi anda melalui emel jika video anda mendapat sambutan ramai. YouTube akan mengundang anda untuk membuat permohonan berkongsi pendapatan untuk video anda yang dipilih oleh YouTube. Apabila kelulusan diberi, anda akan mula menjana pendapatan untuk video yang terpilih itu.
Langkah 5: Membuat permohonan melalui program rakan kongsi YouTube
Jika anda sudah mempunyai jumlah video yang dimuat naik dan ditonton yang mencukupi mengikut kiraan pihakYoutube, anda boleh membuat permohonan secara langsung untuk menjadi rakan kongsi di bawah program rakan kongsi YouTube. Apabila pihak YouTubemeluluskan permohonan anda, perkongsian pendapatan daripada paparan semua video anda akan bermula. Proses perkongsian pendapatan akan berterusan selagi video anda tidak melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan. Anda juga boleh menambah pendapatan dengan menyewa video anda kepada golongan yang berminat.
Langkah 5: Mulakan proses permohonan
Anda harus membaca dokumen panduan tentang program rakan kongsi YouTube. Pastikan anda tidak melanggar mana-mana syarat dan undang-undang yang ditetapkan.
Anda tidak akan dibenarkan membuat permohonan seterusnya selama 2 bulan jika YouTube tidak meluluskan permohonan anda.
Langkah 6: Buka akaun dengan Google AdSense
Setelah anda sudah menyemak dan betul-betul faham akan syarat dan undang-undang tersebut, anda perlukan akaun di dalam Google AdSense untuk menghubungkan akaun YouTube anda. Hubungan inilah yang akan membolehkan bayaran dikira dan dibuat kepada anda terhadap video yang terpilih.
Walaubagaimanapun, wang yang anda boleh keluarkan daripada akaun anda ialah apabila akaun anda sudah mempunyai baki lebih daripada USD$100. Oleh itu, jika lebih banyak video yang menarik anda paparkan dan lebih banyak ditonton orang, lebih banyak bayaran yang akan terima bagi membolehkan anda membuat penegeluaran.
Langkah 7: Tempoh menunggu untuk YouTube memproses permohonan
YouTube akan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 minggu untuk menilai dan menentukan samada video anda akan diterima atau tidak. Anda tidak perlu membuat apa-apa selama waktu ini atau jika anda tidak mahu membuang masa, anda boleh juga terus berkarya! Siapkan rakaman video seterusnya.
Langkah 8 : Mulalah buat duit !
Sebaik sahaja permohonan anda diluluskan, anda akan dibenarkan menayangkan segala iklan yang keluar dibahagian bawah video anda. Terdapat juga iklan banner yang muncul dibahagian tepi video atau sesetengah iklan yang akan dimasukkan secara pantas dibahagian hadapan video anda sebagai pengenalan dan sebagainya.
Langkah 9: Ulang langkah 1
Jika permohonan anda tidak diluluskan, anda bermungkinan besar tidak mengikut salah satu langkah yang disebutkan di atas. Oleh kerana anda akan diberi tempoh selama 2 bulan sebelum permohonan baru boleh dikemukakan kepada pihak YouTube, anda dinasihatkan supaya mengulangi langkah-langkah tersebut dengan lebih teliti. Undang-undang dan syarat-syarat yang dikenakan mestilah diikuti dengan betul.
Ramai yang berjaya menjana pendapatan di YouTube adalah mereka yang rajin dan teliti serta patuh kepada langkah-langkah yang diberi.
Jika anda mendapat lebih dari 5 juta komen atau 20 juta tontonan dalam masa satu bulan, pihak Google Adsense akan menghantar jemputan khas kepada anda untuk menjadi salah seorang rakan di dalam program Premium Publisher. Program ini adalah program khas dan ianya akan dibuka kepada sesiapa yang layak atas jemputan khas sahaja.
Cara tersebut yang dibincang secara terperinci adalah bagaimana anda menjana pendapatan melalui YouTube dan menjadi rakan kongsi YouTube. Ada beberapa cara lain yang juga dikaitkan dengan menjana pendapatan di YouTubeyang anda boleh mulakan. Antara lain ialah membuat wang dengan menyertai program Affiliatecontohnya Affiliate Clickbank atau Affilliate tempatan.
Affiliate Clickbank adalah organisasi yang menjadi pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan program Affiliateberpusat atau gedung bagi pemasaran sesuatu produk atau perkhidmatan sesuatu syarikat atau individu yang menggunakan perkhidmatan mereka. Anda boleh menyertai program Affiliate Clickbank secara percuma dan anda akan dikenakan yuran yang tertentu apabila produk atau khidmat anda dilanggani. Affiliate Clickbank merupakan pusat yang akan menguruskan segala transaksi dari segi pengiklanan sehinggalah membuat pembayaran kepada anda.
Anda boleh mencuba untuk menyertai program Affiliate tempatan. Kaedah yang digunakan adalah sama seperti kaedah yang digunakan oleh program Affiliate clickbank tetapi sesuai dengan namanya, program Affiliate tempatan hanya akan membolehkan transaksi sekitar dalam negara sahaja. Oleh itu peluang untuk anda membuat duit melalui kaedah ini adalah terhad kepada pasaran tempatan sahaja. Jika anda seorang yang baru hendak bermula, cara ini mungkin boleh anda sertai sebagai landasan sebelum melonjak ke tahap yang lebih jauh seperti menempah nama di persada antarabangsa!
Salah satu lagi cara untuk menjana pendapatan melalui YouTubeialah dengan cara memuat naik video atau membuat hubungan dengan video yang dipaparkan di YouTube ke laman web atau blog anda sendiri. Anda harus bijak menilai video yang hendak dihubungkaitkan dengan blog atau laman web anda. Cara ini boleh anda gunakan jika anda memang mempunyai produk atau perkhidmatan yang ingin anda jual samada di dalam negara mahupun ke pasaran luar negara. Apabila anda meletakkan video yang memang mendapat tontonan yang banyak di YouTube, dengan secara tidak langsung laman web atau blog anda akan dapat dijejaki oleh penonton dan sekaligus akan menarik perhatian mereka kepada produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan. Dalam erti kata lain, video-video yang mendapat tontonan yang banyak di YouTube ini menjadi satu cara pengiklanan yang anda aplikasikan di laman web atau blog perniagaan anda. Walaubagaimanapun, anda perlu membuat penilaian yang betul sebelum meletakkan video-video tersebut dilaman web atau blog anda supaya ianya bersesuaian dengan tema atau jenis produk yang anda jual. Jika sebaliknya, penonton atau bakal pelanggan akan menjadi keliru dan tidak dapat memahami bahawa tujuan anda sebenarnya adalah untuk menjual produk anda bukannya untuk memaparkan video tersebut semata-mata.
Kesimpulannya, walau apa cara sekalipun yang akan anda cuba untuk membuat duit di YouTube atau melalui YouTube,anda harus tahu matlamat sendiri dan perlu kreatif dalam menghasilkan apa jua produk, video atau perkhidmatan. Peluang yang terbentang luas perlu direnangi dengan bijak supaya anda tidak terus tenggelam di dasar.



inilah sifu saya.. irfan khairi

Sabtu, 12 Januari 2013

Sejarah Tupperware

salam semua
pagi pagi ini lepas mandikan benny.. saya terus dok dapat idea nak ceritakan sejarah tupperware
ini pun dok mengkaji kat google..
lepas nie nak ke tasek titiwangsa.. nak cantek batek plak..
harus menarik dan tertarik..

anda yang nak join.. jangan lupa hubungi saya
join sahaja yer..

\mengenai TUPPERWARE

Siapa yang mahu tahu tentang sejarah Tupperware? Pencinta Tupperware, pasti ingin tahu bagaimana, mengapa, bila dan apa dan mana Tupperware dicipta dan diwujudkan.

inilah kesahnya..

Jumaat, 11 Januari 2013

Tawaran Hebat : Untuk Anda yang berminat !!

salam..
memang anda yang berminat.. inilah masanya yang ditunggu tunggu
semestinya.. saya akan berikan peluang ini untuk anda yang sangat sangat ingin kan cara menjanakan pendapatan sampingan..

pada setiap sabtu. dari jam 2.30  sehingga 3.30.. saya akan mengumpul semua downline saya di suluruh MALAYSIA.. dan membuat asembly di stokis AMPANG..

No. 6-G, Jalan Merdeka Ria 3, Merdeka Ria Industrial Park, 68000 Ampang, Selangor


Tawaran Hebat : Ada kelapangan jam 2.30 - 3.30 ptg ini (SABTU). Saya akan adakan Training untuk semua yang berminat dalam business TUPPERWARE. nak menjana pendapatan, Lokasi di STOKIS Ampang. No. 6-G, Jalan Merdeka Ria 3, Merdeka Ria Industrial Park, 68000 Ampang, Selangor. Boleh hubungi saya untuk tempahan tempat duduk. 012-3993947 http://www.facebook.com/photo.php?fbid=459335927462264&set=a.103025389759988.4121.100001575820042&type=1&theater



untuk nda yang nak datang.. perlu sms saya dulu.. sebab tempat terhad.. dan setiap yang hadir pasti mendapat satu hadiah istimewa dari saya dan sangat berbaloi.. selama sejam tu saya dan TEAM POWER.. akan menunjukkan tentang cara dan strategi pemasaran barangan dan tips mendapat komisen dengan cara yang sepatutnya..

Hari Jumaat yang bermakna

salam semua.
kesahnya hari ini saya pulun kerje iaitu menghadiri kuliah dan berjumpa budak budak HND 4A yang cukup patuh dengan cikgunya
memang sayang mereka sebab baik baik belaka..
dan mereka bantu saya buat module untuk subject Quality Assurance
terbaikkkk

dan bile petang.. saya ala ala punch out dan ke kenangan mall.. untuk beli baju dan ala ala tempah kad untuk Tupperware la.. dah 2 tahun berkecimpung dalam tupperware.. tapi sekeping kad pun tak buat.. OMG tak?
so.. saya pun servey lah kedai yang buat siap dengan banting lagi..
jadi malam ini nak pulun buat semua tu la..
dan sesambil tu terjumpa kedai yang jual baju ala ala besarrrr
hari saya beli 6 helai terus semuanyer.. memang chantek

bile dah penat.. sempat lah ke SKY Line Post kat sana.. post lah kit beg dan barang yang di order.. nanti lambat sehari.. mengamuk customer..
tu lah dia..
bile dah merayau.. rasa lah ala ala dahaga.. terus saya beli ais blended.. bile dia bagitahu secawan RM 8.50.. OMG.. mahalnyer.. tapi bile tengok wallet.. ada duit la.. lupa plak yang saya dah agak selesa dan mampu nak beli air yang sedap macam tu.. heheheh ye lah.. dulu kan buget buget nak beli ais blended.. skrg dah boleh beli
alhamdulillah.. ada sikit kemajuan.. sebab saya nak makan dan minum apa pun.. BOLEH !!!

Khamis, 10 Januari 2013

Tips Mendapat Komisen : Nak tahu ?

salam semua..
hari ini pun ada kisah yang tersendiri..
memang hari paling best sebab ada 3 orang yang seakan serupa untuk sms bertanyakan pasal komisen

dan yang ini pula inbox kawan kita tu kepada saya di FB yang mana  nak tahu macam mana nak dapat komisen..
pagi tdi kesahnye.. saya mendapat 1 inbox msg.. berkenaan.. seorang kawan kita yang dah daftar kat stokis dan tak kenal upline.. dan dia tertanya tanya bagaimadna nak dapat komisen.

dia kata  main daftar je kat stokis dan tak tahu siapa upline..

inilah nasib yang melanda sesetengah kawan kita yang bagus untuk jadi director atau bagus menjual tapi tak berapa kenal ngan upline..

jadi disini.. saya bukan nak menyanggah supaya jangan daftar di stokis.. tetapi harus mengetahui beberapa tips untuk memilih upline  barulah boleh dapat komisen..



jadi.. kawan - kita nie.. saya galakkan masuk lah dengan team saya yer..


so.. saya berikan sedikit tips untuk anda bagaimana nak dapat cek setiap bulan..

best tak?


Rabu, 9 Januari 2013

Rezeki jumpa bakal Director di STOKIS

salam semua pengunjung blog saya yang masih sudi menbaca ceceain (bebelan) yang seakan mengarut
tapi inilah diari seorang peniaga Tupperware.. dengan tupperware saya cari makan dan alhamdulillah hidup telah berubah kepada lebih baik..
kesahnya nak dapat rezeki..

Tadi sempat pergi stokis dan amek hadiah challenge untuk eco botol dan snowflakes.. alhamdulillah saya dapat hadiah hamper bernialai RM800 (tapi dalamnyer macam biasa jer).. apa pun.. lebih istimewa ada seorang kakak nie dok pinjam ID kawan nya untuk beli tupperware dan kata dia.. dia suke bila guna ID kawannya dan boleh dapat 25% dan LEVEL.. dan bila saya cakap.. "akak nak tak komisen setiap bulan kalau beli barang macam ini.. banyak tuuu RM2000++" -- dia pun jawab.. "ada dapat komisen ker?" memang tak menjawab soalan.. tapi what ever lah dan akhirnya.. dia beli barang atas nama dia sendiri dan ON the SPot dia jadi ahli.. memang satu suasana yang sangat best tadi.. tak pasal pasal saya dapat recruit Kak Kamisah yang dok di KEM kementah. haruss jadi jajahan baru !!.. ayuhh ...

nampaknya.. masih ramai lagi sebenarnya orang masih guna ID kawan untuk beli..
dan kebanyakkan mereka kata  " malas nak jadi ahli.. sebab tak nak meniaga dan nak beli sendiri" memang ada betulnya buat apa nak jadi ahli sebab bukan nak niaga.. tapi perlu ingat juga.. kadang - kadang ramai jugak kawan - kawan yang nak beli dan kita boleh try kumpul order untuk dapat level..

paling best.. mana tahu kita dapat downline yang komited dan nak buat bisness.. tak ker kita yang untung nanti.. jadi memang berbaloi kalau jadi ahli atas nama sendiri.

untuk anda yang berkira - kira nak jadi ahli
JOm hubungi saya 012 - 399 39 47 Syamputra Razali







Iklan Tengah

iklan atas

Iklan Bawah

🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟

  🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟 💥 BERSAMA JUARA BULAN BINTANG NEXT TOP MODEL 2...