SELAMAT HARI GURU
Tidak Cukup ucapan dalam kata Mutiara untuk anda, kerana anda adalah pahlawan yang tidak dapat diberikan pingat jasa””
Itulah sebaris ungkapan yang penuh bermakna dalam dakapan hari yang penuh bermakna untuk semua pensyarah KKTM Petaling Jaya yang juga merupakan pendidik kepada seluruh pelajar IOT di KKTM PJ. Dalam acara pemberian simbolik hari guru iaitu sekuntum bunga mawar setiap pensyarah, Dr Suzi iaitu Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik yang juga mewakili Pengurusan KKTM PJ sangat menghargai jasa dan sumbangan pensyarah kepada kemenjadian pelajar sebagai modal insan yang cemerlang.
Dengan tema hari guru iaitu Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani tahun ini sangat bertepatan dengan sambutan yang mengangkat guru sebagai pemangkin pelajar dalam menjadikan pelajar sempurna dengan ilmu dan kemahiran. Semoga Guru dan pendidik di KKTM PJ dan seluruh Malaysia terus semangat dengan obor kecemerlangan mendidik anak bangsa.
Selamat Hari Guru