Jom Click Iklan Ini. TQ

Nuffnang

Tawaran Hebat

Tawaran Hebat
Pertama DI Malaysia

Team Power Tupperware Brands Malaysia

Team Power Tupperware Brands Malaysia

Saturday, May 28, 2016

Tupperware Malaysia : Bongkar Rahsia Instagram dalam Business Tupperware Jana Pendapatan 5 angka Syamputra Razali Team Power

7 TIPS & TRICKS RINGKAS DAN PADAT 
CARA UNTUK MENDAPATKAN “TARGETTED” FOLLOWERS YANG RAMAI DI INSTAGRAM SECARA PERCUMA - silakan membaca panjang. Kalau x nak baca.. Biar saya bacakan
www.tupperwareteampower.my

===========================

(Saya ngajar komuniti desa di pasir puteh kelantan. Instagram antara topic dalam modul)

Jika anda mempunyai akaun di Instagram , lebih-lebih lagi yang khususnya anda jadikan ia sebagai Medan Bisnes untuk Perniagaan Online anda, sudah tentu anda inginkan satu jumlah Followers yang ramai , bukan? 

Saya memang tak malu katanya saya JUAL TUPPERWARE.
Orang lelaki jual Tupperware memang satu cabaran yang dasyat !! Tapi itu bukan halangan. Asalkan niat kita nak membantu.. Apa salahnya.. Allah akan permudahkan..

Di samping untuk menambahkan pelanggan dan sales anda,
Ia juga boleh dijadikan sebagai DAYA PENARIK untuk ditinjau ramai . Kerana dengan mempunyai followers yang ramai, sudah tentu orang akan lebih yakin dengan Bisnes u olz

Jadi , di sini saya kongsikan 7 Tips & Tricks Ringkas yang mana anda boleh gunakan untuk mendapatkan Followers Yang Ramai Di Instagram secara PERCUMA. Lepas baca .. Meh la follow saya "Syamputra Razali" -- janji taw!!

(Kalau saya cakap orang tak caya.. Dengan instagram saya dapat kereta honda percuma!!)

🌟🌟🌟PERTAMA 🌟🌟🌟

JANGAN CAMPUR ADUKKAN PROFILE INSTAGRAM

Akaun Personal adalah untuk Personal 
Akaun Bisnes adalah untuk Bisnes

JANGAN SESEKALI gabungkan kedua-duanya.
Kerana ia adalah satu tindakan yang TIDAK  PROFESSIONAL dan hanya akan membuatkan followers anda lari . Nama u olz pun jelas. Kalau niaga Tupperware. Tulis je DIVA TUPPERWARE..

Tak percaya ? Cuba lah 😊


(Asal ada kemahuan disitu ada jalan)

🌟🌟🌟KEDUA 🌟🌟🌟

JANGAN PRIVATE AKAUN ANDA 

Kenapa? 
Kerana tidak akan ada orang yang ingin berkunjung ke "kedai yang berkunci" 

KECUALI jika anda memang dah betul2 terkenal/artis/selebriti. U olz buat ap nak private.. Kekwat sangat ala ala artis gituew. Nak niaga pun nak sorok sorok. Kita bukan nyer bogel pun..

AWAMkan sahaja atau public kan sahaja. Kalau ala ala nak niaga la. Kalau nak buat utk kekasih. Sila privatekan.. Aurat!!!

Jadi, pastikan mereka follow kita sebab mereka betul2 berminat dan tertarik dengan profile instagram kita. 
Itu barulah followers yang berkualiti. 

Gambar dlm instagram juga memerlukan emosi dan ekspresi

🌟🌟🌟KETIGA🌟🌟🌟

GAMBAR YANG CANTIK

SEMESTINYA.!!
Di instagram memang PERLU kepada gambar yang cantik. 

Sebab MAJORITI orang buka instagram untuk tengok gambar2 yang cantik.

Jadi ini PENTING untuk cuba MERAGUT pandangan supaya mereka tinjau ke gambar di profile kita seterusnya, 

Dan suka untuk saya ingatkan. TIDAK semestinya kena guna KAMERA MAHAL untuk menghasilkan gambar yang cantik. 

Saya masa  di awal buat instagram tupperware syamputra raali pun guna gambar phone jeπŸ˜­πŸ™ˆ

JADI apa yang penting? 

REDAH jer. Tak yah tunggu handset beribu baru nak start.. Selalu dan meluat dengar orang cakap.. Susah lah niaga tupperware. Hset saya lama punya. Saya tanya kat dia.. Boleh amek gambar tak?.. Dia kata boleh.. Pastu saya kata "fikir fikirkan.."

"PHOTOGRAPHY TRICKS"

Anda boleh search di YouTube berkenaan Tips and Tricks untuk hasilkan gambar yang kebabom hanya dengan menggunakan kamera telefon!  

Testimoni dan reward perlu ada juga dalam kepelbagaian story telling

🌟🌟🌟KEEMPAT🌟🌟🌟

TEMA DI INSTAGRAM  

Siapa kata telefon kita je yang kena ada tema? 
Di instagram pun perlukan tema juga. 

Selain menghasilkan gambar yang cantik.
Kita perlu gabungkan sekali di dalam satu tema yang sesuai. 

Baru SERONOK orang nak tengok profile instagram kita. 
Baru BEST orang nak scroll gambar di instagram kita. 

JADI yang tu anda boleh juga tengok tips di YouTube 
" how to create an instagram theme" 

Bermacam cara yang boleh anda dapat untuk cipta satu tema untuk instagram anda. 

Tunjukkan kesungguhan dalam berniaga dengan menggunakan semua media sosial yang ada dan berkesan

🌟🌟🌟KELIMA🌟🌟🌟

AMALKAN NISBAH 4 : 1 

Apakah itu? Yang ni panjang sikit. Beri perhatian betul-betul.

4 = MARKETING POST  :: 1 = SALE POST

Faham kan nisbah ni. 

Setiap 4 post marketing baru anda post sale anda. 

***untuk MARKETING POST

Apa yang perlu anda buat untuk marketing post? 

Anda boleh post tentang :

1. TIPS 

( biar bersesuaian dengan apa yang anda jual .... Seperti saya jual tupperware. Ceritalah sikit faedah tupperware tu.. Testimoni pun ala ala kasi yang real dan jangan propa yang tak logic..

Saya akan kongsikan tips cara penyimpanan yang betul, atau tutorial marketing tupperware yang menarik.. Jika anda jual produk kecantikan macam nutrimetic, mungkin juga u olz boleh kongsikan cara nak pakai alat make up dengan cepat tapi cantik.. Tengok abg buat you tube cc cream. Redah je walau tepong koma ... Kasi CONTOH  ) 

2. KATA-KATA HIKMAH

Selain orang ingin tengok post tentang tupperware u olz, Apakata sajikan dengan kata-kata hikmah sedikit ? Kerana mereka juga suka membacanya.  dan juga boleh mereka kongsikan dengan orang lain. Jadi secara tidak lansung mereka turut promote produk anda! 

Dan selain dari kata-kata hikmah , anda juga boleh post berkenaan peringatan untuk waktu solat  / hadis  / perkataan motivasi  . Tapi jangan sepanjang masa nak jadi ustazah. Sekali sekala nak jiwai orang kata kata nakal tapi bukan mencarut. Dosa!!

3. TESTIMONI

Kongsikan seberapa banyak testimoni yang anda ada. Kerana apa? 

Kerana ingin dapatkan satu perkara yang sering dipersebutkan dalam sesuatu perhubungan 

"KEPERCAYAAN"

Bukan kepercayaan laki bini je kena penting. Oppps (tak ada pengalaman)
Tapi kepercayaan antara customer dengan penjual. 

Hubungan tu kena jaga betul2.  sebab apa? 

Jika customer BERPUAS HATI dengan produk kita, dia akan promote pada orang lain 

Begitu juga jika customer TIDAK berpuas hati dengan kita, dia akan sebarkan pada orang lain juga. Kena manis mulot dan ayat positif yer..

Zaman sekarang begitu mudah nak sebar sesuatu perkara.

4. AKTIVITI OWNER

Pelanggan kena kenal owner. Dan apa yang mereka buat. Ini juga penting untuk dapatkan kepercayaan. 

So tunjukkan apa yang anda buat. 

Macam saya. Andai hari ni saya pergi jumpa downline tupperware.. Saya akan upload. So mereka akan tau apa yang owner buat.  Owner tu kita la. Banyak aktiviti maknanyer banyak lah result nanti. Orang akan lebih yakin kita leader yang hebat!!

TAPI  ......  !!! 

Bila saya kata kena tunjuk aktiviti owner, 
Jangan la sampai seronok sangat selfie sampai penuh gambar selfie anda di Profile Instagram anda. Nanti orang muak jugak. BEWARE!! .. Memang kita seronok tapi pelbagaikan cara amek gambar. Selfie memang bagus. Tapi kekadang nyampah juga kita kalu selfie semuanyer..

Yang penting , ambil gambar SUASANA .
Sebagai contoh anda hadir ke apa-apa jenis asembly tupperware ke.. Snap sedikit gambar di Event tu .Tunjukkan suasana u olz kat situ.

Baru customer tahu.. 
" oh dia ni sampai ke asembly tupperware, mesti dia seorang yang serius/bersungguh dalam bisnes ni "

Ingat perkataan saya tadi 
"KEPERCAYAAN" 

------------------------------------------------------

Okay sekarang teruskan kepada "SALE POST"

Apa yang perlu ada dalam sale post? 

1. HEADLINE 

Ini PENARIK DAYA orang untuk terus membaca post anda. Anda kena lebih kreatif dalam menghasilkan Headline yang menarik dan POWER! 

2. KELEBIHAN PRODUK ANDA

Jangan ceritakan tentang ciri-ciri produk banyak sangat tapi citerkan awesome dan kegunaannyer menyelesaikan masalah

Kelebihan okeh Kelebihan

CONTOH jika anda menjual mandochef . 

Anda ceritalah tentang kelebihannya boleh sagat macam macam.

CONTOH.. Tunjukkan hasil sagatan anda. Mesti impress. Demo sikit dan ada la muka u olz dalam tu..

3. Harga dan postage.

4. Contact & details macam biasa 


🌟🌟🌟KEENAM🌟🌟🌟

POST BERJADUAL

Jadikan instagram kita umpama Rancangan Televisyen 

Kita ambik contoh. 
Setiap hari Sabtu pukul 7 malam di NTV7. 

Rancangan kartun kegemaran saya. 
Shin Chan dan Doraemon 

Jadi saya tahu bila saya akan pergi menghadap depan TV untuk rancangan kegemaran saya.

Ia sama seperti Instagram .Kita kena buat supaya mereka tahu kita wujud dan post kita berjadual.

Barulah orang akan nampak Profile Instagram kita lebih teratur dan tidak berserabut.

Seperti tupperware.. Upload video sekali sekala.. Dan paling best.. Kite jadi wartawan dan pengacara. Pasti meletops..

Setiap Subuh akan post berkenaan kata-kata motivasi atau tazkirah. 

Maka orang akan tahu waktu itu apa yang syamputra razali post dan mereka ternanti nanti..

Jadikan Instagram kita seperti Channel TV . Ini PENTING

Multilevel adalah konsep duplikasi dan bantu membantu..


🌟🌟🌟KETUJUH🌟🌟🌟

Teknik  " COPY FOLLOWERS "
Sedikit meletihkan tapi berkesan insyaAllah 

Kita ambik contoh pergi kat insta yang ramai orang ala ala ikea. Mereka pun beli tiruware sana. Jadi, follow dulu orang kt dlm ikea punya follower. Mereka ada minat nak shopping barAng rumah..

Kita ambil contoh Naelofar. 

Jadi saya buka profile Ig Naelofar. Dan pergi ke Followers dia. 
Dan follow Followers dia sebanyak mungkin. Sampai tak leh follow. 

Esok saya unfollow balik cari follower baru pula. Ini macam curik follower. Lagi best pergi kat insta orang yang hot tupperware yang follower dia berjuta juta.. Rembat je yAng PM PM tu.. Untung untung jadi ahli..

Kenapa saya kata ini berkesan? 

1. Siapa yang follow Naelofar? Sudah tentu yang kebanyakannya adalah wanita. Sah sah tudung dan tupperware x dpt dipisahkan. ( targetted followers! ) 

Jadi bila saya follow dia. Dan bila dia tengok di Instagram saya jual tupperware, Dia mungkin akan tertarik sebab saya juga menjual Tupperware yang mungkin kegemarannya!

Jadi, untuk dia tahu lebih updates dari @tupperwareteampower dia akan follow. Haaa ini baru followers yang berkualiti. Follower yang akan PM anda untuk beli tupperware anda!! 

Sebab tu PENTINGnya JANGAN private Instagram anda. 
Jikalau anda private Instagram anda, macam mana dia nak review dengan puas hati? 

Sebab nak tarik followers di awal perkenalan tu susah. 
Anda harus mempunyai daya tarikan yang tinggi.

Sebab apa? 

Sebab kita BUKANNYA artis / selebriti 

Yang sekali buat Instagram , kawan-kawan selebriti dia akan tolong promote dan dia akan terus dapat ratusan ribu followers dalam jangka masa yang singkat!! 

Jadi kita haruslah berpenat lelah sedikit untuk mencari customer. 
kita yang kena cari customers okeh .! 

Setakat ni anda dapat apa yang saya kongsikan? 
Adakah ia bermanfaat untuk anda?
So, selamat mencuba. Semoga anda dilimpahkan rezeki oleh Allah . dan jangan lupa untuk share sekali Tips ni.
Kerana ia juga satu sedekah. dan sedekah akan MENGGANDAKAN apa yang anda akan dapat insyaAllah ☺ 

untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi saya dan paling best.. Daftar jadi ahli terus dalam bisness tupperware. Click bawah ni ---> 
bit.ly/BorangKeahlianTupperware
bit.ly/BorangKeahlianTupperware
bit.ly/BorangKeahlianTupperware

Semoga Berjaya dan Kaya di Hari Raya ...Amin πŸ˜„


Nahhh saya tunjukkan komisen saya bulan mei 2016 sehingga 26 mei 2016..
Saya bukan nak tayang komisen saya lebat tapi saya nak downline team power semua bermotivasi untuk maju dan dapat komisen yang sama.. Ayuh !!

Sales sehingga 24 mei 2016 dan rekod baru sekarang !! Syukur alhamdulillah.. Terima kasih team power semua kerana menyumbang angka ini !!
Sayang u olz

Lupa nak bagi fone.. Mana tahu jumpa jodoh. Saya bujang. Siapa yang sudi. Sila whats app saya.. Janji masuk ahli dulu.. Syarat utama .. Hehheh
Whats app yer 012-3993947

No comments:

Jana Pendapatan Anda

Jana Pendapatan Anda
Tips & Strategi

Sembang - Sembang Tupperware

Google+ Followers

Komen Terkini

Get widget here

Follow lah SAYA

Iklan Nuff Nang