Isnin, 30 Julai 2012

Kursus Penghasilan Blog Perniagaan ONLINE

Pengumuman untuk hari ini..

 Saya akan menganjurkan KURSUS PENGHASILAN BLOG untuk perniagaan ONLINE.. Lokasi di Petaling Jaya, Siapa yang berminat boleh booking tempat yer.. Kursus sehari dari jam  9 pg - 4 petang. dan yang paling utama.. YURAN adalah PERCUMA.. Hanya 10 orang terawal sahaja yang diberikan keutamaan.. tarikh : lepas RAYA dan makan minum serta hadiah sponser dari saya. Ilmu kan perlu disebar - sebarkan.. Sila sms / pm saya kalau berminat.. 012 - 399 39 47 ( Tupperware Syamputra Razali ), keterangan lanjut boleh ke blog saya http://tupperwarebrandsmalaysia.blogspot.com/
anda tahu perniagaan ONLINE ?


Perniagaan dalam bahasa mudahnya adalah apa jua organisasi yang bermotifkan keuntungan maka ianya adalah sebuah perniagaan. Mari kita lihat kepada beberapa persoalan dibawah berkaitan perniagaan.


Bagaimana dengan seorang individu yang menjual pen dan ada yang membelinya, adakah ini perniagaan? Jawapannya tidak.


Bagaimana pula dengan seorang individu yang menjual pelbagai barangan dan ramai orang membelinya, adakah ini perniagaan? Jawapannya pun tidak.


Bagaimana pula dengan MLM, adakah kalau kita menjual sesuatu produk MLM dianggap sebagai perniagaan? Jawapannya ya. Suatu syarikat yang menjalankan MLM adalah perniagaan dan ahlinya yang menjual barangan produk tersebut secara tidak langsung juga menjalankan perniagaan. Tanpa ahli perlu membuka sebuah syarikat.
Ia akan dianggap perniagaan bila mana ia terdapat aktiviti dan usaha yang menyediakan barangan dan perkhidmatan yang perlu untuk suatu sistem ekonomi dan dianggap perniagaan bila mana ia mendaftar sebagai sebuah syarikat iaitu pemilikan tunggal, perkongsian, sendirian berhad atau berhad. Sesebuah perniagaan harus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan masyarakat.


Apa itu perniagaan internet? Ianya boleh didefinisikan sebagai satu perniagaan yang menggunakan internet sebagai medium utama. Sekarang ini, ramai yang menjadikan perniagaan internet sebagai sumber pendapatan utama.
Memandangkan internet adalah satu medium yang cepat, mudah diakses, dan juga murah dari segi perbelanjaan untuk menjalankan satu perniagaan, ini memjadikan perniagaan internet sesuatu yang sangat menarik oleh kerana risikonya yang teramat kecil berbanding jika seseorang itu membuka perniagaan traditional.
Perniagaan internet, kerana sifatnya yang interaktif, dari segi memberi dan menerima respon dengan cepat, merupakan satu ciri yang unik untuk medium ini.

Jadi.. jika anda berminat..
lekas daftar yer.. PERCUMA sahaja..





Ahad, 29 Julai 2012

clerance stock : Reduce to clear Tupperware Online






Salam kawan kawan..

Hari ini saya nak clearkan stock kat umah saya nie..

Sebab stock baru nak masuk.. Kadi memang nak beri kawan kawan barangan ini dengan harga paling berpatutan..

Saya juga menawarkan khidmat pembungkusan seperti bungkus hamper dan gift..

Dan inilah barang yang saya nak jual minggu ini untuk julai 2012..

Harga katalog sangat jauh dari apa yang saya jual...

Jom tengok..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Selasa, 24 Julai 2012

Dah nak masuk tahun ke 2 sebagai Tupperware Member


salam..
tak sangka dah nak masuk tahun ke 2.. aku jadi ahli Tupperware dan  aku dah jadi director dah setahun setengah..
alhamdulillah.. macam macam pengalaman.. manis dan pahit
tapi aku tak gentar dan tak akan berundur..
aku cintakan bisnes nie.. dan dah expert hal hal berkaitan tupperware ini dan aku juga perlu explore hal hal berkaitan nak buka stokis..
itu matlamat aku dan aku akan ada bisness sendiri..

insyallah..

dengan adanya Tupperware Online Malaysia ini.. ia membuka peluang berniaga secara Online.. dan ia mudah..

so.. disini saya ceritakan sikit sebanyak perjalanan hidup saya.. dalam tupperware kejayaan dan pencapaian saya setakat ini..
harap saya dan team saya akan terus berjaya..
Insyallah.. dengan izin Allah..

permulaan berniaga.. bulan ke 2

belajar buat road show dengan AED - Michele..

buat roadshow di karnival dengan director pertama saya - Meor

bersama esta - director ke 2 saya.. di stokis

Inilah sifu kak lia dan kakak hasnah yang banyak berjasa mengajar saya buat party.. jasamu dikenang..


shireen - BCO di ampang. advance sales ada pendekatannya yang tersendiri dan cara yang cukup hebat untuk berjaya

sentiasa nak belajar buat Party.. kali ini dengan Kak Raja.. thanks kak..

kenangan memunggah barang.. alhamdulillah.. seminggu je dah licin..

dapat diistiharkan new star director kerana buat sales RM 55 ribu dalam masa sebulan.. masa nie baru jadi director bulan pertama..

training masa pizza ngan mente kat KKTM Petaling Jaya

Inilah Party PERTAMA dalam sejarah.. dibantu oleh hyqal dan flora.. memang mereka berdua ini banyak membantu.. tahnks lola dan hyqal - keduanya jadi director juga,,


dimajlis celebration shireen jadi PD dan bergambar dengan David dan Lai peng.. UPLINE aku..


berjaya ke Beijing, China selepas 4 bulan join Tupperware..


oleh kerana lelaki tak ramai dan tak ramai yang gemok masuk tupperware.. david harus kenal dan selalu bergambar kalau jumpa..

dapat trip PERCUMA ke danau Toba, Indonesia..

Trip Tupperware ke Medan, Indonesia..


Diberi peluang On stage di Mid Valey - Karnival Tupperware kali pertama.. aku dipilih buat demo dengan michele.. habis sejam aku berleter..

sempat jugak aku habiskan MBA aku di UKM.. yeahhh

paling best,, angkasawan pun beli set periuk ngan aku.. alhamdulillah..

inilah dinamakan rezeki.. ada orang order 500 set kurma.. syukur sangat..

hidup aku dengan tupperware dah jadi macam menara tupperware

Naik stage lagi untuk 5 Star Director.. bulan Mac 2012

Beli lah Peti sejuk baru dengan menggunakan duit komisen tupperware..


Blog Tupperware Syamputra Razali kini berwajah baru

salam
apa khabar semua pembaca blog saya
selepas belajar dari Dr. Irfan Khairi.. saya dengan rasminya.. nak mengumumkan blog saya dah bertukar nama.. tapi still pada addres yang sama..

http://tupperwarebrandsmalaysia.blogspot.com

saya juga telah menukar nama blog saya dari tupperware Malaysia kepada
  Tupperware Online ..
lebih mudah pencarian blog saya.. heheheh Thanks Dr. Irfan.. ilmu mu memang bermanfaat
hari ini sahaja trafic dah 150.. memang luar jangka..
sangat memberansangkan..


saya juga dalam Tupperware Online ini telah memngubah wall bahagian atas gambar dari gambar piala kepada gambar Team saya.. saya bukan sahaja meniaga tupperware secara Online tapi saya juga seorang pembina rangkaian..
letih jugak asyik nak pulun jual tupperware sahaja.. saya jugak nak puluh membuat rangkaian dan team saya yang hampir mencecah 600 orang dalam masa setahun setengah dan mendapat 12 orang director dalam bulan ini... Alhamdulillah.. saya yakin.. akan mempunyai business partner ( downline ) yang sejati dan sama sama mahu mengubah hidup dan kehidupan menjadi lebih sempurna..

jadi.. ayuh.. kita ubah sesuatu hari ini..

bak kata Dr. Irfan.. " ubah atau bezakan diri kita 10% dari orang lain.. maka berjayalah kita "






Isnin, 23 Julai 2012

beli set kurma tupperware online paling murah


Salam..

Minggu ini saya nak lelong je secara online set kurma dengan harga yang sangat mengejutkan.. Set kurma dengan harga asal rm60 +rm39.90  semuanyer rm 99.90.. Sekarang cuma rm65 sahaja.. Anda untung rm 35 untuk beli item ini..

Elok lah anda beli sahaja online.. Jimat masa san tenaga dan tak payah susah susah nak ke stokis lagi.. Just sms saya 012 399 3947 dan bank in ke bank saya.. Mudah kan..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Buffet ramadhan 2012

Salam..
tetibe je nak buat entri ini dan rasa sangat lapar plak hari ini dengan kerje yang sangat meletih kan.. namun begitu.. esok dapat gaji.. yahoo.. jom lah kita ber buffet
sekali sekala kan..

sambil sambil buat tupperware online.. jom kita makan tak ingat dunia..

Berikut adalah senarai promosi hotel dan restoran yang menyediakan Buffet Ramadhan 2012 paling murah di Malaysia dengan kadar harga yang berpatutan dan terbaik. Tidak dinafikan lagi bahawa berbuka puasa di Buffet Ramadhan memang menjadi pilihan masyarakat di negara kita untuk menikmati pelbagai juadah berbuka puasa. Kat bawah ni, turut dikongsikan beberapa tempat dan lokasi buffet berbuka puasa untuk anda nikmati.

Buffet Ramadhan 2012 Di Malaysia

1. The Window Restaurant & The Terrace, The Royale Bintang Damansara
Harga : RM60++
Tempahan : 03-78431111 ext 1405
Website : http://www.royale-bintang-hotel.com.my/

2. Serena Brasserie, Hotel Nikko Kuala Lumpur
Harga : RM90++
Tempahan : 03-27826128
Website : http://www.hotelnikko.com.my/

3. Sunflower Brasserie, The Royale Bintang Kuala Lumpur
Harga : RM50++
Tempahan : 03-21439898
Website : http://www.royale-bintang-hotel.com.my/

4. Oceania Cafe Summit Hotel Subang Jaya
Harga : RM66 nett (Dewasa), RM33 nett (Kanak-kanak)
Tempahan : 03-80233000
Website : http://www.summithotelusj.com/

5. Verandah Restaurant, Cyberview Lodge Resort & Spa Cyberjaya
Harga : RM70++ (Dewasa), RM35++ (Kanak-kanak)
Tempahan : 03-83127015
Website : http://www.cyberview-lodge.com/

6. Brasserie, Legend Hotel Kuala Lumpur
Harga : RM85++
Tempahan : 03-40429888/27719888 ext 9032
Website : http://www.legendsgroup.com/

7. Flavors Restaurant, Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur
Harga : RM65++ (Dewasa), RM33++ (Kanak-kanak)
Tempahan : 03-21413333 ext 506
Website : http://www.swissgarden.com/

8. Utara Coffee House, Hotel Armada PJ
Harga : RM62++ (Dewasa), RM35++ (Kanak-kanak)
Tempahan : 03-79546888 ext 4557
Website : http://www.armada.com.my/

9. The Mill, Grand Millennium Kuala Lumpur
Harga : RM88++ (Dewasa), RM42++ (Kanak-kanak)
Tempahan : 03-21174163
Website : www.millenniumhotels.com/my/

10. Saffron Brasserie, Ancasa Hotel & Spa Resorts Kuala Lumpur
Harga : RM49++ (Dewasa), RM40++ (Kanak-kanak)
Tempahan : 03-20266060 ext 7703
Website : http://www.ancasa-hotel.com/

11. Sime Darby Convention Centre
Tempoh Diskaun : Ahad, 1 May 2011 – Ahad, 31 Jul 2011
May Voucher – RM50 Nett
Jun Voucher – RM60 Nett dan Julai Voucher – RM70 Nett
Tempahan : 03 2089 3688

12. Raintree Cafe, Hotel Maluri
Harga : RM 58.00 net (Dewasa) dan RM 32.00 nett (Kanak-kanak)
Tempahan : 03-92878833 ext 630

13. Restoran Chakri Express
Harga : RM39.00
Tempahan : 03-8890 1616 or 016-2277 357 (Affandy)

14. Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.
Tempahan : (603)-7956 2100
Website : http://hspj.com.my/

15. Restoran Cerana, Cheras
Harga : Rm49.50 (Dewasa) dan RM27.50 (kanak-kanak)
Tempahan : MOHD ALI (ASST MANAGER) : 017-3096511, 019-2953450
Website : Cerana.com.my

16. Paya Serai, Hotel Hilton, Petaling Jaya
Harga : RM109++ Dewasa, RM69++ Kanak-kanak
Tempahan : (03) 7955 9122 extn. 4260/1
Website: http://www.zestpj.com/

17. Chatz Brasserie, Parkroyal Kuala Lumpur
Harga : RM75++ Dewasa, RM39++ Kanak-kanak
Tempahan : 03-27828301
Website : http://www.parkroyalhotels.com/

18. Hotel Grand Continental, KL
Harga : RM52++ Dewasa, RM26++ Kanak-kanak
Tempahan : 03-26939333
Website : http://www.ghihotels.com.my/

19. Grand Blue Wave Hotel Shah Alam
Harga : RM85++ Dewasa, RM50++ Kanak-kanak
Tempahan : 03-55118811 ext 2612
Website : http://www.bluewavehotels.com/

20. Nipah Coffeeshop, Hotel Equatorial, KL
Harga : RM92++ Dewasa, RM46++ Kanak-kanak
Tempahan : 03-21617777 ext 8220
Website : http://www.equatorial.com/kul

21. Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya
Harga : RM80++ Adult, RM40++ Child
Tempahan : 03-83127091
Website : http:// http://www.cyberview-lodge.com/

22. Dorsett Regency Hotel, KL
Harga : RM69++ Dewasa, 50% Diskaun untuk Kanak-kanak
Tempahan 03-27151000 ext 188
Website : http://www.dorsettregency.com.my/

23. PNB Darby Park Cafe
Tempahan: 03-7490 3838
Harga: RM65++ Dewasa, RM35++ Kanak-kanak

24. Quality Hotel Shah Alam
Tempahan : 03 55103696
Harga : RM68 ++ Dewasa, RM38 ++ Kanak-kanak
Website : http://quality.com.my/

25. Restoran Berputar Sri Angkasa – Menara KL
Tempahan : 03-2145 1811 / 03-2145 1833 / 03-2020 5055
Harga : RM135 ++ Dewasa ,RM75 ++ Kanak-kanak

26. Restoran Sri Melayu
Tempahan: 03-2145 1811 / 03-2145 1833 / 03-2020 5055
Harga: RM70++ Dewasa, RM40++ Kanak-kanak, 15% Warga tua

27. Hotel Century, Johor Bahru
Harga : RM46 ++ dewasa,RM25 ++ kanak-kanak
Tempahan : 07-333 3300.

28. Hotel Grand Blue Wave, Johor Bahru
Harga : RM55++ Dewasa, RM35++ kanak-kanak
Tempahan : 07-221 6666

29. Hotel Mutiara, Johor Bahru
Harga : RM68++ dewasa, RM40++ kanak-kanak
Tempahan : 07-330 0300

30. The Puteri Pacific, Johor Bahru
Harga : RM75.00 ++ Dewasa, RM35.00 ++ Kanak-kanak
Tempahan : 03-2199999
Website : http://puteripacific.com/

31. Hotel Equatorial Bangi
Harga : RM75.00 ++ Dewasa, RM35.00 ++ Kanak-kanak
Tempahan : 03-82102222/03-89251111
Website : http://equatorial.com/

32. Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie
Harga : RM88 ++ Dewasa, RM50 ++ Kanak-kanak
Tempahan : 03- 78025245/78025200 ext 2915
Website : http://eatanddrink-hiklg.blogspot.com/

33. Rumah sendiri hotel
Harga : RM 0 - Suruh dan sama sama isteri masak
Tempahan : beli bahan dan masak sendiri.. lebih enak..
Call : 012-399 39 47 ( kalau nak beli Tupperware untuk hidangan nanti)



Ahad, 22 Julai 2012

tupperware online sasaran kerjaku..




Beg idaman
 Salam. Terbuka minda bile mana aku mendengar ceramah Dr. IRFAN Khairi yang begitu mengujakan..

Sasaranku nak membuat perniagaan di internet yang betul betul istimewa dan sangat bagus.. Pantas dan menguntungkan..

Bila tengok orang lain buat perniagaan tupperware online.. Aku mula nekad nak buat juga seperti dia..

jadi. . Aku nak shopping dulu

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sabtu, 21 Julai 2012

rekod terbaru - 16 orang recruit salam sehari

Salam pengunjung semua..

Dalam syamputra razali

Pengusaha tupperware online dan pembina rangkaian multi level marketing untuk tupperware di malaysia


Dalam pada cabaran yang pelbagai jenis dalam berniaga.. Saya menganggapnya sebagai cabaran yang mematangkan diri san menjadi lebih terbaik.


Bak kata orang..

Lagi byk masalah.. Lagi bagus untuk permikiran

Berpijak pada kebenaran.. Dan yakin Allah senantiasa bersama orang yang benar..


Dan akhirnya

Rekod lama 15 irang daftar sehari dah pecah bila.mana 16 orang didaftarkan salam sehari.

Syukur berjaya didaftarkan


Dan anda nak tahu tak strategi apa yang saya gunakan.. Boleh lah nanti PM atau langgani ebook saya yang pertama..

Semoga apa yang telah saya pelajari iaitu membuat ebook akan dapat di realisasi..


Published with Blogger-droid v2.0.4

strategi baru dalam perniagaan tupperware online

Salam.. Lepas berbuka poser.. Asyik dok pikir sahaja tentang macam mana dengan perniagaan tupperware online di internet.. Mendengar ceramah Dr. IRFAN khairi.. Rasa sangat teruja dan bersemangat nak jadi seperti dia.. Yang nampak baik dan tak sombong serta mesra..


So.. Aku nak jadikan dia seorang idola dalam buat bisness dan lepas nie aku akan pergi training dia sampai berjaya.. Aku pun akan bersungguh sungguh untuk beri yang terbaik utk diri aku lepas ini..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Jumaat, 13 Julai 2012

Party paling Besar !! Jom datang beramai ramai

salam
hari ini bangun dalam 6 pagi.. menghantar hyqal ke giant kinrara.. sebab semalam dok tinggalkan motor dia kat sana semata - mata nak ikut aku ke ampang point jumpa 2 orang prospek yang bagus,, iaitu Muni Kecik dan Muslimah Sehati ( Fieda) memang mereka tunggu aku lama
kesian..
last last.. nak sampai je ampang point..
kete aku meragam plak.. meter high pressure..
OMG.. seperti biasa.. aku kena letak air dan biar dia sejuk
kesian Myvi.. dia dah merajuk lah kot sebab aku nak beli kete baru
hehhehe

anyway.. kehidupan tanpa kereta memang mencabar
macam orang niaga naik bas dan motor atau train.. aku cukup respect.. macam eddy seorang downline aku yang hanya naik teksi dan naik train niaga tupperware..
tetap jugak jadi director..
memang hebat dan meletop..

ohh ya..
semalam aku menghantar barang ke IKM KL.. dan kerete rosak lagi .. dan kali ini tak sangka plak dalam menunggu dwonline aku nurin dan aza.. dapat jugak aku meng recruit dalam 5 orang staf kat situ
memang rezeki..
dan nurin sekarang mempunya hampir 13 orang ahli.. hanya dikalangan kawan kawan dia sahaja..

dan yang paling best
ahad ini.. pak abu.. nak tiolong aku organize.. big party yang terbesar pernah aku buat
hampir 100 orang akan datang dan aku akan buat yang terbaik mengikut yang kak lia (sifu) aku ajar..
memang betul kata kak lia " akak ajar ko nie amal jariah akak"..
sampai sekarang aku ingat dan guna ilmu yang dia ajar
memang aku duplicate apa yang dia ajar dan buat

dan kali ini aku akan masak nasi beriani dan jugak ayam bakar serta masak pizza.. memang meletop..
dan kalau anda ada kelapangan.. boleh lah datang..

jom !!


Ahad, 8 Julai 2012

Maju Kehadapan untuk Kemajuan Diri




Salam..
bile orang bertanya tentang dapat komisen.. sebagai orang baru ( dulu - dulu)
aku langsung tak diberitahu oleh Upline (kakak aku) dan Upline kakak aku .. tentang macam mana nak buat duit dari pembelian..
punya lah UPLINE kakak aku ala ala tak study nak ajar aku..
just biarkan sahaja aku buat sampai 10 ribu sebulan dan akhirnya aku dapat taik gigi sahaja..
untung lah ada kepala otak aku dok pikir dan kak lia ( lia kayangan) yang mengajar aku macam mana nak dapat komisen..


aku ingat lagi..
aku belajar dari dia.. ( kak lia) dan dia satu satunya orang melayu yang sayangkan anak bangsanya..
terima kasih kak lia..

aku tak nak kutuk ataw cerita pasal UPLINE.. sebab aku memang tak pernah ada upline walaupun aku kenal dia siapa.. dan pernah jumpa.. dan selalu terserempak..
namun.. aku anggap la aku tak ada uPLINE dan aku berjanji tak nak jadi seperti dia yang hanya mengaut untung hasil jualan aku dan langsung tak nak menghargai aku sebagai downline dia yang buat hampir 60 setiap bulan.. dan setiap bulan juga dia bertukar haset dan beli macam macam nak dengar komisen..

aku tak kisah..
walaupun jauh di sudut hati aku..
aku TERASA dan rasa macam nak tukar Upline,..
nasib aku ada seorang AED yang bagus ( michele) dan kawan (jem) yang baik hati
masih support aku
kalau tak aku terus tukar UPline..
dan aku sayangkan downline aku yang hampir cecah 600 orang 
tapi kalau aku diberi peluang dan aku masih baru.. aku quik dari membiarkan Upline aku terus makan duit komisen aku..

kepada mereka yang membaca rintihan aku..
dah kadang aku terpaksa cerita sebab aku tak nak orang lain jadi macam aku..
walaubagaimanapun.. aku yakin.. aku akan berjaya dan malas nak amek tahu dia dapat berapa komisen..
dan aku berikrar akan jadi downline aku dengan baik.. dan tak nak mensia siakannyer..

jadi kepada yang nak masuk jadi ahli..
hati hati lah..
pilih lah UPLINE yang benar - benar boleh jaga kita..
kekadang kesian aku..
nak jugak macam orang lain.. dapat hadiah.. dari upline..
tapi aku tak..
nasib baik ada michele .. aed aku yang menghargai apa yang aku buat..


jadi.. tetibe je aku naik geram.. bile ada member aku jugak jadi macam tu.. bile dia sebatang kara..
aku akan jadi KUAT dan terus kuat.. lantak lah upline aku nak makan duit aku ke.. kalau dia rasa berkat.. makan lah sampai kenyang.. sebab aku buat busines niee untuk diri aku
dan aku nak orang bawah aku.. downline aku.. sama sama berjaya..
dan aku tak nak toleh belakang lagi.. terus kehadapan..
Goo Gooo

Khamis, 5 Julai 2012

Ingatkan Bulan Jun biasa - biasa sahaja.. rupanya..

salam semua
apa khabar anda yang sudi membaca celoteh saya yang ala ala mengarut ini..
bulan Jun sememangnya saya sibuk menjalankan kerja di pejabat
dan waktu 8 - 5 memang tak leh usik dan hanya ada peluang 1-2 sahaja untuk menyentuh tupperware..
ye lah.. waktu lain tu bahaya kalau meniaga di opis..
tak molek dan tak elok..

ohh ya..
saya meramalkan bulan lepas bulan JUN memang bulan yang biasa
rupanya..
bulan yang melahirkan banyak rekod dan jugak bulan mengulang sejarah lama era kegemilangan saya sewaktu 3 bulan masuk tupperware..
permulaan bulan dah melonjak keangka 10 ribu.. berkat usaha semua downline dan director..
saya juga bersungguh - sungguh berjumpa new customer yang terus menjadi ahli..
dan saya tak serik nak buat edaran katalog dan buat video syok sendiri saya tu..
dan bulan Jun jugak lah saya memaksimukan Handset baru hasil duit komisen..

berikut adalah kejayaan saya pada bulan Jun..

awal jun : beli samsung galaxcy NOTE pakai komisen bulan mei..
awal jun.. saya terpilih suruh buat demo tupperware kat mid valey dan terus saya over - over buat kat sana..
kat sana pun ramai dapat downline..
dan yang bestnya.. bulan Jun..
ada 2 orang director muncul dengan FAST Track.. iaitu Farah dan JUN.. ( tak sangka Jun jadi director bulan Jun juga)
dan director saya muncul dengan 1 star iaitu Khairani..
bulan Jun ini maka lengkaplah SETAHUN 6 Bulan saya bergelar Director dan pada bulan Jun.. adalah bulan pertama saya menjadi 5 star Director..
alhamdulillah.. syukur pada Allah..
bulan jun juga saya beli Peti sejuk dan dapor letrik.
senang dan menjimatkan..

bulan jun jugak saya menerima beberapa penghargaan dari majikan saya.. MARA
saya terpilih sebagai Finalis dan dapat number 2 keseluruhan ANUGERAH Guru Terbilang peringkat MARA
.. memang membangga diri saya..
berkat doa mak ayah dan keluarga
saya sekali lagi berjaya mendapat  anugerah prestasi cemerlang MARA untuk tahun 2010 dan dapat 1000 dari MARA

syukur saya sebab perjalanan hidup saya kini semakin mudah dan berjalan lancar

kad kredit dah selesai dibayar
hutang piutang dah langsai..
rasa ringan badan dan bila nak g makan.. main sedap je tunjuk..
tapi ada had jugak.. jangan lah berangan macam orang kaya plak..
hehehe berjimat itu perlu.. pengurusan wang pun perlu..

ohh ya..
macam director saya pun.. ada dah berjaya.. macam hyqal yang dah beli motor Rm 9 ribu hasil kumpul unrung dia selama 9 bulan..

edy : dah khabarnya amek lesen kete..

rina di bintulu dah jadi stokis kecil di sana.. serta bergiat aktif dengans eni kraf tangan...

jadi.. bak kata orang.. siapa sangka rezeki depan mata..
ada plak hamba ALLAH nie jumpa saya dan terus nak order kurma set samapai 500 set..
terduduk jugak dengar dan dia bagi cash plak..
OMG.. memang nak menjerit bila dengar..
tu lah saya punya overall team sales cecah 58 ribu kesemuanya.. dan semua director saya berjaya buat 3k keatas.. memang hebat dan luar biasa !!

semoga Allah memudahkan perjalanan perniagaan saya dan kekalkan kepercayaan customer dan downline juga director kepada saya dan saya mahu berjaya seperti mereka yang dah berjaya..

kalau mereka boleh..
saya pun BOLEH !!



bile beli banyak kurma.. dapat level pun jenuh nak jual..



Iklan Tengah

iklan atas

Iklan Bawah

🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟

  🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟 💥 BERSAMA JUARA BULAN BINTANG NEXT TOP MODEL 2...