Rabu, 19 Februari 2014

Tips BERJAYA Tupperware Online : Katalog Februari - Mac 2014 sangat meletop dengan Group Coaching

Salam..

Oleh kerana permintaan Personal Coaching yang terlalu ramai. saya dengan ini membuka peluang 10 orang yang terawal.. Orang yang baru @ DIQ mahupun yang belum menjadi ahli.. yang ingin Personal coaching dari saya.. Insyallah.. kali ini saya berlapang masa untuk mengadakan GROUP COACHING bersama anda. 

Jika anda SERIUS nak pergi.. mohon Whats app kepada saya 012-3993947. 10 penyertaan yang pertama mendaftar akan mendapat ole ole MACAU dari saya dan juga latihan insentif serta perkongsian TIPS melalui bisness Tupperware ini. Tarikh pada 22 feb 2014, jam 2.30 ptg. tempat dan lokasi saya maklumkan di whats app nanti.. Salam Success untuk semua..











TIPS
TIPS / faktor yang membuatkan seseorang TIDAK BERJAYA dalam Tupperware

1. NAK FREE KEAHLIAN - BERKIRA RM70
Antara faktor dan sikap yang bile kita tengok.. sebab dia gagal dalam bisness Tupperware adalah sebab ini.. jadi secara positifnya kena terbalikkan yang negetif ini jadi POSITIF.. inilah first time saya menulis hal yang negetif,, sebagai satu kesedaran pada anda. 

Bile ada orang nak masuk ahli.. dan dia excited.. tetibe tang bayaran RM70 untuk set kit beg dia dah mengeloh dan nak mintak diskaun ala ala RM50.. paling melampau.. nak suruh kita sponser atau FREE jer.. saya boleh bagi FREE tapi boleh ke dia cari 10 orang ahli dan beli RM10 dalam sebulan.. 
sebab sikap nak melabur RM70 pun liat nak bayar.. inikan pula nak bermodalkan duit kita untuk beli stok.. memang alamatnyer.. keahlian itu akan DROP.. ikut pengalaman saya.. memang akan drop.. biarlah dia nak jadi ahli lain... (bukan berlagak) tapi memang hakikat.. kalau RM70 pun dia dah berkira.. macam mana plak dia nak beli katalog plak.. mesti nak harapkan upline membeli..

saya memang selalu berjumpa orang macam nie.. angan angan nak jana pendapatan beribu,, tapi modal keahlian RM70 pun dia nak free.. memang orang ini JANGAN DAFTARkan.. ia akan kelak memeningkan kepala..

tapi baru baru ini saya berjumpa dengan sepasang suami isteri di giant kelana jaya.. namanyer suhirman dan siti.. mereka ini tak ada sedikit pun rasa nak menawar.. malah mereka sangat sangat komited utk menjalankan business ini.,. belum saya nak abiskan penerangan saya.. dia dah keluarkan RM70 dan bayar. Ini bukan soal dia mampu atau kaya.. tapi soal dia mahukan sesuatu.. dia akan invest awal.. kekadang geram betul bile ada yang cakap " tak nak lah jadi ahli.. KALAU FREE nak lah" .. atau pun.. "saya nak jadi ahli.. tapi RM70 tu encik syam bayarkan".. nasib baiklah saya nie tak pandai mencarut.. kalau tak sia sia jer.. kena carut.. heheheh (maaf emosi plak)

cadangan saya.. bile berdepan dengan orang macam ini.. cakap sahaja.. RM70 tu adalah komitmen.. RM70 tu bukan bayar saja saja.. dapat barang kit beg dari tupperware yang mana ada tupperware yang limited edition.. lembut lah hati dia.. jangan la pulak kita leser dia.. so.. kena senantiasa fikiran positif

 ini tresure box tupperware : RM280 harganya.. kalau nak save RM70  sebab beli tresure box nie.. keahlian terus dapat PERCUMA.. kit beg jadi free.. yang bawahn ini kit beg nya.. chantek...

ini lah RM70.. berbaloi sebab dapat bekas purple yang besar ala ala harganya pun dah sampai RM50.. so.. kenapa nak FREE jer.. kena lah modal sikit nak berjaya..


2.  NAK LEBIH DISKAUN ALA ALA 30%

Ada lagi satu sikap yang selalu kita jumpa yang gerenti dia tak boleh kemana mana.. sikap nak menawar sampai tahap murah giler.. saya biasa juga menghantar barang ke downline saya dan dia tak dapat ke stokis.. ada sekali.. saya hantar lah barang nie.. bile di total dalam RM200 dan itu adalah harga ahli yang saya dah tolak  siap siap 25%.. ala ala sebenarnyer RM204.. tapi 4 ringgit halal.. tapi dia boleh mintak saya RM150.. ala ala diskaun RM50.. dengan alasan.. saya dapat cek RM11 ribu last month.. 
memang tak dapat dinafikan saya dapat 11 ribu dan apakah saya patut belanja begitu kat dia.. RM11 ribu adalah usaha saya dan downline yang komited.. dan disebabkan saya kaya.. dia nak kurang.. memang saya terpaksa minta RM 204 .. dan itulah kali terakhir saya jumpa dia.. dan bile dia nak order.. saya suruh dia pergi ke stokis .. bayangkan.. nak parking.. mengharungi JEM dan juga kemungkinan exsiden.. semua tu dia tak pikir.. 
tapi nak buat macam mana.. dia adalah customer.. duit ditangan dia.. dan kita harus hormat customer walau apa keadaan sekali pun.. cadangan saya.. kalau orang yang nak murah ini.. kalau boleh,.. bagitahu kat dia.. cas minyak dan juga masa.. supaya mereka tahu.. duit komisen itu bukan semudah itu nak dapat..

dan kalau boleh cakap lah secara baik contohnya.. " kak.. inilah harga beli kat stokis.. saya beli atas nama akak.. nah riset".. penghantaran percuma kak... pasti hati dia akan lembut sikit

 kalau nak sangat 30%.. meh lah datang beli second hand kat umah saya nie.. rumah bujang..






3. NAK HADIAH BESAR TAPI SALES SEDIH
 Antara kesukaan kita adalah dapat hadiah dan recognition.. tapi ada juga yang buat sales tak sampai RM100 dah claim nak hadiah itu ini.. pastu cakap.. macam macam dan menganggap RM100 tu macam RM100 ribu.. memang lah RM100 tu pun menyumbang pada cek kita setiap bulan.. tapi kita kena tengok juga..RM100 x 3% x 0.75 .. tak sampai RM3.00 pun.. dan perkara ini kena dijelaskan.. takut dia ingan RM100 sales dia menyumbang kepada RM50 komisen kita.. so.. penerangan yang telus perlu.. cakap je.. kalau u buat RM100 saya dapat 3% dari sales awak.. dan selalunya kalau kita explain clear.. mereka akan sedar diri dan tak meminta minta.. tapi kalau dia mintak juga.. memang kena bagi TIPUware lah sebesar alam.. memang tak dpt dinafikan dalam family team saya dah hampir 2000 orang ini.. ada yang berpelakuan begini..

jadi cadangan saya.. kena slow talk dan bagi dia cabaran awal.. contohnya.. cakap " boleh.. saya bagi besarrrr hamper.. insyallah.. jadi director yer".. pasti dia akan betul betul pulun dan bile jadi director.. harus bagi.. betul2.. tak pasal pasal kita pulak kena belasah sebab janji palsu.. heheheh

 ini contoh director saya yang senantia positif.. saya bagi hadiah besar.. sebab sales pun besar dan azam dan kesungguhnya pun besar..

siap boleh arrangekan event meeting dengan downline nya.. tahniah Mukmin sebab sangat sangat semangat dan hebat luar biasa..




4. MALAS NAK PERGI STOKIS
 Ini memang masalah yang lazim kita dengan.. mereka kerja.. balik malam.. dan tak ada masa nak ke stokis.. adakala memang benar.. mereka tak ada masa.. tapi kita beri cadangan kat mereka.. supaya try pergi ke stokis dan berjinak jinak dengan stokis.. agar boleh dapat aura dari stokis.. bile dia pandai buat pembelian sendiri.. pasti dia tak ada masalah nak menawar.. kalau menawar.. kena tumbuk je ngan budak stokis.. dan kalau mereka liat nak ke stokis.. saya cadangkan.. anda cakap macam nie.. " pergilah stokis.. boleh cuci mata kat sana... mana tahu.. kat katalog lain.. kalau live kita tengok lain".. insyallah.. terbuka hati mereka.. dan jangan sesekali paksa mereka.. sebab bisness nie tak leh paksa paksa.. mereka akan rasa tak best dan akhirnya.. mereka request tukar upline.. melopong kita..

untuk yang rumah ngan stokis jauh.. kemungkinan boleh pakat pakat ngan downline untuk bantu belikan dan post.. ye lah.. kalau duduk kat pelusuk kampung.. susah juga nak kuar pergi stokis.. soi.. mohonlah upline belikan.. dan sesekali.. pergi lah asembly stokis anda tu.. tak kiralah BCO siapa,.. baik baik ngan mereka dan boleh share dan belajar dari mereka yang terdahulu.


bile kestokis.. bukan nyer borong sahaja.. macam macam kita boleh belajar.. saya memang dapat order ala ala pukal gituew.. so.. kena lah pergi stokis.. dan best ke stokis.. heppy jer...




5. KEDEKUT NAK HARGAI DOWNLINE


Penyakit yang ada pada semua Upline adalah kedekut nak kuarkan duit atau tupperware atau apa sahaja untuk menghargai downline,.. rasa tak patutlah kalau downline dah buat beribu ribu,.. kita biarkan.. kalau kita tak mampu nak bagi hamper.. bagilah ole ole ker.. belanja makan ker.. ataupun kalau ala ala komisen pun sikit.. just ucapkan TERIMA KASIH pun dah salah satu hadiah yang bermakna.. jangan sesekali kedekut nak buat pelaburan pada mereka.. kita kena letakkan sesekali diri kita kat tempat mereka dan kita akna rasa.. betapi bestnyer kalau dapat sesuatu atas usaha gigih kita.. jadi.. cadangan saya.. selalulah beri galakkan moral support pada mereka..
















____________________________________________________

disebabkan entry dan tips kali ini seakan negetif.. saya memberikan buah fikir dan cadangan pada anda.. dan jangan  lupa bile baca tips tu.. anda jadi takut nak JOIN.. inilah hakikat kita bile menceburi apa sahaja bisness.. sikap dan penghargaan perlu ada.. sebab kita berhubungan dengan manusia.. dan harus diingat.. senantiasa bersyukur atas rezeki yang ALLAH beri..

semoga anda yang nak tahu lebih lanjut bisness ini yang mana memberikan pendapatan kepada saya sehingga RM11 sebulan.. jom call atau what apps saya
012-399 39 47 Syamputra Razali

Isnin, 17 Februari 2014

Tips Kejayaan Tupperware Team Power : Pasang Matlamat dalam Mencipta Kejayaan

Salam..
semalam memang satu hari sangat sangat bertuah sebab dipertemukan dengan Dr. Azizan.. Jutawan yang sangat sangat berinspirasi..

pagi tu memang sangat menakjubkan.. memang sebagai seorang yang BOB.. badan orang besar... saya berbangga tengok Dr. azizan.. saya menjadi semakin kuat dan hebat.. motivasi tu akan menjadikan kita semakin yakin dan ada aura yang sama.. aura kejayaan..



salah seorang speaker yang Dr. azizan osman jemput adalah afliun shauki.. memang aura aflin sangat hebat dan dia seorang yang samgat mesra dan baik.. best sangat dapat salam dengan orang berjaya.. memang dapat menyedut auranya sehabis mungkin..

jadi.. apa yang saya belajar dari apa yang Dr. azizan ajar adalah beberapa perkara..

1. Jadi Kaya untuk membantu orang berjaya juga
Dalam menjadi KAYA, usaha dan cara dan teknik yang betul.. harus dipelajari.. kekayaan adalah matlamat kita bukan untuk meriakkan kita.. tapi kaya boleh bantu dan bela nasib keluarga dan ramai orang yang dekat dengan kita

Kekayaan juga bukan untuk menjadikan kita takbur.. tapi nak buktikan.. kita boleh bantu mak ayah.. family ke mekkah dan itulah sasaran kita... jadi.. jom cita cita jadik KAYA !!

2. Ubah mindset kepada sesuatu yang positif dan lihat potensi diri yang ada
Melihat potensi diri. kita perlu melihat kepakaran kita dari aspek mana,. kita kena bersedia dengan apa yang kita ada.. ibarat nak berperang.. senjata dan makanan serta perubatan perlu cukup.. dan potensi diri dilihat dari kecintaan kita pada apa yang kita boleh buat.. dan akhirnya.. bile kecintaan kita pada satu perkara.. kita akan mudah menjalankan urusan tersebut... minda kita pun akan terus positive terhadap apa yang berlaku disekeliling kita..



3. Syukur atas nikmat yang Allah beri dan rajin bersedekah
Sekiranya anda seorang yang sangat sangat liat nak mengeluarkan wang untuk tujuan bersedekah.. .. bile kita KAYA.. sedekah ini menjadi satu perkara yang tak ada masalah.. kita ringan tangan nak bersedekah.. dan ini membantu ramai orang.. dan paling penting, setiap kejayaan dan rezeki yang kita dapat.. kita hendaklah bersyukur.. itulah tandfa kita berterima kasih kepada ALLAH..


4. Tambah ilmu dengan seberapa banyak dan dapatkannya dari Mentor yang dah makan garam
Ilmu.. mereupakan sesuatu yang subjective.. memang benar.. ilmu theory sangat berbeza.. ilmu nyata adalah dunia nyata.. kita di berikan ilmu theory dan kita harus masuk kedalam dunia itu secara realiti... baru kita tahu tentang kepentingan ilmu dan disitu kita perlu cari MENTOR untuk berjaya.. supaya jalan yang kita tuju ini benar dan akan sampai kegarisan kejayaan..


5. Visualise kejayaan dan tentukan result apa yang kita nak
vission board merupakan satu perkara yang melibatkan pemikiran tanpa sedar yang memacu kita menjadikan ia kenyataan.. dengan melihat vission board.. kita akan merasakan kejayaan itu dekat dengan kita dan kita akan rasa betapa dekat kejayaan itu dan kita mampu mencapainya.. jom kita buat vission board dan realisasikannyer..



Dahulu.. saya tak terfikir pun nak berpendapatan RM 18 ribu.. malah.. tak pernah terfikir pun nak gaji komisen RM10k dan malah tak pernah berangan nak dapat RM1k.. kini saya berjaya mendapat RM18 ribu dalam masa sebulan dengan 480 ribu sales dalam team power semua.. sesungguhnya.. TEAM POWER adalah satu group yang sangat sangat berpotensi jauh dan gemilang..





Ahad, 16 Februari 2014

Tupperware Malaysia Katalog Februari Mac 2014 -Tupperware Catalogue February 2014

Salam semua..
sangat sangat mengujakan..
bile melihat katalog baru dengan muka hadapan Vent smart.. Tercapai juga cita cita saya nak ada 1 koleksi vent smart yang mana ia lebih memfokuskan kepada buah buahan dan sayuran supaya lebih segar dan bernafas.

sebelum tengok dan cuci mata katalog baru..
TEAM POWER telah mengadakan recognition bulan Januari di Aman Suria.. dan  60 orang telah hadir dan 13 orang director sekitar selangor dan kuala lumpur.. serta seremban dan kuantan turut hadir. di asembly tupperware ini saya buat demo rendang menggunakan inspire dan juga motivasi sedikit. saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kak Sahliah kerana sudi memberikan peluang berada sama sama dalam asemblynya.. sangat sangat bertuah..

inilah gambar gambar kenangan kami..





katalog tupperware februari 2014 ini akan membangkitkan lagi semangat untuk terus memberi kesedaran kepada public tentang kesedaran penggunaan barangan Tupperware.
Jom kita cuci mata dengan katalog feb 2014 yang meletops ini..


nak tengok katalog.. click disini untuk melihat yang cerita dan katalog dibawah --->


Iklan Tengah

iklan atas

Iklan Bawah

🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟

  🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟 💥 BERSAMA JUARA BULAN BINTANG NEXT TOP MODEL 2...