Khamis, 31 Mei 2012

Terima kasih buat semua Director dan Downline Syamputra Razali

salam semua..
hari nie rasa tenang sangat ke stokis kak lia dan borong tupperware hampir 3 ribu semata mata nak subsidies pergi korea..
dan paling best.. kali ini lebih 20 ribu director ssaya buat..
alhamdulillah..
terima kasih banyak banyak atas jasa baik anda..
rasa seronok sangat downline pun dapat berjaya buat duit dengan tupperware

jadi.. tanpa anda yang beri sokongan saya tak akan berada di tahap ini..
anda lah tulang belakang saya...


Rabu, 30 Mei 2012

Kemunculan Beraksi buat PARTY di MID VALEY sempena Karnival Tupperware



Salam
apa khabar anda yang sedang membaca iklan ini,
Iklan ini adalah untuk mereka yang berfikiran Positif dan inginkan perubahan dalam kehidupan mereka.

Mungkin anda tertanya - tanya.. apakah bisness yang paling bagus untuk masa kini?..
... jual goreng pisang?
niaga tudung?
jual insurans?..
semua perniagaan boleh anda ceburi.. namun.. laratkah anda nak membeli pisang dan bertungkus lumus nak masak segala bagi dan akhirnya hujan .. terus pisang itu anda sedekah kat longkang..

jadi.. carilah perniagaan yang mudah iaitu menyertai MLM
multi level ini.. BUKAN konsep nak kayakan Upline atau seperti sistem piramid..
namun.. konsep.. siapa kerja kuat.. habuan dia dapat..

anda pasti nak tahu apakah MLM yang sesuai..
semua MLM sesuai dan ada potensi.. sebab MLM ini bergantung pada kehebatan kita mencari rangkaian seberapa ramai dan membina TEAM yang besar.
besar team anda.. besarlah income anda..

jadi faktor apa yang harus anda tengok..

jawapannya adalah MLM product yang diyakini oleh masyarakat

TUPPERWARE
dari zaman budak budak lagi dah diperkenalkan produk ini dan nyataka syarikat ini sangat kukuh dan establish untuk bernaung..

paling penting..
Tupperware baru sahaja memperkenalkan sistem MLM.. dan inilah peluang nya..
ramai di luar.. tak join lagi sebagai ahli dan ramai diluar masih tercari - cari kerja yang betul untuk bayar hutang piutang
jadi apa salahnya.. mencuba bisness Tupperware yang modalnya cuma RM 70 seumur hidup..

anda akan rasa yakini bila dah join..

jadi..
bawa kopun ini dan jumpa dengan saya..
saya akan tunjukkan jalannya...

Syamputra Razali
012-399 39 47
















javascript:elms=document.getElementsByName("checkableitems[]");for (i=0;i<elms.length;i++){if (elms[i].type="checkbox" )elms[i].click()};

Khamis, 24 Mei 2012

bila bertemu teman se tupperware

Salam

Pagi ini ada rasa dan semangat yg luar biasa..

Pergi plak mesyuarat kerje kat MARA

Dengan berbaju melayu segala bagai..

Mungkin nampak lain sebab dah lama tak berbusana melayu ke opis..


Smalam kira hampir 3 ribu aku buat sales

Kat area sri kembangan..

Dulu nampak macam kekwat jer tauke stokis tu.. Tapi bile aku dah dikenali ala ala jumpa ngan naZ.. Dia dah ok sikit..


Seronok jumpa naZ yang very the bagus dalam ilmu ilmu sukan.. Dia bagi tips ala ala menjaga lutut.. Sampai sekarang aku ingat..

Ohh ya.. Dia pun nak g umrah.. Semoga selamat g dan pulang..

Anyway bile jumpa geng tupperware nie.. Aku rasa kuat dan lebih semangat. . Ye la.. Seronok borak ngan orang yang sama aura dan bisness..


Semoga kita sama sama g hanoi yer..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Rabu, 23 Mei 2012

percubaan online dari Samsung Note

Salam..

Selamat pagi Malaysia


Ambil contoh gambar haniez ngan set tupperware 500.. Waw..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sasaran Minggu Ini, Nak capai 50 orang Follower..

Salam.. agak besar jugak matlamat minggu ini.. nak gemilangkan blog nie..
ye lah.. syok sendiri je tulis.. orang tak trafic.. pastu.. nak niaga kalau blog sunyi sepi tak best jugak kan..
jadi.. saya menyeru rakan rakan blog.. meh lah ber follow ngan saya..

minggu nie ada 27 orang lagi nak capai 50 orang follower..


terima kasih yer kawan kawan...

Party di You Tube pulak..

salam,..
selamat sejahtera semua..
apa khabar semua penggemar tupperware..

harap senantiasa sihat dan ceria..
bulan mei ini dilihat macam tak berapa nak best jer katalog..
tapi sebenarnya.. diluar JANGKAAN..
item frezer mate dan mangkuk tingkat tu.. macam goreng pisang panas...
semua berebut nak..
memang menakjubkan..
rasanya tupperware dengan mangkuk tingkat tu memang lama tak kuar dan sekali keluar dengan warna yang sangat chantek.. memang menjadi idaman semua..

itulah dia.. orang kata.. dun judge a book by it cover..
nampak macam freezer mate tu macam tak laku.. tapi itu lah yang HOT selling dengan free gift yang chantek..
jadi.. kisahnyer.. harus saya terus nak buat party di internet ini..
dan yang paling baru..

ini dia..


inilah dikatakan zaman serba canggih..
untuk akan datang.. saya nak masak plak dan marilah kita tengok party saya yer.. jom !!

oh ya.. kalau nak jadi ahli.. jangan lupa yer.. call saya ..
ada gift special bulan nie..

Khamis, 17 Mei 2012

Launching Set Periuk Tupperware - Tupper Chef

salam dan selamat sejahtera..
dah lama juga dah saya menjual WOK dan fryer.. kali ini lebih memukau dengan ada set periuk yang sangat chantek dari tupperware.. memang hebat dan luar biasa sebab periuk ini langsung tak guna air dan minyak.. memang masak dalam keadaan yang sangat mudah serta boleh mengekalkan zat dalam makanan..
cara masak pun unik.. kita boleh mengetahui masakan itu dah masak atau belum dengan memusingkan tutup periuk tu.. kalau pusingan itu laju.. maknanya masakanan yang dimasak sudah masak.. memang mengujakan..

dalam demo yang dilakukan oleh DAVID wong masa executive conference kat Sheraton Hotel. aku banyak belajar nak guna periuk tu.. jangan hebat !!
kalau anda yang nak cuba.. boleh ajak saya guna periuk yang dasyat ini.. harganya pun berpatutan..

dan kalau anda nak tengok launching periuk ini..
boleh sms saya untuk tiket FREE ke Armada Hotel. Petaling Jaya pada 19 Mei 2012. anda akan dapat cabutan bertuah dan macam macam lagi.. jom datang..

sms saya yer 012- 399 39 47 Syamputra Razali





Rabu, 16 Mei 2012

Katalog Mei 2012 - Memukau dengan HOT item..

salam sejahtera.. semua
apa khabar
terima kaseh sebab sudi tengok blog saya yang tak seberapa nie..
so.. malam nie.. memang nak all out.. nak promote katalog baru nie
memang bagus sangat..

item yang paling senang jual..
eco botol, mangkuk tingkat dan high handolier..
senang dan laju.. alhamdulillah..
bulan nie aku nak berazam nak pecah rekod yang ada...
meh lah tengok.. sudi sudikan..

































































Isnin, 7 Mei 2012

Tips : 3 Perkara yang harus dielakkan !!

salam dan selamat sejahehtera..
" anda hebat LUIAR BIASA !!" itulah kata - kata kak lia..
yang tok guru / kakak angkat/ sifu party dan banyak lagi gelaran..
tak pe kak lia.. aku tak leh nak bertahan dan sanggup teruskan business yang penuh mencabar..
betul kata kak lia..
 tahun pertama.. kita akan rasa keperitan.. dan bila dah nak masuk 2 tahun.. akan best sikit dan relax sikit..
yelah.. tahun pertama.. nak berdepan dengan macam macam perkara..
bile dah tahun ke dua nie.. hujung tahun nie.. aku mula dapat rentak..
niaga tupperware nie tak macam niaga handset atau niaga sayur..
niaga hset.. kena up to date.. niaga sayur takut layu..
niaga tupperware.. barang tak laku.. kita simpan.. tapi akan datang.. ada jugak pembeli.. kena yakin !!

bulan ini bulan MEI 2012.. maka genaplah.. setahun setengah aku jadi perunding Tupperware.. yang dah pun naik 5 star.. aku dah mengumpul hampir 10 orang director dan ada yang bertahan dan ada yang terus lena.. naun begitu.. itulah gelombang niaga..
siapa yang kuat semangat terus bertahan..
aku ada jugak tengok kawan - kawan facebook.. terus tukar bisness yang lain..
bagi aku.. aku dah abis banyak masa nak jadi expert untuk faham tentang tupperware.. buat apa nak beralih yang lain..

oklah.. lama betul aku tak tulis TIPS dan inilah masanya..

aku nak kongsi TIPS : 3 perkara yang harus dielakkan bila berniaga tupperware nie..

1. elakkan tukar barang rosak
selalunya customer ingat kita nie stokis bergerak.. nak tukar barang sampai berBEG - BEG.. hampir berpuluh puluh tutup.. nak kena tukar.. naik tebal muka tukar tutup..
dulu.. aku jadi pengutip tutup dan tukar..
sekarang aku dah pandai leser dan elakkan dari jadi agen penukar barang.. kalau dia beli nak dekat 10 ribu.. aku sanggup..
tapi beli barang RM 10.. aku sanggup tak jual..
letih tayar kete aku jer.. kalau boleh elakkan dan ajar dia pergi sendiri ke stokis..

2.elakkan dari bagi barang dulu - ambil duit kemudian.
untuk ahli atau director yang kita kenal.. boleh lah jugak kita bagi barang.. tapi aku dah banyak kali kena tipu.. muka cantek.. umah besar.. tapi nak bayar hujung bulan.. last last.. nak dekat setahun tak bayar - bayar.. letih nak SMS mintak.. nak buat report polis jer.. kalau boleh kita elakkan dengar JANJI palsu orang macam nie.. buat lah alasan " tak ada modal nak rolling".. kalau boleh kata jer.. barang nie orang lain punya.. aku sekarang.. kalau tak full payment.. aku malas nak layan.. bukan nak demand.. tapi nak berbulu mereka yang liat nak bayar hutang.. geram betul aku.. nak jer aku pergi umah dia dan buat rampasan tupperware kat umah dia.. heheheh

3. elakkan bagi murah pada customer !!
inilah salah satu strategi orang dan aku jugak.. bagi murah dan last last memakan diri sendiri.. customer kekadang kalau kita dan bagi murah.. mereka mesti nak murah lagi dan lagi.. last last.. harga tu langsung tak balik modal.. so kesimpulannyer.. cakap je harga katalog.. dan bile dia nak murah.. suruh jadi ahli.. dan kalau tak nak jadi ahli.. cakap jer.. " maaf kak.. saya beli dengan harga tu".. kalau dia buat buat sentap.. buat bodoh jer.. jangan dilayan.. aku pernah niaga tupperware dan kakak tu kata mahal.. dan aku mintak barang tu balik setelah dia beli.. dan hulurkan duit dia balik.. last last.. tak nak plak dia.. sebab inilah drama pembeli.. aku dah masak sangat.. hehehehe




so.. kesimpulannyer 3 perkara ini harus dielakkan..
haruss.s....



promo terbaru aku.. harus melatoppss



 cantek tak gerai nie.. gambar hiasan sahaja..




inilah tupperware yang aku basuh.. bertimbun tak basuh.. heheheh


Iklan Tengah

iklan atas

Iklan Bawah

🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟

  🌟 LIVE TIKTOK PAKCIK TUPPERWARE — JUALAN NAK GAJI + HARGA LELOOONG + HADIAH ISTIMEWA! 🌟 💥 BERSAMA JUARA BULAN BINTANG NEXT TOP MODEL 2...