Rabu, 16 Mei 2012

Katalog Mei 2012 - Memukau dengan HOT item..

salam sejahtera.. semua
apa khabar
terima kaseh sebab sudi tengok blog saya yang tak seberapa nie..
so.. malam nie.. memang nak all out.. nak promote katalog baru nie
memang bagus sangat..

item yang paling senang jual..
eco botol, mangkuk tingkat dan high handolier..
senang dan laju.. alhamdulillah..
bulan nie aku nak berazam nak pecah rekod yang ada...
meh lah tengok.. sudi sudikan..

































































Isnin, 7 Mei 2012

Tips : 3 Perkara yang harus dielakkan !!

salam dan selamat sejahehtera..
" anda hebat LUIAR BIASA !!" itulah kata - kata kak lia..
yang tok guru / kakak angkat/ sifu party dan banyak lagi gelaran..
tak pe kak lia.. aku tak leh nak bertahan dan sanggup teruskan business yang penuh mencabar..
betul kata kak lia..
 tahun pertama.. kita akan rasa keperitan.. dan bila dah nak masuk 2 tahun.. akan best sikit dan relax sikit..
yelah.. tahun pertama.. nak berdepan dengan macam macam perkara..
bile dah tahun ke dua nie.. hujung tahun nie.. aku mula dapat rentak..
niaga tupperware nie tak macam niaga handset atau niaga sayur..
niaga hset.. kena up to date.. niaga sayur takut layu..
niaga tupperware.. barang tak laku.. kita simpan.. tapi akan datang.. ada jugak pembeli.. kena yakin !!

bulan ini bulan MEI 2012.. maka genaplah.. setahun setengah aku jadi perunding Tupperware.. yang dah pun naik 5 star.. aku dah mengumpul hampir 10 orang director dan ada yang bertahan dan ada yang terus lena.. naun begitu.. itulah gelombang niaga..
siapa yang kuat semangat terus bertahan..
aku ada jugak tengok kawan - kawan facebook.. terus tukar bisness yang lain..
bagi aku.. aku dah abis banyak masa nak jadi expert untuk faham tentang tupperware.. buat apa nak beralih yang lain..

oklah.. lama betul aku tak tulis TIPS dan inilah masanya..

aku nak kongsi TIPS : 3 perkara yang harus dielakkan bila berniaga tupperware nie..

1. elakkan tukar barang rosak
selalunya customer ingat kita nie stokis bergerak.. nak tukar barang sampai berBEG - BEG.. hampir berpuluh puluh tutup.. nak kena tukar.. naik tebal muka tukar tutup..
dulu.. aku jadi pengutip tutup dan tukar..
sekarang aku dah pandai leser dan elakkan dari jadi agen penukar barang.. kalau dia beli nak dekat 10 ribu.. aku sanggup..
tapi beli barang RM 10.. aku sanggup tak jual..
letih tayar kete aku jer.. kalau boleh elakkan dan ajar dia pergi sendiri ke stokis..

2.elakkan dari bagi barang dulu - ambil duit kemudian.
untuk ahli atau director yang kita kenal.. boleh lah jugak kita bagi barang.. tapi aku dah banyak kali kena tipu.. muka cantek.. umah besar.. tapi nak bayar hujung bulan.. last last.. nak dekat setahun tak bayar - bayar.. letih nak SMS mintak.. nak buat report polis jer.. kalau boleh kita elakkan dengar JANJI palsu orang macam nie.. buat lah alasan " tak ada modal nak rolling".. kalau boleh kata jer.. barang nie orang lain punya.. aku sekarang.. kalau tak full payment.. aku malas nak layan.. bukan nak demand.. tapi nak berbulu mereka yang liat nak bayar hutang.. geram betul aku.. nak jer aku pergi umah dia dan buat rampasan tupperware kat umah dia.. heheheh

3. elakkan bagi murah pada customer !!
inilah salah satu strategi orang dan aku jugak.. bagi murah dan last last memakan diri sendiri.. customer kekadang kalau kita dan bagi murah.. mereka mesti nak murah lagi dan lagi.. last last.. harga tu langsung tak balik modal.. so kesimpulannyer.. cakap je harga katalog.. dan bile dia nak murah.. suruh jadi ahli.. dan kalau tak nak jadi ahli.. cakap jer.. " maaf kak.. saya beli dengan harga tu".. kalau dia buat buat sentap.. buat bodoh jer.. jangan dilayan.. aku pernah niaga tupperware dan kakak tu kata mahal.. dan aku mintak barang tu balik setelah dia beli.. dan hulurkan duit dia balik.. last last.. tak nak plak dia.. sebab inilah drama pembeli.. aku dah masak sangat.. hehehehe




so.. kesimpulannyer 3 perkara ini harus dielakkan..
haruss.s....



promo terbaru aku.. harus melatoppss



 cantek tak gerai nie.. gambar hiasan sahaja..




inilah tupperware yang aku basuh.. bertimbun tak basuh.. heheheh


Khamis, 3 Mei 2012

Merangkul 3 Kejayaan pada 1 masa

salam.
hari ini sangat santai..
biarlah apa yang berlaku.
aku dah berjaya dapat apa yang aku nak,,
Selasa depan aku di ANUGERAHkan Pekerja Cemerlang MARA
dan bile bakal diberikan..
aku rasa puas sebab tahun nie.. aku dapat 2 anugerah..
yang pertama dapat TOP 50 Director di Malaysia.. - Itu arena Tupperware
dan tempoh hari juga aku di angkat jadi JURI peringkat akhir Pesta Pantun MAKUM di UIA..

ke tiga - tiga bidang..

Kerja, tupperware dan pantun --> Allah dah berikan kejayaan yang terbaik untuk aku..
aku syukur,,
sebab tak banyak halangan.. cuma dari segi masa dan pergerakkan sahaja.,,
alhamdulillah.. aku bertahan dalam bidang Tupperware dan dalam pada yang sama aku kekalkan minat dalam pantun dan puisi dan aku datang kerje..
jadi.. aku punya masa memang tak ada istilah.. FREE.. masa tidor pun aku pulun habis .. habisan..
alhamdulillah.. setiap bulan aku dah boleh capai 40 ribu.. keseluruhannyer,..

dan yang best nyer.. aku dah naik 5STAR.. yeahhhhh
syukur alhamdulillah..
rezeki... jangan ditolak..


Selasa, 24 April 2012

Setiap Hari 2 recruit !!

salam..
dah lama juga tak menulis kat blog ini.. ye lah.. dulu tak sangka ada ramai jugak geng tupperware nengok blogspot aku yang tak seberapa nie..
rupanya mereka observe aku.
so.. lepas je aku tahu mereka  perhatikan aku..
aku rasa tak senang..
yelah.. kalau diorang support dan sama sama tukar firikan.. tak apa lah..
tapi ada jugak 2-3 orang yang PHD.. perasaan itu memang ada cuma terlebih plak mereka ini..
jadi.. macam macam diorang kata. tapi itu ada orang meniaga..
jangan di bomoh aku udahlah..
aku niaga tak kacau orang..

so.. whatever lah.. aku tak suke cerita yang ada aura negetif..
aku suke cerita tentang nak maju dan membangun..
sekarang aku dah ada lebih dari 500 orang downline dengan 7 orang director.
alhamdulillah.. rank aku dah naik bulan ini ke 5 star director.. walaupun aku pun tak perasan dah capai target..
dan jangan rasa bersyukur.. aku terpilih TOP 50 director 3 dan 5 star yang dapat ke sheraton hotel..
memang best g sana.. macam macam aku belajar
dan yang paling penting.. aku dapat BEST dress lelaki dan dapat hamper bessAAAAaarrrr punye..
syukur sangat

kat sana aku kena seorang director 5 star namanyer saiful..
bercakap kat stage memang mengkagumkan..
muka dia nampak skima dan memang dia romantik.. dengan isterinya..
dan memang bak kata orang mereka berdua dah capai target dan jumlah director mereka dah 21 orang..
memang aku semangat bile dengar apa yang dia cerita..
dan dia seorang yang bijak dan petah berkata..
siapa kata LELAKI tak leh maju dalam tupperware..
saiful dah buktikan dan aku akan pegang semangat saiful untuk bergelar AED suatu hari nanti..
sekarang.. aku dah konsisten setiap bulan 20 ribu keatas.. dan alhamdulillah.. aku bakal memiliki RUMAH Baru dalam tahun ini juga..
pastu baru nak cari orang umah.. sebab rumah dah siap..
best sangat !!!


gambar aku mula masuk dulu.. sangat muda..

bersemangat niaga dengan panas dan terik.. dengan MIOR di titiwangsa..

 aku belajar buat Pizza dan inilah titik tolak aku berParty

inilah 3 orang insan yang sering bagi aku motivasi dan semangat.. thanks kakaku - kak lia



  bergelar Top ranking di Advance sales..


 buat show di celebration shireen tan sebagai PD tupperware

 berseronok hasil titik peluh ke Beijing, China !! First Trip setelah 3 bulan masuk tupperware

Jumaat, 20 April 2012

Roadshow Tupperware di Petaling Jaya

Esok saya berada di ROAD SHOW di Area Petaling JAYA. Di roadshow ini saya menawarkan harga yang sungguh ISTIMEWA pada kenalan di Facebook. Datang dan jamu mata anda dengan koleksi peribadi saya yang limited edition serta peluang menjadi AHLI dengan FREE Gift extra yang menakjubkan. datang esok dari jalan 9 pagi hingga 12 tengahari. Jumpa disana. Untuk Lokasi terperinci boleh sms saya 012-3993947 Syamputra Razali

Untuk anda semua.. sesiapa yang datang jumpa dengan saya.. saya akan bagi satu misteri gift dari Singapura. serius.. datang dan kenalkan diri.. tak beli pun tak pe.. saya akan bagi hadiah tersebut.. ada 20 unit sahaja hadiah itu di berikan.. jangan lepaskan peluang keemasan itu !!

untuk anda yang berada di PJ, harus anda boleh luangkan masa, boleh tengok tengok mana yang berkenan..
Jom jumpa di Petaling Jaya..


Khamis, 19 April 2012

Katalog dan Product Menarik Bulan April 2012

salam semua.. pastinya anda rasa teruja bile melihat item bulan April.. 2012
sangat best !!





















siapa yang nak order boleh sms saya yer 012-3993947.. kalau nak buat part time.. lagi bagus.. boleh jadi ahli dengan RM 70 sahaja..

Sampai bila jadi sperti ini ?




Tempoh hari semasa bersama NEW consultant terhebat " Farah Hidayah " di Giant Kinrara, sempat jugak usha seorang remaja perempuan, " dek.. PERNAH dengar TUPPERWARE (sambil menunjukkan katalog tupperware) ? " --> dia terus "&&^%$^*^& --> sam...bil menggeleng kepala.. terus terfikir dalam kepala --> ada juga orang yang tak pernah dengar Tupperware. Mungkin selalu sangat dengar TIPUWARE.. - 

Dan kesian kat adek itu, siapa yang akan mengubah nasibnya kalau dia sendiri tidak bangkit dari seorang pengambil order restoran menjadi seorang usahawanita.. maka dia terus berharap agar mata pencarian dia menjadi seperti itu sehingga "entah bila?

Bila lihat WANITA yang bertenaga, cerdas, cantek dan remaja.. terbayang juga.. mereka mungkin ada kekangan tak boleh lanjutkan pengajian dan tak semestinya mereka tak boleh berjaya..
ALLAH dah tentukan rezeki setiap hambanya dan kita harus mencari.. mungkin adek tu perlu lebih berani untuk mengubah hidup dia.. dan aku akan terus untuk MENCUBA mengUSHA adek tu dan ajak adek tu masuk bisness ini dan insyallah.. suatu hari nanti dia mungkin boleh berjaya seperti orang lain..

Ahad nanti nak jumpa adek tu lagi.. dan nak ajak masuk tupperware dan buat bisness.. memang jawapan yang bakal aku terima ialah "saya tak pandai nak jual" -- tapi aku ada cara aku nak hadle mereka yang cakap macam tu.. dan sebenarnyer aku sendiri dulu.. tak yakin nak jual tupperware memandangkan aku sorang lelaki dan TAK PERNAH ada bimbingan UPLINE kecuali AED dan PD aku yang dah nampak potensi aku.. tapi yang lain.. ala ala menerima setiap bulan komisen dengan senyuman..

Whateverlah.. diaorang kata nak makan duit aku.. makan lah dah rezeki diorang.. aku memang dari bawah merangkak dan berjalan dan kini cuba berlari dengan tulang 4 kerat aku.. dan aku nak cuba bantu mereka yang nak hidup dan perlukan bantuan yang aku boleh berikan.. dan aku yakin.. aku mampu BERJAYA melihat bakat yang ALLAH bagi kat aku..

dan minggu ini sasaran aku adalah adek itu !!

Iklan Tengah

iklan atas

Iklan Bawah

🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟

  🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟 💥 BERSAMA JUARA BULAN BINTANG NEXT TOP MODEL 2...