Isnin, 29 Julai 2013

Majlis Buka Puasa Bersama Tupperware TEAM POWER

salam semua..
seperti yang dijanjikan,, selepas kejayaan TEAM POWER mengadakan Family day pada April yang lepas..
kini menyusul 1 lagi majlis yang mengeratkan Ukhwah dan Pada raya nanti satu lagi program yang buat pertama kali diadalah di Pantai Timur untuk sambutan Raya dan Doa selamat.

untuk tahun ini, saya berbuka puasa dengan begitu seronok kerana dapat berjumpa dengan seluruh family TEAM POWER. pasti kemeriahan nya sangat sangat seronok..
dan Majlis berbuka Puasa ini bakal dihadiri oleh lebih 50 orang family Team Power dan diadalah di Restoran Seoul Garden yang bertempat di Plaza Pantai. Insyallah.. akan diadakan pada 3 Ogos 2013 bersamaan hari sabtu..

Sangat mengujakan kerana saya nak menyampaikan juga bebarap hamper untuk recognition director yang rank up ke 1 st , 3 star dan 5 star. semoga aktiviti ini di berkati. Amin..

Jom berikan maklumbalas kehadiran anda !!




Ahad, 21 Julai 2013

Katalog Tupperware Malaysia Julai 2013 mencipta rekod baru TEAM POWER

salam.. hari ini.. betapa seronok dan meloncatnya saya bile bukak twbiznet dan tengok Organisation sales mencecah RM210 ribu.. jauh dari anggaran cuma RM200k.
teringat satu masa dulu.. saya pelik dan aneh melihat kawan kawan satu BCO mendapat 200k dan mereka masing masing ada downline yang ramai dan sangat sangat berjaya. terdetik dalam hati dan kata./. "aku pun BOLEH" .. dan nyata sekarang.. saya dan berjaya ditahap itu dan saya akan cube untuk menjadi yang lebih baik dan senantiasa mencari formula terbaik untuk TEAM POWER.

untuk anda yang baru membuka blog saya.. saya kenalkan diri saya.. masuk bulan 8 ini maka genaplah saya 3 tahun dalam Tupperware dan .. selama 2 tahun lebih saya berhempas pulas untuk tahap ini...
4 bulan yang pertama.. saya cume membeli untuk diri sendiri dan tak pandai nak membuat cek.. hanya membeli atas nama sendiri dan hasilnya adalah kepenatan..
kini selepas saya dibantu oleh beberapa otai OTAI kalau tupperware.. iaitu Kak sahliah kasmani.. Kak shireen tan suan see dan Kak Laipeng serta paling rapat iaitu inge darmawan.. saya membuka langkah dengan menjadi director lepas 5 bulan masuk ala ala tak tahu apa apa..
saya punyai UPLINE dan dia langsung tak amek tahu tentang saya.. 2 upline saya mungkin hanya tahu sendawa kekenyangan dan saya  mula mula geram jugak.. lama lama saya dah lali.. dan anggap itu rezeki dia..
saya redha...

oleh kerana saya tak mahu DIRI orang lain terumbang ambing.. saya peka dengan nasib downline,.
downline yang berpotensi saya gilap.. dan downline yang daftar saya bertanya khabar..
saya faham situasi mereka yang di biarkan sengsara tanpa berita.. saya faham.. UPLINE penting.. maka nyer saya mengadu nasib pada seorang kakak iaitu Kak sahliah..
dia banyak membantu.. dalam pada yang sama.. saya mendapat MOTIVASI yang hebat dari BCO paling hebat di Malaysia iaitu Shireen tan.. memang dialah inspirasi saya.. dan saya dijaga oleh Upline tahap 4 line atas.. dan saya berterima kasih kat Michele atas tunjuk ajar nyer.. berkat kesabaran.. saya menjadi director selama 2 bulan dan bulan disember 2010.. saya menjadi DIRECTOR dan bulan Januari saya terus mendapat 3 orang director sekali gus dan bergelar 3 star director dengan sales RM60 ribu pada bulan Januari.. saya terus dapat dan layak untuk ke beijing iaitu trip pertama..

bayangkan dengan sales sebulan,., saya dapat ke Beijing.. mimpi sangat. bile dah ke beijing.. memang semangat berkobar kobar.. namun  bile balik Malaysia.. saya semakin hilang taring dan kehilangan 1 demi satu director saya yang lama,.. dan akhirnya saya kembali keseorangan..

Maka, bile tak pernah kenal putus asa.. saya terus gigih mencari bintang dan berjumpa 3 bintang yang hebat.. iaitu Tupperware Comel Lote , Tupperware Bulan Bintang dan Hyqal Tupperware.. mereka masing masing membakar semangat saya dan terus saya menghasilkan jualan lebih 20k setiap bulan.. berkat kesabaran.. saya naik rank up pada tahun 2012 iaitu mac.. dan tika itu saya dah nampak cara yang sebenar macam mana orang boleh berjaya..

dan pada bulan Mac 2013.. selang setahun saya.. saya berjaya mendapat gelaran AED yang mana ramai kepinginkan pangkat itu sebab komisen semakin besar.. dan kini TEAM POWER telah melahirkan 35 orang director dan jualan bulanan mencecah RM200 ++

saya sudah mempunyai rakan niaga yang hebat dan saya sangat sangat bersyukur kepada ALLAH sebab memberikan saya peluang menggilap bakat dalam Bisness ini..

dan diblog ini.. saya nak KONGSIkan Formula yang mana boleh menjadikan anda WIRA dalam diri anda..
saya akan kirimkan anda email.. yang pastinya.. saya memberi keutamaan pada keluarga TEAM POWER untuk berkongsi tips ini.. anda yang lain pun boleh,.,. kita boleh berkawan..

insyallah subuh nanti saya nak share TIP tentang menjadikan Impian menjadi kenyataan..

inilah impian hidup saya.. nak hantar Mak dan Ayah ke Mekkah.. Doakan yer menjadi kenyataan.

recognition semasa 5 star director. 

kejayaan paling manis 2013.. champion sales growth in 2012-2013.. syukur

succes story saya keluar dalam inspira.. majalah Tupperware

Team Power yang ke Jubliee 2013 seramai 20 orang


inilah nadi saya..


kadang kadang orang kata saya OVER.. tapi ada aku kesah..


semua yang saya papar ini bukan untuk bermegah.. tapi sebagai suntikan semangat pada yang lain.. JOM sertai kami..





Selasa, 16 Julai 2013

Katalog Tupperware Julai 2013 - Poster Promosi Keahlian Tupperware

Salam..
selepas berejam bersengkang mata..
maka.. terhasillah poster ini untuk tatapan anda..
jika ada sebarang cadangan.. boleh sampaikan kepada saya.. Terima kaseh..

maafkan saya yer sebab hamper untuk 2 bulan Mei dan Jun.. tak sempat lagi nak post kepada anda yang capai target... ala ala sibuk sikit


suke tak dapat hadiah?


Ok.. nak ke MACAU.. inilah strategi Saya.. JOM !!


ada pakej menarik untuk siapa bergelar director.. RM100 untuk director baru..


poster paling meletoppp bulan nie...


yang ini.. siap gambar.. ok tak?


poster ini dulu saya buat.. ada lah ramai peminat nyer.. yang bukan TEAM saya pun rembat jugak.. redha je la.. dah ada yang meminati a.k.a curik


yang ini pun poster lama.. chantek tak


yang ini siap bagi sebab musabab lagik..





Khamis, 11 Julai 2013

Tupperware Asia Pacific MACAU Conference 2014

Salam semua..
Apa khabar anda semua yang sudi mengunjungi.. blog..
entry kali ini saya sangat sangat teruja bile mana nak cerita Tupperware dah pun membuka peluang untuk seluruh Director seluruh Malaysia untuk ke Trip Tupperware yang 3 tahun sekali ini..
Last saya pergi masa di Beijing.. masa tu saya  baru sahaja jadi Director dan saya dah hasilkan RM65 dalam masa 1 bulan dan menghasilkan 3 director sekali gus..
memang saya terus loncat ke 3 star director dan sangat sangat rasa seronok bile dapat ke Beijing dengan FREE dan poket money..
alhamdulillah.. dan itulah negara paling jauh saya pernah pergi..
syukur hampir seminggu dan saya bawak pulak duit dari simpanan saya jadi jurugambar sebanyak RM6 ribu..
memang habisss saya shopping ala ala tak ingat dunia..

inilah kenangan masa saya 1st time ke beijing untuk asia pacific conference di china..


 posing bersama geng nutrimetic dari new zeland

 team Malaysia, Advance sales.. bawa satu bas ke Beijing.. hebat kan..

 yang ini.. member member ronggeng saya.. heppy sangat pergi ke istana maharaja..

posing dengan negara mana ntah mat salleh nie. heheh

 perarakkan Masuk Sifu saya dan delegation Malaysia yang meletopppps
orang korea nie.. terpinga pinga tengok Lelaki Malayu.. ala ala hairan sangat katanyer

 jumpa teman dari seberang.. Indonesia

 ini dari australia dan jepun,.. sepet je jepun... makciuk makcik sana..

mamat ini entah dari mana muncul.. dia ala ala bertugas di China.. orang Malaysia.. ala ala hebat jugak pangkat nyer.. sempat berkenalan kat stadium..



saya sangat teruja bile di jubliee.. Tupperware umumkan nak ke MACAU dan saya dah bersedia untuk itu.. sangat best.. dengan pelbagai aktiviti.. sangat best..





hotel paling tak tahan.. memang meletopppp 






rimau ini harus pelok dan bawak balik jumpa benny .. kucing saya yang tersayang...

jadi anda semua.. Fokus dan terus buat keputusan yang pantas demi kepuasan hidup anda..
anda yang menentukannyer..

saya juga nak merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan semua downline TEAM POWER.. kerana sudi dan hebat luar biasa dalam gigih mencapai sasaran yang telah saya tetapkan... ayuhh!!! cabar diri anda...






Selasa, 9 Julai 2013

HOT Item Katalog Tupperware Julai 2013

salam semua..
semua orang yang berniaga mempunyai strategi..



gambar ini adalah gambar masa saya menerima AWARD AED yang mana on stage masa JUbliee di sunway piramid pada 28-30 Jun 2013, masa ini saya berdebar dan sangat sangat gembira sehingga menitiskan air mata.. hehehhe seramai 20 orang downline saya hadir di jubliee.. sangat terharu..

saya pun kini merumuskan.. kejayaan dalam bisness tupperware ini.. dan
orang kata.. antara 3 perkara.. ini.. strategi adalah paling utama

1. Strategi
2. People
3. Product

barang tupperware adalah ke3 penting dalam bisness Tupperware..
that y.. kalau u olz tengok.. ada orang beli dan penuhkan kereta kerana dia merasakan kejayaan berniaga adalah dengan beli banyak banyak..

kalau nak diceritakan bulan july punya HOT item yang saya ramalkan.. boleh WHATSapp saya yer
0123993947

tapi saya dulu dulu.. buat macam tu jugak.. hehehhe
ala ala zaman dan masa mengajar kita
kita semakin matang.. dan
bulan July ini.. sangat terasa.. bile mana.. baru 1 hari katalog tupperware bulan julai memasuki pasaran..
Organisation sales saya telah mencecah RM30 ribu..

syukur alhamdulillah..
semua adalah kerana downline dan director saya seluruh Malaysia yang dah mencecah 1300 orang.. masing masing menggunakan strategi yang sama..

dan bulan july ini sangat tepat sebab masing masing nak amek peluang keluar negara bagi trip percuma ke MACAU.. sangat mudah bile tahu strateginya..

inilah rentetan TEAM SALES organisation Tupperware TEAM POWER bulan Julai 2013

1 July 2013


2 July 2013


3 July 2013


4 July 2013


5 July 2013



6 July 2013



7 July 2013


untuk 7 hari sahaja team sales saya dah mencecah RM100k..
bulan Jun 2013, TEAM POWER telah pecah rekod dengan RM197 ribu..
satu rekod di Malaysia untuk AED yang baru onstage.. saya sangat teruja dengan pencapaian ini..

ini semua adalah sumbangan Downline saya yang hebat , luar biasa semua..

 walaupun kat piala tulis Syamputra Razali.. tetap i suke nama bertuah tu...


michele.. adalah inspirasiku.. sangat baik dan diplomasi..

datin shahwati beri bimbingan imej

detik berpelok ngan Mr David Wong.. terdengar sorakkan jubliee

peluklah downline anda dan peluklah tupperware anda..

pembakar semangat dengan nasihat yang sangat bermakna.. saya kagum dengan Miss Ying. Hebat!!

saya puas kerana mendapat 3 anugerah dalam kehidupan.. 1. kerja hakiki, 2. seni budaya dan 3. bisness tupperware.




jadi sedikit saya nak kongsi.. tips..

dapat dari MEcD

Ini 3 strategi pemasaran mudah berkhidmat sebarang perniagaan. Anda dapat melaksanakan mereka dengan cepat dan menghasilkan hasil segera. Mereka tidak akan menelan belanja banyak wang anda. Dan pertumbuhan jualan mereka menjana diteruskan sepanjang anda meneruskan menggunakan mereka.
 1. Mewujudkan satu tawaran gabungan yang khas

Menggabungkan beberapa bagi produk anda atau perkhidmatan-perkhidmatan kepada satu Special Combination Package dengan satu harga lebih rendah daripada jumlah kos membeli butir setiap berasingan. Menggalakkan ia sebagai satu tawaran istimewa untuk satu masa yang terhad. Apabila anda lulus tarikh habis tempoh, menggantikan ia dengan satu lagi Special Combination Offer menggunakan satu pemilihan berbeza produk atau perkhidmatan.
Khas Combination Offers meningkatkan jumlah jualan anda sebelum mendorong pelanggan-pelanggan teragak-agak untuk membeli masa kini supaya mereka boleh mendapatkan anda "berbaloi". Khas Combination Offers turut meningkat saiz bagi purata anda jualan. Dan jualan purata lebih besar mewujudkan lebih banyak jumlah untung untuk anda.

HUJUNG: Selepas anda membangunkan 3 atau 4 penggabungan berbeza anda boleh secara berterusan kitar semula melalui sama leret menawarkan. Ini membolehkan anda untuk terus meningkatkan Special Combination Offers tanpa mengambil masa bagi mewujudkan satuan baru.
 2. Memilih satu segmen pelanggan kecil

Mencari satu hampir ditakrifkan bidang dalam anda disasarkan memasarkan. Mengenal pasti satu kelompok tertentu pelanggan-pelanggan potensi dengan satu keperluan kuat (atau keinginan) untuk faedah disediakan oleh produk anda atau perkhidmatan.

Mewujudkan satu pandangan tersendiri bagi pengiklanan anda memenuhi mengenai khusus dan memerlukan prospek dalam pasaran baru. Buat ikut tempahan mesej jualan anda supaya setiap mencari gali melihat produk anda atau perkhidmatan sebagai jawapan lengkap untuk keperluan unik mereka.
Sebagai contoh, jualan satu orang satu perkhidmatan plumbum untuk perniagaan kecil ternampak yang banyak bagi pelanggan dia adalah rangkaian marketers atau ejen-ejen hartanah. Dia mewujudkan satu buah laman web kebiasaan untuk setiap ini 2 bidang pasaran. Tempat-tempat itu melihat serupa. Tetapi kandungan adalah berlainan. Seorang pelawat untuk sama ada menempatkan boleh mengandaikan plumbum perkhidmatan digunakan secara eksklusif untuk industri mereka.

BONUS: SATU amat ditakrifkan, pasaran ceruk kecil juga menebat anda daripada persaingan. Perniagaan kecil lain mungkin merupakan untuk membiarkan ia. Dan perniagaan besar sepenuhnya peminggiran segmen-segmen pasaran kecil.
  3. Mewujudkan satu program rujukan yang halus

Rujukan daripada pelanggan-pelanggan adalah lebih mudah bagi menjual daripada prospek sejuk. Dan mereka usah menelan belanja apa sahaja anda. Ia adalah malang sekali anda mendapat supaya beberapa dari mereka.

Anda boleh menjana satu aliran berterusan rujukan dengan sederhana tetapi halus Customer Survey. Menghantar ia untuk pelanggan-pelanggan anda oleh mel pos, emel, faks atau menghantar ia pada laman web anda. Tinjauan saya menggunakan meminta hanya 3 soalan:
1. Apakah anda suka terbaik tentang kita (produk atau membekalkan)?

2. Apakah kita dibuat untuk memperbaiki nilai kita (produk atau membekalkan) untuk anda?

3. Yang lagi adakah anda tahu bahawa mahu untuk (menyatakan manfaat disediakan oleh produk anda atau perkhidmatan)?


blog ini pun hebat
fathuallah.. muda dan hensome plak orangnyer... mantopppp

Insyaallah, kali ini saya akan kongsikan serba-sedikit strategi pemasaran terkini untuk anda semuakembangkan lagi perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi dan hebat! Mungkin ada di kalangan anda menemui jalan buntu untuk membawa masa depan perniagaan anda lebih jauh dan berdaya-saing.
Jika anda mempunyai simptom-simpton seperti di atas, artikel kali ini mungkin membantu anda merungkaikan permasalahan yang anda hadapi. :)
Baiklah, saya akan jelaskan satu-persatu strategi yang boleh diguna-pakai untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan lebih meluas dan berkualiti tinggi. ;)

Strategi #1. Luaskan Networking Bidang Yang Berlainan

Dalam dunia pemasaran hari ini, anda tidak lagi hanya bergantung kepada siapa yang anda kenal akan tetapi anda perlu ambil berat akan siapa yang mengenali perniagaan anda.
Jika sebelum ini anda hanya mempunyai kenalan dari bidang yang anda ceburi dan minat sahaja, sebagai contoh anda berada dalam industri perlindungan takaful. Apa kata kali ini anda luaskan networking kepada bidang makanan misalannya.
Maksud saya adalah, bukan anda perlu menguasai bidang makanan sebagai satu peluang perniagaan yang baru.
Anda mesti fokus kepada perniagaan sedia ada. Cuma di sini, apabila anda mempunyai networking yang berlainan bidang bermakna kadar persaingan akan berkurangan dan anda akan saling melengkapi antara satu sama lain.
Pengusaha makanan juga perlukan khidmat perlindungan takaful bukan sahaja bagi diri mereka, malahan untuk keluarga dan juga para pekerja mereka. Anda juga perlukan makanan untuk meneruskan kelangsungan hidup sebagai keperluan asas. :)
Jadi wujudlah satu situasi win-win antara anda berdua. Mungkin hari ini mereka tidak perlukan khidmat perlindungan takaful daripada anda. Barang diingat, mereka akan mencadangkan kenalan mereka untuk mendapatkan perkhidmatan daripada anda kelak.

Strategi #2. Tulis Sebuah Buku Sahaja!

Untuk menulis sebuah buku akan mengambil masa sekurang-kurangnya 500 jam. Jika sehari anda menulis secara purata 8 jam, ini bermakna anda perlukan sekurang-kurangnya 2 bulan untuk menyiapkan sebuah buku. Bunyinya seakan-akan berat ya dak? :P
Usah hiraukan akan keperitan menyiapkan sebuah buku, fikirkan apa yang akan terjadi sekiranya anda berjaya menghasilkan sebuah buku!
Kaedah ini amat jarang dilakukan kerana ianya satu perkara yang rumit dan membosankan. Namun, percayalah bahawasanya apabila sebuah buku siap ditulis dan diterbitkan maka anda telah meninggalkan pesaing anda 500 jam di hadapan!
Kredibiliti yang bakal anda perolehi setelah berjaya menghasilkan buku ini akan menaikkan lagi nama anda berbanding pesaing-pesaing terdekat anda.
Pelanggan hanya akan membeli daripada mereka yang boleh dipercayai dan terus-menerus membeli jika mereka telah yakin akan nama baik perniagaan tersebut.
Jangan buang masa, menulislah dari sekarang! Tulis hanya sekali dan buat duit berkali-kali. ;)

Strategi #3. Dapatkan Khidmat Nasihat Pakar

Salah satu perkara yang jarang dititik-beratkan oleh ramai usahawan adalah amat berkira-kira untuk mendapatkan khidmat nasihat pakar. :P
Hanya ada dua sahaja situasi yang akan dihadapi samada kos untuk mendapatkan khidmat nasihat ini dilabelkan sebagai belanja atau pun pelaburan.
Jika ianya dianggap sebagai belanja, bermakna anda tidak bersedia untuk kembangkan lagi perniagaan anda ke tahap yang lebih tinggi. Sekiranya anda menganggapnya sebagai satu pelaburan, ini bermakna anda sudah bersedia untuk kembangkan perniagaan anda bagi jangka masa panjang.
Sebagai contoh, sekiranya anda lemah dalam urusan kewangan, dapatkan khidmat nasihat daripada pakar kewangan yang menyediakan khidmat nasihat bagi perniagaan mahupun peribadi. Jika anda ingin menguruskan perihal kewangan dan juga pernigaan secara keseluruhannya, anda terpaksa melakukan dua tugas dalam satu masa.
Apa kata kali ini serahkan tugas menguruskan kewangan kepada mereka yang pakar dan anda kini mempunyai lebih masa untuk melaksanakan Strategi #1 dan Strategi #2 di atas. ;)

Strategi #4. Media Sosial Medium Branding

Strategi yang terakhir ingin saya kongsikan kali ini adalah memaksimakan penggunaan medium media sosial.
Saya yakin dan pasti hampir 50% pengguna Internet hari ini melayarinya hanya daripada Smart Phone sahaja. Jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil satu masa nanti 100% pengguna akan menggunakan Internet di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa hatta sedang menunggu giliran membuat tempahan makanan segera di McDonald’s! ;)
Sekiranya anda melepaskan peluang keemasan ini, bermakna anda sudah ketinggalan jauh terkebelakang daripada para pesaing anda yang aktif menggunakan medium ini.
Bayangkan hari ini, hampir apa jua perniagaan yang dijalankan pasti 99.99% daripadanya menggunakan medium pemasaran Facebook mahupun Twitter.


Iklan Tengah

iklan atas

Iklan Bawah

🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟

  🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟 💥 BERSAMA JUARA BULAN BINTANG NEXT TOP MODEL 2...