Jom Click Iklan Ini. TQ

Nuffnang

Tawaran Hebat

Tawaran Hebat
Pertama DI Malaysia

Team Power Tupperware Brands Malaysia

Team Power Tupperware Brands Malaysia

Saturday, May 9, 2015

Selamat hari minggu : Misi mencari keahlian tupperware baru

Salam

Saya membuka tirai malam dengan kata kata dari Dr Azizan Osman
Meh baca sikit

Saya mohon ambil tips yang diberikan dan saya kagum dengan Dr azizan nie sebab dia punya stamina dalam memberi buah fikiran dan memang hebat

Memang teruak dan saya nak sangat sertai class dia tu

Namun begitu
Saya yakin sebab tanpa usaha.. Kejayaan tak muncul
Angan angan bagus tapi harus seiring dengan usaha dan kegigihan
Nahhhh
Saya tak sabar nak cari ahli baru yang saya nak share tips kejayaan






Salam semua,

Alhamdulillah selesai Seminar Kuasai Potensi Diri 2015 lokasi terakhir di Shah Alam semalam. Saya doakan anda yang hadir di Shah Alam dan semua lokasi SKPD mendapat manfaat darinya.

Semalam juga saya telah lancarkan buku terbaru sayabersama Ustaz Hj Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz -"21 Formula Hidup Luar Biasa" terbitan Azizan Osman Publications Sdn Bhd yang telah mula berada di Pesta Buku Selangor minggu lepas.

Buku ini sangat lain daripada buku-buku terlajak laris sebelum ini di mana intipatinya lebih kepada penceritaan di dalam menyampaikan 21 Formula Hidup Luar Biasa di dalam mencapai kejayaan dan keberkatan dunia akhirat Insya Allah. Genre penulisan kali ini adalah lebih kepada menyerlahkan potensi kita untuk hidup luar biasa dan paksi utamanya adalah berkaitan di antara kita dan Allah swt, kekasihNya dan makhlukNya. Ini adalah di antara sebahagian intipati ilmu yang saya kongsikan di dalam seminar 4-hari Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).

Ilmu tidak percuma apatah ilmu yang diraih dari kepayahan jatuh bangun dan kesusahan bertahun-tahun sehingga ia terbukti ianya berkesan berulang-ulang kali. Ia memerlukan pengorbanan, jerih perih, pelaburan masa, tenaga, wang dan emosi. Ia melibatkan konflik, kontroversi, kegigihan dan kegagalan demi kegagalan serta kekuatan untuk bangkit lebih bersedia menghadapi cabaran seterusnya.

Saya ingin kongsikan dengan anda di sini "Sneak Preview" versi digital ebook yang boleh dibaca di link http://www.hidupluarbiasa.com.

Banyak perkara yang saya ingin kongsi bersama anda dan ada yang saya kongsikan dalam buku "21 Formula Hidup Luar Biasa" setebal hampir 400 muka surat ini. Antaranya adalah tentang kehidupan seharian kita, apa yang kita perlu lakukan untuk mendapatkan kehidupan yang berkat dengan kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan.

Salah satu jawapannya adalah amalan baik dan disiplin harian yang konsisten.

Baca posting saya semalam tentang “Apakah 10 Rutin Pagi Yang Dilakukan Oleh Seorang Jutawan Akhirat?”

Jika kita ingin lihat samada kita bakal menjadi seseorang yang berjaya dalam jangka masa panjang, cuba perhatikan adakah kita mempunyai rutin pagi yang bagus, sihat dan produktif.

Salah satu perkara yang mengesahkan rutin pagi saya merupakan rutin kebanyakan mereka yang berjaya terutamanya jutawan ialah ketika saya bertemu Robin Sharma, penulis buku laku keras "The Monk Who Sold His Ferrari" serta billionaire pemilik Virgin Airlines, Sir Richard Branson di satu forum di Toronto baru-baru ini.

Di dalam forum tersebut, saya hadir bersama 140 orang yang berjaya di dalam pelbagai industri mereka dari 45 buah negara dalam dunia dan di kalangan kami merupakan multi-millionaire, billionaire dan philanthropists serta business leader.

Di antara perkara yang kami bincangkan atau kenal pasti adalah tentang apakah yang dilakukan oleh mereka yang berjaya setiap hari? Apakah perkara utama yang mempengaruhi kehidupan kami serta menjadi kunci penting untuk kejayaan kami dalam tempoh jangka masa panjang.

Dan di sini saya kongsikan salah satu perkara utama yang menjadi asas utama kejayaan mereka yang berjaya adalah rutin atau ritual mereka setiap pagi dan suka saya berkongsi dari segi perspektif rutin seorang jutawan akhirat (Dan mudah-mudahan dunia akhirat) :-

1. Bangun awal pagi seawal 4 pagi dan paling lambat 5 pagi (Sebab itu penting untuk tidur awal 9   malam selewat-lewatnya 10 malam)

2. Mandi kerana ia menyihatkan tubuh (Ini juga sunnah Nabi saw)

3. Solat taubat, tahajud, hajat dan istikharah (Ini rutin setiap awal pagi) / Solat tasbih 4 rakaat (Perlu bangun awal lakukan ini, sekurang-kurangnya 4 pagi) / Solat Witir (Dan ini perlu selesai 10-15 minit sebelum azan suboh)

4. Baca beberapa surah atau juz' Al-Quran atau amalan wirid-wirid yang baik sementara menunggu suboh

5. Berjemaah di masjid atau berjemaah bersama keluarga

6. Pastikan solat fajr 2 rakaat sebelum qamat untuk solat fardu suboh, ia adalah 2 rakaat solat sunat yang lebih berat timbangan amalannya dari dunia dan isinya (hadis)

7. Selepas solat membaca Al-Quran atau wirid-wirid tertentu sementara menunggu matahari naik untuk solat sunat Isyra' bila matahari naik.

8. Minum pagi / sarapan

9. Exercise untuk 30-60 minit (Mendengar bahan audio yang bagus ketika exercise)

10. Solat dhuha (Selepas exercise dan mandi)

Sekiranya anda belum mampu lakukan semua di atas, anda boleh lakukan mana yang anda mampu sebagai permulaan. Rutin jutawan bukan Muslim tidak banyak beza kecuali bab amalan kita sebagai orang Islam. Biasanya mereka akan lakukan meditasi seperti yoga atau taichi seawal 5 pagi dan exercise, membaca bahan bacaan ilmiah dan menulis perancangan hari mereka.

Saya mencadangkan anda menulis perancangan hari anda pada waktu malam sebelum anda berehat.

Ini hanya guideline untuk anda dan saya telah memulakannya sejak tahun 2001 lagi, cuma di perkemaskan over the years dan disesuaikan dengan tugas harian seperti ketika travel atau mesyuarat awal pagi.

Hidup kita yang best bermula dari awal pagi, ambil sarapan yang sihat dan makanan seperti raja di pagi hari.

*Ingat:-

1. Jika anda mahu membina hidup yang berkualiti, anda boleh mulakan sebahagian dari rutin di atas atau mengikut kesesuaian anda. Jika tidak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua. Dan cuba lakukannya dengan baik terutamanya ketika hari cuti.

2. Jika anda bekerja, adjust rutin ini.

3. Kejayaan bermula dari rutin, habit atau disiplin over the years dan kejayaan tidak datang secara  insiden.

Jika baik amalkan, jika tidak abaikan.

Saya cadangkan anda kongsikan artikel dan ebook formula ini sebagai hadiah anda kepada 9 orang lain yang anda kasihi jika ianya bermanfaat untuk menghidupkan hati dan memperbaiki serta mencuci kolam jiwa mereka agar hati mereka sentiasa mendekati Allah swt dan lantaran itu akan menarik lebih banyak kasih sayangNya serta redhaNya. Jangan lupa share sebelum link "21 Formula Hidup Luar Biasa" ini dihentikan.

Sesungguhnya, melalui the ‘Power of Giving’, kita lebih bahagia memberi daripada menerima kerana terdapat banyak nikmat hidup dan manfaat dalam "Memberi". Insya Allah, lebih banyak amalan kita dalam "Memberi", lebih banyak Allah swt akan memberi kita keberkatan dan kenikmatan hidup dalam pelbagai cara. Ada keajaiban di sebalik "Memberi", rahsia yang hanya diketahui oleh orang-orang yang berjiwa besar. Cuba anda amalkan dan lihat perubahan dalam hidup anda.

Bagi anda yang bakal hadir program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) dari 5 – 8 Februari 2015 di Menara PGRM Cheras, saya ucapkan Tahniah & Selamat Maju Jaya kerana mengambil langkah pertama untuk merubah hidup anda. Saya tidak sabar berkongsi segala ilmu dan formula-formula Kejayaan, Kekayaan, Kebahagiaan, Kesihatan dan Keberkatan dengan anda.

Jika anda perlukan sebarang maklumat lanjut, sila berhubung dengan team saya dan buat persiapan sebaik-baiknya sebelum anda hadir ke IMKK. Hubungi team di talian 03 – 5519 1260 (pada waktu pejabat)atau di 016 – 210 3090 / 016 – 2150 940 sekarang. Layari www.magnet2015.com bagi yang masih belum mendaftar.

Dan sesiapa yang berminat atau ingin membuat tempahan awal membeli secara borong buku "21 Formula Hidup Luar Biasa" untuk diedarkan atau menjadikan ini sebagai satu permulaan untuk perniagaan anda, boleh menghubungi Encik Fithri di 019 272 7551 (pada waktu pejabat). Insya Allah ia bakal menjadi buku laku keras sebagaimana Buku "Magnet Kekayaan & Kejayaan", “Kuasai Pemasaran Rahsia Menarik Pelanggan", "Kuasai Pemasaran Facebook" dan "Planet Bisnes Azizan Osman" semuanya terbitan Azizan Osman Publications Sdn Bhd (AOP).

Terima kasih kerana sudi membaca dan saya doakan semoga ilmu yang saya kongsikan ini dapat membantu anda dalam kehidupan dan perniagaan anda. Saya sentiasa doakan anda semua Kaya & Berjaya dunia akhirat.



No comments:

Jana Pendapatan Anda

Jana Pendapatan Anda
Tips & Strategi

Sembang - Sembang Tupperware

Google+ Followers

Komen Terkini

Get widget here

Follow lah SAYA

Iklan Nuff Nang