Jom Click Iklan Ini. TQ

Nuffnang

Tawaran Hebat

Tawaran Hebat
Pertama DI Malaysia

Team Power Tupperware Brands Malaysia

Team Power Tupperware Brands Malaysia

Sunday, March 9, 2014

Berita Terkini Pesawat MAS MH370 KL – Beijing

 Salam semua..
kali ini entry yang diluar dari Tupperware.. berkongsi kepiluan mangsa dan ahli keluarga
Team Power menghayati rasa pilu seluruh Rakyat Malaysia untuk mendoakan kesejahteraan..








Berita Terkini Pesawat MAS KL – Beijing Hilang Terhempas : Tanggal 8 Mac 2014 awal pagi tadi, rakyat Malaysia amnya dan dunia dikejutkan dengan berita yang tersebar luas apabila didapati Pesawat MAS KL – Beijing hilang.
Terbaru menerusi semakan Berita Semasa terhadap berita terkini Yahoo Singapore yang telah disahkan sendiri oleh tentera Vietnam, pesawat MAS KL – Beijing hilang terhempas di Laut China Selatan.
Seluruh dunia sedang mengikuti secara dekat berita terkini tragedi Pesawat MAS KL – Beijing hilang. Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.
Terbaru diberitakan China telah pun menghantar 2 buah kapal ke Laut China Selatan. Tentara Filipina juga telah menghantar 3 buah kapa l dan sebuah pesawat pemantau bagi operasi menyelamat tragedi pesawat Malaysia Airlines hilang kali ini..
Pesawat MAS terhempas

Kronologi Pesawat MAS KL – Beijing Hilang & Terhempas di Laut China Selatan

  • 12:41 pagi : Pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 berlepas dari Kuala Lumpur Sabtu & dijangka mendarat di lapangan terbang Beijing pukul 6:30 pagi tadi
  • 2:30 pagi : Malaysia Airlines melalui pesawat MAS KL – Bejing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang
  • 7:25 pagi : Malaysia Airlines (MAS) mengeluarkan kenyataan media, pasukan menyelamat digerakkan
  • 10:15 pagi : Malaysia Airlines (MAS) menafikan kapal terbang pesawat MH370 selamat mendarat di Nanming, China (Kenyataan Media Kedua MAS):
  • 10:30 pagi : Satu mesyuarat tergempar oleh pihak MAS diadakan bersama agensi penyelamat yang lain.
  • 10:40 pagi : TUDM menghantar pasukan mencari dan menyelamat tragedi pesawat MAS hilang
  • 11.00 pagi : Senarai nama Crew MAS MH370 didedahkan yang mana termasuk Fariq Abdul Hamid (pembantu juruterbang pesawat MAS MH370) dan Kapten Zaharie Ahmad Shah yang berusia 53 tahun
  • 11.05 pagi : MAS Hubungi ahli keluarga penumpang
  • 11.30 pagi  : Senarai jumlah penumpang pesawat MAS KL Beijing mengikut negara yang dikeluarkan oleh MAS:
  • 12.45 tengah hari : Media Vietnam melaporkan Pesawat MH370 terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc! Laporan Yahoo Singapore.
  • 1.15 Tengah Hari : Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak mengarahkan agensi penyelamat melakukan segala apa yang terdaya untuk mengesan pesawat MH370
  • 2.00 Petang  : 62 Senarai penumpang yang berada dalam pesawat MH370 yang berjaya diperolehi setakat ini

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pagi 8/3/2014 Dunia dan Malaysia dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang menuju ke Beijing di perairan Vietnam. Seramai 239 orang berada di dalam pesawat yang malang yang terdiri daripada 12 crew dan selebihnya penumpang dari 15 kewarganegaraan. Kali terakhir pesawat MH370 dapat dihubungan pada jam 2.40 pagi sebelum hilang dari radar di Laut China Selatan.
gambar pilot pesawat malang MH370
Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu Farid Abdul Hamid.
Kali terakhir pesawat MAS terhempas adalah pesawat Fokker 50 yang telah merempuh rumah setinggah ketika mendarat di Lapangan Terbang Tawau pada tahun 1995. Kejadian paling trajis menimpa MAS adalag pada tahun 1977 apabila pesawat penerbangan MH653 telah ditawan oleh tentera Merah Jepun dan terhempas di Tanjung Kupang mengorbankan 100 penumpang dan crew.
Bila berlaku bencana sebesar ini maka berlumpa-lumpa kita untuk menjadi orang pertama yang menyebarkan berita terkini. Berbagai berita terkini pesawat MH370 tersebar di Facebook, Twitter, Instagram dan Blog tetapi malangnya sebahagian hanya berita yang bukan dari sumber yang sah dan mengelirukan. Tidak kurang juga fanatik Anwar Ibrahim yang mengaitkan tragedi pesawat MH370 dengan keputusuan rayuan kes liwat Anwar Ibrahim pada 7/3/2014 dengan komen-komen yang tidak berhati perut tanpa memikirkan perasaan keluarga dan rakan-rakan mangsa.
gambar keluarga mangsa pesawat MH370 yang hilang
Semuga Rakan Blogger mesti lebih bertanggungjawab untuk berkongsi kisah sedih tragedi MH370 dan berusahalah mendapat berita yaang sahih. Menjadi menyiar pertama berita terkini kemalangan pesawat MH370 bukanlah satu kemestian untuk mendapat trafik blog yang banyak. Menyalurkan berita yang tepat walaupun lambat dengan kaedah SEO yang betul bukan sahaja dapat menaikkan trafik blog tetapi dapat membantu menyalurkan berita yang betul kepada pencari berita terkini pesawat MH370.
keluarga mangsa pesawat MH370
Mari kita berdoa semuga ALLAH permudahkan usaha mencari dan ALLAH beri kesabaran kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa yang terlibat. ALLAH pasti tahu apa yang terbaik untuk kita. Bila terbaca berita ini pasti teringat pada sahabat Blogger Zarul Husin yang merupakan pramugara MAS.
Terkadang Allah hilangkan sesuatu yang kita sayang, kerana Allah sedang menggantikan sesuatu yang lebih indah untuk kita. – Santapan Minda
Yang masih menjadi misteri apabila terdapat dua penumpang yang menggunakan passport palsu menaiki pesawat malang MH370. Passport palsu kepunyaan Luigi Maraldi warga Itali dan Christian Kozel warga Austria telah membuat laporan polis. Dua penumpang hantu ini tiba dari Doha menaiki Qatar Airways telah membeli tiket secara serentak di Thailand.
Berikut sebahagian daripada senarai penumpang yang berada dalam pesawat MH370 :
  1. Fariq Ab. Hamid
  2. Zaharie Ahmad Shah
  3. Foong Wai Yueng
  4. Goh Sock Lay
  5. Gomes Patrick Francis
  6. Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan
  7. Junaidi Mohd. Kassim
  8. Andrew Nari
  9. Ng Yar Chien
  10. Tan Ser Kuin
  11. Tan Size Hiang
  12. Wan Syaid Wan Ismail
  13. Anne Catherine Daisy (MYS)
  14. Bai Xiaow (CAN)
  15. Beherey Usage Waitrelos Laurence Arlet (FRA)
  16. Biby Nazli Mohd. Hassim (MYS)
  17. Brooskii Nikolath (RUS)
  18. Burrows Rooney (AUS)
  19. Chan Huan Peen (MYS)
  20. Chen Weihoing (MYS)
  21. Chew Kar Mooi (MYS)
  22. Chng Mei Ling (MYS)
  23. Chuang Hsiu Ling ((TWN)
  24. Chustrak Oleg (UKR)
  25. Deineka Sergii (UKR)
  26. Dina Mohamed Yunus Ramli (MAS)
  27. Maria Mohamed Yunus Ramli (MYS)
  28. Gu Naijun (AUS)
  29. Guan Hua Jin (MYS)
  30. Huang Tianjui (CHN)
  31. Hue Pui Heng (MYS)
  32. Jee Jing Hang (MYS)
  33. Jiang Cuiyun (CHN)
  34. Koh Tiong Meng (MYS)
  35. Kolekar Chetana Vinod (IND)
  36. Kolekar Vinod Suresh (IND)
  37. Kozel Christian (AUT)
  38. Lawton Catherine (AUS)
  39. Lawton Robert (AUS)
  40. Lee Kah Kin (MYS)
  41. Lee Sew Chu (MYS)
  42. Li Hongjing (CHN)
  43. Li Yuan (AUS)
  44. Lim Por Chua (MYS)
  45. Lui Ching (CHN)
  46. Maraldi Luigi (ITA)
  47. Meng Leoinf (USA)
  48. Meng Nicole (USA)
  49. Mohamad Sofian Ibrahim (MYS)
  50. Mohd. Khairul Amril Selamat (MYS)
  51. Muhammad Drazahan Zamani (MYS)
  52. Mukherjee Muktesh (CAN)
  53. Muzi Yusop (MYS)
  54. Ng May Li (MYS)
  55. Noorida Mohd. Hashim (MYS)
  56. Nor Fadzillah Mat Rahim (MYS)
  57. Norliakmar Hamid (MYS)
  58. Ramlan Safuan (MYS)
  59. Sharma Chandrika (IND)
  60. Shirsath Kranti Pralhad (IND)
  61. Sim Keng Wei (MYS)
  62. Siregar Firman Chandra (IND) 
Sangat diharap semuga semua keluarga dan rakan-rakan mangsa yang terlibat dapat BERSABAR menunggu berita kehilangan misteri pesawat MH370. Sila hubungi MAS pada talian 03 7884 1234 untuk sebarang maklumat terkini. Rakyat Malaysia dan Dunia mendoakan semuga usaha mencari kehilangan misteri ini dipermudahkan ALLAH SWT. Kami turut sama bersedih dan akan terus berdoa.


Ringkasan Berita Pesawat MAS MH370 Dari KL ke Beijing Hilang
Pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang lebih 24 jam bermula pada Sabtu kini menjadi misteri ekoran belum ada sebarang petunjuk mengenai pesawat itu biarpun usaha mencari dan menyelamat giat dijalankan
gambar pesawat mas ke beijing 2014ringkasan berita pesawat mas mh370 dari kl ke beijing hilang
Meskipun belum ada perkhabaran baik mengenai pesawat itu yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal, semua orang di seluruh dunia mengharapkan dan mendoakan keajaiban berlaku supaya kesemua mereka dapat ditemui dan pulang dengan selamat
Berikut antara ringkasan laporan berita mengenai perkembangan Insiden Kehilangan Pesawat MAS MH370 Hilang, bermula hari pertama
8 Mac 2014
Pesawat Malaysia Airlines dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal Sabtu (8 Mac 2014, Waktu Malaysia)
Penerbangan MH370 itu membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi Sabtu
MAS mengeluarkan kenyataan media bahawa mereka berusaha menghubungi ahli keluarga 239 penumpang dan anak kapal penerbangan
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari turut mengesahkan penumpang-penumpang adalah dari 15 negara termasuk China, Indonesia, Australia, Perancis, dan Malaysia
Pada masa yang sama, pihak Malaysia Airports Holdings Berhad menyuruh orang ramai berhenti membuat spekulasi mengenai kejadian susulan beberapa spekulasi di Twitter
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga mengesahkan tiada bangkai pesawat MH370 ditemui di laut selatan negara itu seperti yang dilaporkan sebelum ini. Beliau turut menafikan bahawa terdapat cubaan merampas pesawat tersebut
MAS telah menyiarkan senarai penumpang dan kru MH370 yang hilang
Jabatan Penerbangan Awam berkata laporan media tentang dua tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam masih sedang disahkan
Fakta Pesawat
Jenis: Boeing 777-200
Tarikh Pelancaran: Jun 1995
Jenis Engin: PW4077, RR 877, GE90-77B
Jumlah Dimiliki MAS: 15 Buah
Model Boeing 777-200 tidak pernah terlibat dalam sebarang kemalangan udara sehingga penerbangan Asiana mendarat cemas di Lapangan Terbang San Francisco mengorbankan tiga remaja perempuan China pada Julai 2013
ringkasan berita pesawat mas mh370 dari kl ke beijing hilang
9 Mac 2014
Usaha mencari di laut diteruskan sepanjang malam manakala operasi udara bersambung pada sebelah siang
Pasukan pencari dan penyelamat masih belum dapat memastikan kedudukan pesawat jenis Boeing 777-200 itu.Pada ketika ini, mereka masih gagal menemui bukti sebarang serpihan bangkai pesawat
Malaysia Airlines merayu seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat di serata dunia untuk mendoakan keselamatan penumpang pesawat miliknya yang hilang

No comments:

Jana Pendapatan Anda

Jana Pendapatan Anda
Tips & Strategi

Sembang - Sembang Tupperware

Google+ Followers

Komen Terkini

Get widget here

Follow lah SAYA

Iklan Nuff Nang