Jom Click Iklan Ini. TQ

Nuffnang

Tawaran Hebat

Tawaran Hebat
Pertama DI Malaysia

Team Power Tupperware Brands Malaysia

Team Power Tupperware Brands Malaysia

Wednesday, November 27, 2013

Katalog Disember / Leaflet Tupperware 2013 - Tupperware Online Pertandingan Cogankata TEAM POWER

Salam semua..

PERCUMA sahaja Fridge Botol Purple yang hot ini !!.. hanya perlu melengkapkan.. cogankata "SAYA MEMILIH TEAM POWER KERANA ..... ( tidak lebih 20 patah perkataan) ... " just tuliskancogankata anda di WALL pages saya yang disediakan iaitu disini --->Tupperware Syamputra Razali (Tupperware Syamputra Razali) dan saya akan buatkan poster untuk setiap cogankata dan pada 1 disember.. saya akan upload semua poster yang masuk pertandingan dan pemenangkan akan diumukan pada tahun baru !!!.. mudah je kan,,, LIKE terbanyak pada poster nya .. akan memiliki 1 Fridge botol purple..

inilah promosi saya di FB yang begitu menarik perhatian ramai

dan semua masuk berduyun duyun ke pages saya yang semakin ramai pengunjungnya..


 jadi.. saya pun nak melancarkan pertandingan ini untuk anda semua sertai..
terbuka kepada semua rakyat malaysia..

Syarat pertandingan
1. Rakyat Malaysia
2. Ada facebook 
3. Like Pages saya --> https://www.facebook.com/pages/Tupperware-Syamputra-Razali-Tupperware-Syamputra-Razali/180680798648276?ref=hl
4. berikan cogankata
5. Ajak kawan LIKE bebanyak
6. Menang hadiah

Jadi.. anda.. apa lagi.. jom cube..

semoga anda dapat hadiah FRIDGE botol yang saya pelok itu..

jadi.. jom ..

oklah.. saya nak cerita tambah.. tips untuk hari ini..

TIPS
TIPS / faktor yang membuatkan seseorang TIDAK BERJAYA dalam Tupperware

1. NAK FREE KEAHLIAN - BERKIRA RM70
Antara faktor dan sikap yang bile kita tengok.. sebab dia gagal dalam bisness Tupperware adalah sebab ini.. jadi secara positifnya kena terbalikkan yang negetif ini jadi POSITIF.. inilah first time saya menulis hal yang negetif,, sebagai satu kesedaran pada anda. 

Bile ada orang nak masuk ahli.. dan dia excited.. tetibe tang bayaran RM70 untuk set kit beg dia dah mengeloh dan nak mintak diskaun ala ala RM50.. paling melampau.. nak suruh kita sponser atau FREE jer.. saya boleh bagi FREE tapi boleh ke dia cari 10 orang ahli dan beli RM10 dalam sebulan.. 
sebab sikap nak melabur RM70 pun liat nak bayar.. inikan pula nak bermodalkan duit kita untuk beli stok.. memang alamatnyer.. keahlian itu akan DROP.. ikut pengalaman saya.. memang akan drop.. biarlah dia nak jadi ahli lain... (bukan berlagak) tapi memang hakikat.. kalau RM70 pun dia dah berkira.. macam mana plak dia nak beli katalog plak.. mesti nak harapkan upline membeli..

saya memang selalu berjumpa orang macam nie.. angan angan nak jana pendapatan beribu,, tapi modal keahlian RM70 pun dia nak free.. memang orang ini JANGAN DAFTARkan.. ia akan kelak memeningkan kepala..

tapi baru baru ini saya berjumpa dengan sepasang suami isteri di giant kelana jaya.. namanyer suhirman dan siti.. mereka ini tak ada sedikit pun rasa nak menawar.. malah mereka sangat sangat komited utk menjalankan business ini.,. belum saya nak abiskan penerangan saya.. dia dah keluarkan RM70 dan bayar. Ini bukan soal dia mampu atau kaya.. tapi soal dia mahukan sesuatu.. dia akan invest awal.. kekadang geram betul bile ada yang cakap " tak nak lah jadi ahli.. KALAU FREE nak lah" .. atau pun.. "saya nak jadi ahli.. tapi RM70 tu encik syam bayarkan".. nasib baiklah saya nie tak pandai mencarut.. kalau tak sia sia jer.. kena carut.. heheheh (maaf emosi plak)

cadangan saya.. bile berdepan dengan orang macam ini.. cakap sahaja.. RM70 tu adalah komitmen.. RM70 tu bukan bayar saja saja.. dapat barang kit beg dari tupperware yang mana ada tupperware yang limited edition.. lembut lah hati dia.. jangan la pulak kita leser dia.. so.. kena senantiasa fikiran positif

2.  NAK LEBIH DISKAUN ALA ALA 30%

Ada lagi satu sikap yang selalu kita jumpa yang gerenti dia tak boleh kemana mana.. sikap nak menawar sampai tahap murah giler.. saya biasa juga menghantar barang ke downline saya dan dia tak dapat ke stokis.. ada sekali.. saya hantar lah barang nie.. bile di total dalam RM200 dan itu adalah harga ahli yang saya dah tolak  siap siap 25%.. ala ala sebenarnyer RM204.. tapi 4 ringgit halal.. tapi dia boleh mintak saya RM150.. ala ala diskaun RM50.. dengan alasan.. saya dapat cek RM11 ribu last month.. 
memang tak dapat dinafikan saya dapat 11 ribu dan apakah saya patut belanja begitu kat dia.. RM11 ribu adalah usaha saya dan downline yang komited.. dan disebabkan saya kaya.. dia nak kurang.. memang saya terpaksa minta RM 204 .. dan itulah kali terakhir saya jumpa dia.. dan bile dia nak order.. saya suruh dia pergi ke stokis .. bayangkan.. nak parking.. mengharungi JEM dan juga kemungkinan exsiden.. semua tu dia tak pikir.. 
tapi nak buat macam mana.. dia adalah customer.. duit ditangan dia.. dan kita harus hormat customer walau apa keadaan sekali pun.. cadangan saya.. kalau orang yang nak murah ini.. kalau boleh,.. bagitahu kat dia.. cas minyak dan juga masa.. supaya mereka tahu.. duit komisen itu bukan semudah itu nak dapat..

dan kalau boleh cakap lah secara baik contohnya.. " kak.. inilah harga beli kat stokis.. saya beli atas nama akak.. nah riset".. penghantaran percuma kak... pasti hati dia akan lembut sikit


3. NAK HADIAH BESAR TAPI SALES SEDIH
 Antara kesukaan kita adalah dapat hadiah dan recognition.. tapi ada juga yang buat sales tak sampai RM100 dah claim nak hadiah itu ini.. pastu cakap.. macam macam dan menganggap RM100 tu macam RM100 ribu.. memang lah RM100 tu pun menyumbang pada cek kita setiap bulan.. tapi kita kena tengok juga..RM100 x 3% x 0.75 .. tak sampai RM3.00 pun.. dan perkara ini kena dijelaskan.. takut dia ingan RM100 sales dia menyumbang kepada RM50 komisen kita.. so.. penerangan yang telus perlu.. cakap je.. kalau u buat RM100 saya dapat 3% dari sales awak.. dan selalunya kalau kita explain clear.. mereka akan sedar diri dan tak meminta minta.. tapi kalau dia mintak juga.. memang kena bagi TIPUware lah sebesar alam.. memang tak dpt dinafikan dalam family team saya dah hampir 2000 orang ini.. ada yang berpelakuan begini..

jadi cadangan saya.. kena slow talk dan bagi dia cabaran awal.. contohnya.. cakap " boleh.. saya bagi besarrrr hamper.. insyallah.. jadi director yer".. pasti dia akan betul betul pulun dan bile jadi director.. harus bagi.. betul2.. tak pasal pasal kita pulak kena belasah sebab janji palsu.. heheheh

4. MALAS NAK PERGI STOKIS
 Ini memang masalah yang lazim kita dengan.. mereka kerja.. balik malam.. dan tak ada masa nak ke stokis.. adakala memang benar.. mereka tak ada masa.. tapi kita beri cadangan kat mereka.. supaya try pergi ke stokis dan berjinak jinak dengan stokis.. agar boleh dapat aura dari stokis.. bile dia pandai buat pembelian sendiri.. pasti dia tak ada masalah nak menawar.. kalau menawar.. kena tumbuk je ngan budak stokis.. dan kalau mereka liat nak ke stokis.. saya cadangkan.. anda cakap macam nie.. " pergilah stokis.. boleh cuci mata kat sana... mana tahu.. kat katalog lain.. kalau live kita tengok lain".. insyallah.. terbuka hati mereka.. dan jangan sesekali paksa mereka.. sebab bisness nie tak leh paksa paksa.. mereka akan rasa tak best dan akhirnya.. mereka request tukar upline.. melopong kita..

untuk yang rumah ngan stokis jauh.. kemungkinan boleh pakat pakat ngan downline untuk bantu belikan dan post.. ye lah.. kalau duduk kat pelusuk kampung.. susah juga nak kuar pergi stokis.. soi.. mohonlah upline belikan.. dan sesekali.. pergi lah asembly stokis anda tu.. tak kiralah BCO siapa,.. baik baik ngan mereka dan boleh share dan belajar dari mereka yang terdahulu.


5. KEDEKUT NAK HARGAI DOWNLINE


Penyakit yang ada pada semua Upline adalah kedekut nak kuarkan duit atau tupperware atau apa sahaja untuk menghargai downline,.. rasa tak patutlah kalau downline dah buat beribu ribu,.. kita biarkan.. kalau kita tak mampu nak bagi hamper.. bagilah ole ole ker.. belanja makan ker.. ataupun kalau ala ala komisen pun sikit.. just ucapkan TERIMA KASIH pun dah salah satu hadiah yang bermakna.. jangan sesekali kedekut nak buat pelaburan pada mereka.. kita kena letakkan sesekali diri kita kat tempat mereka dan kita akna rasa.. betapi bestnyer kalau dapat sesuatu atas usaha gigih kita.. jadi.. cadangan saya.. selalulah beri galakkan moral support pada mereka..


____________________________________________________

disebabkan entry dan tips kali ini seakan negetif.. saya memberikan buah fikir dan cadangan padaanda.. dan jangan  lupa bile baca tips tu.. anda jadi takut nak JOIN.. inilah hakikat kita bile menceburi apa sahaja bisness.. sikap dan penghargaan perlu ada.. sebab kita berhubungan dengan manusia.. dan harus diingat.. senantiasa bersyukur atas rezeki yang ALLAH beri..

semoga anda yang nak tahu lebih lanjut bisness ini yang mana memberikan pendapatan kepada saya sehingga RM11 sebulan.. jom call atau what apps saya
012-399 39 47 Syamputra Razali








No comments:

Jana Pendapatan Anda

Jana Pendapatan Anda
Tips & Strategi

Sembang - Sembang Tupperware

Google+ Followers

Komen Terkini

Get widget here

Follow lah SAYA

Iklan Nuff Nang