Khamis, 30 April 2015

Ahad, 26 April 2015

Kisah penjual tupperware : nett item diserbu

Salam.. Malam nie ada kesah menarik nak kongsikan

Tengah hari aku g kenduri. Memang meriah gile 
Dekat je pun kenduri. Sebelah umah

Malam plk aku bawak family g makan macam macam.. Kak teh dan ina nak belanja.. Best gile

Gambar kak long x nampak plak

Pastu aku balik dan mandi...
Al kesahnya. Aku tengah mandi manda kat umah yang permai ini dan tetibe ada plak seorang makcik jiran aku dok dtg memalam. Baru je nak mandi lama sikit terus terbantut dibuatnya. Lalu aku pun bertanya..
"Iyer makcik jue.."
Makcik tu balas "engkau ada tupperware yang 35 hinggit tu.. Kau ada jual tak?"

Terus aku mengelamun.. Teringat kesah dia yang setiap kali aku jual.. Langsung x nak beli ngan aku. Katanya beli kat budak opisnya. Tetibe bile nak yang 35 hinggit nie datang plak kat aku..

 lalu setelah berangan seketika.. Aku membalas " saya memang dah abis jual dah cik ju.. Memang macam goreng pisang panas"

Aku pun menambah lagi "barang tu memang murah cik jue. Besar plak tu"

Dengan mengeluh dan aku tak tanya pun.. Terus dia mengadu " budak opis aku tu x nak jual kat aku plak. Dia jual sebijik 35 hinggit.. Dah beribu aku beli ngan dia.. Pot pek pot pek ... (Berleter)"

Aku yang sedang bertuala dan ala ala seksi nya terus pintas kata kata dia "sabtu depan saya buat party kat umah saya nie. Dtg lah. Saya bagi special kat makcik ju"

Terus makcik tu macam nak terkam aku yang sedang separuh bogel nie dan berkata
"Bagus kau nie.. Tetap nak bagi aku hadiah walaupun aku tak pernah nak beli ngan kau"

Aku pun dengan bontot kembang dan tuala nak terlucut .. Terus cakap " ajak lah kawan kawan datang yer.. Oklah yer .. Saya nak sambung mandi nie"

Pastu makcik jue.... Terus cakap "baiklah.. Minggu depan yer"

Aku pun terus sambung mandi..

Khamis, 23 April 2015

Salam jumaat untuk semua warga peminat Tupperware

Pagi pagi lagi dah semangat..

Salam semua
Hari ini syukur sangat sangat seorang pelajar membantu aku untuk masuk kembali ke blogger ini

Memang baik budak tu.. Tolong dan tak minta pun balasan. So dapatlah aku menaip sepuas puasnya di blog ini

KPI aku kali ini akan merajinkan menulis. X kesah lah apa benda nak tulis.. Oklah
Aku nak cerita kesah kehidupan aku nak meniaga tupperware nie. Semoga boleh jadikan inspirasi semua

Oklah.. Tahun ini menjangkau tahun ke 5 aku dalam bisness nie. Agak lama kuga.. Dari orang biasa dan kini alhamdulillah. Bolej beli rumah dan macam macam lagi.. 

Sementara minyak kete diisi.. Sempat aku makan ais krim padelpop

Teringat zaman dulu dulu memang susahnya nak dapatkan padelpop nie. Sebab agak mahal dan  meleleh air liuer je la. Skrg .. Aku rasa seronok dengan usaha keras yang berbayar dengan pendapatan 5 angka setiap bulan melalui tupperware.

Aku pun nak buktikan pada semua yang aku mampu berjaya dan kekal hebat dan memang ia sangat mencabar tapi kita kena sukakan cabaran kalau nak berjaya

Untuk anda yangvtak tahu lagi. Saya seorang tenaga pengajar MARA dan saya bekerja dari jam 8-5 setiap hari dan saya spend 10 minit sahaja utk bisness ini utk tracking dan motivasi ringkas


Makan tengah hari dengan nasi brown yang sedap sunghuh


Actually macam x cukup tido sebab semalam bantao IMAX cerite avengers. Nasihat aku.. Kena ada tido cukup kalau tak. Aku tertido..

Testing 1 2 3

cubaan..

Iklan Tengah

iklan atas

Iklan Bawah

🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟

  🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟 💥 BERSAMA JUARA BULAN BINTANG NEXT TOP MODEL 2...