Jom Click Iklan Ini. TQ

Nuffnang

Tawaran Hebat

Tawaran Hebat
Pertama DI Malaysia

Team Power Tupperware Brands Malaysia

Team Power Tupperware Brands Malaysia

Sunday, September 8, 2013

Blog Tupperware Brands Malaysia Kini Berwajah Baru

salam semua..
kali ini.. ada plak masa saya nak menengok blog dan ala ala godeh godeh dan buat poster
dalam 5 minit dah sampai dah..

inilah hasilnya..


inilah cover lama yang sangat berjasa..
kini sudah berwajah baru..
 nahhh



ala ala tukar bahagian AED to ED sahaja.. alhamdulillah.. dalam 2 tahun saya dah capai tahap ED dan saya dikesempatan ini ingin merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan dan support dari TEAM POWER yang senantiasa memberikan galakkan yang tak putus kepada saya..



inilah hasilnya kalau kegigihan kita dalam melakukan sesuatu.. ala ala terus unggul di tangga pertama..
dan syukur sangat sangat



Inilah kelebihan BLOG

Blogging adalah satu media perhubungan yang begitu efisyen dan menjadi satu alat atau kelengkapan yang menarik,dimana ia digunakan secara meluas dengan pelbagai penggunaan.Ia juga digunakan dengan meluas bagi tujuan pemasaran bagi pihak pengiklanan.Blogging juga telah menjadi begitu popular dikalangan remaja dan generasi terdahulu untuk berkongsi idea,pendapat dan untuk memberi bimbingan atau tutorial dalam pelbagai bidang.

Berkongsi pengetahuan dan pengurusan adalah kelebihan yang amat penting dalam blogging.Dalam pada itu,faedah lain yang boleh diperolehi daripada blogging ialah 'self-marketing',pembinaan komuniti,perkhidmatan pelanggan yang lebih baik,penulisan yang menarik, penubuhan social dan teknik komunikasi yang lebih baik.Di bawah ini disenaraikan beberapa kelebihan utama:

1.Penghubung
Ia merupakan teknik yang efisyen dan kos-efektif untuk mengiklan maklumat dan kepakaran mengenai bisnes anda kerana ia merupakan penghubung dengan komuniti yang besar.Ini sangat membantu bagi bisnes yang kecil,di mana mereka tidak mampu untuk melabur di dalam memasarkan produk atau servis.

2.Komunikasi Secara Terus
Ia menyediakan sumber komunikasi secara terus dengan pelanggan atau pengunjung blog,di mana mereka bebas meluahkan idea, pertanyaan atau pengalaman berkenaan dengan sesuatu komoditi atau topik.Dengan cara ini, penerbit atau 'tuan punya blog' akan mendapat gambaran dari pelabgai cadangan,pendapat dan boleh membuat beberapa perubahan di dalam proses pengeluaran.

3.Masa Nyata (Real time)
Blogging membolehkan sesiapa sahaja berdebat atau berdiskusi secara 'on-the-spot'.Anda tidak perlu menunggu keesokan harinya untuk membaca keratan akhbar.Pihak pengiklanan boleh membuat perubahan dengan segera dan memberitahu kepada pembaca mengenai sebarang perubahan. 

4.Pendapat Yang Demokratik
Tidak ada halangan bagi sesiapa pun untuk membuat 'post',melainkan jika menyebabkan pembaca lain tersinggung.Melalui blog,anda akan mendapat pandangan yang berbeza dan mengelakkan idea yang berulang-ulang daripada respon yang diterima bagi sesuatu produk atau servis.Dengan ini juga,ia mengikut konsep demokrasi di dalam sumber informasi.

5.Search Engine Optimization (SEO)
Blogging menggunakan teknik SEO dan dengan cara ini dapat membantu meningkatkan kedudukan dalam enjin carian atau 'Search Engine'.Kos untuk servis SEO adalah di dalam anggaran antara $5000 ke $10,000 dolar.Servis ini sedikit sebanyak meningkatkan populariti sesebuah blog tersebut,dengan memaparkan hasil carian untuk 'keyword' yang spesifik apabila pengguna menaip di dalam kotak carian(search box).Oleh sebab itu,kebanyakan blog mempunyai 'keyword' yang berulang.Ini akan menyebabkan hasil enjin carian yang lebih positif dan meningkatkan keuntungan.

6.Penerbitan Yang Pantas
Usahawan sesuatu bisnes menggunakan teknik blogging ini untuk menyatakan atau meluahkan kepakaran, pandangan, dan pengetahuan dengan jelas kerana ianya merupakan alat atau 'tools'yang pantas dan mudah.Dalam pada itu,banyak syarikat yang menyediakan tips untuk blogging secara online untuk memulakan proses tersebut.Ia adalah mudah bagi pengunjung blog untuk melayari blog dan memberikan idea atau pertanyaan.

7.Penjimatan Kos
Blogging juga merupakan satu medium atau cara yang murah untuk membawa nama sesuatu syarikat menjadi perhatian ramai.Bisnes yang kecil menggunakan blog untuk menerangkan ciri-ciri produk yang hendak dipromosikan, menjual dan untuk melakukan perbandingan di antara sesuatu produk.Ini seterusnya dapat mengurangkan keseluruhan belanjawan dan memberi hasil yang lebih baik di mana ia menyediakan skop untuk para pembaca atau pengunjung blog memberi maklum balas.

8.Reputasi
Dengan perkhidmatan pelanggan yang baik dan produk yang berkualiti tinggi,blog membolehkan untuk membina kepercayaan pelanggan dan konfiden kepada syarikat.Ia melambangkan atau menggambarkan kredibiliti pemilik blog tersebut sebagai seorang yang mahir dan menjaga reputasi syarikat,membolehkan pelanggan merasa selesa dan bebas untuk bergantung atau berharap.

Mengikut kajian,mereka yang memaparkan blog atau mengunjunginya mendapat pengalaman yang mengejutkan, melepasakan penat lelah mereka dan mengurangkan tahap stres mereka.blogging memberi idea yang baru dan meningkatkan kecekapan dalam pemahaman.Ia memberikan perspektif yang berbeza bagi sesuatu idea,dan dengan cara ini dapat meluaskan apa yang disebut 'social spectrum'. 





 jadi.. saya nak cerita sedikit tentang pembaharuan dalam kehidupan..

artikel ini saya dapat dari blog RENUNGAN.. terima kasih yer


Perubahan Sikap.” Contoh teladan dan tindakan seorang lebih berkesan daripada syarahan seribu orang dalam merubah seseorang” ” kejayaan akan dicapai dalam apapun bidang apabila seseorang itu dapat memahami, mengikuti dan mencontohi minda, emosi dan tindakan orang yang telah berjaya” Anthony Robin” kejayaan hanya dicapai dengan cara menduplikasi seluruh dimensi hidup orang yang telah berjaya” Anthony Robin” umat ini tidak akan dapat diperbaiki melainkan dengan cara umat-umat terdahulu telah diperbaiki” Umar al Khattab/ Imam al Banna” perbaikilah diri kamu dan dakwahlah orang lain” Mustafa Masyhur” apabila tersebarnya akhlak imaniah, jiwa-jiwa yang bersih, warak dan sentiasa beristighfar dalam sesuatu generasi bererti kejayaan Islam sudah hampir” Muhammad al-Rasyid” Tegakkan daulah Islam dalam diri kamu, Islam akan tertegak dibumi kamu” Mustafa Masyhur” Tidak ada ertinya berjalan beribu batu untuk membuat perubahan, tetapi pisahkan dirimu daripada kongkongan hawa nafsu walau selangkah akan tercapailah maksudmu” Al-Awaiq.Perubahan sebenar dalam diri manusia ialah perubahan sikap.Sikap adalah tingkahlaku manusia di dalam kehidupan ini yang membentuk watak diri seseorang.

Contoh sikap  yang positif ialah:1. Berdisiplin 2. Bertanggungjawab. 3. Berdayausaha. 4. Beristiqamah 5. Menguasai diri ( nafsu/perasaan)  6. Proaktif 7. Kreatif 8. Inovatif 9. Berani 10. Benar.

Antara sikap positif yang lebih syumul.Berkerja dan berusaha mendidik masyarakat supaya memiliki identiti Islam yang positif dan syumul. Sebaliknya sikap yang negatif ialah berdiam diri terhadap permasalahan yang dihadapi ummah dan hanya mementingkan diri sendiri.Dalam agenda perubahan gerakan Islam, usaha yang dilakukan adalah bertujuan untuk mengubah sikap negatif masyarakat supaya memiliki sikap yang positif yang sentiasa berusaha dan berjihad ke arah merubah realiti ummah yang berada ditahap yang lemah supaya mereka kembali menjadi pemimpin kepada manusia.Dorongan manusia bersikap dengan sesutu sikap ialah emosi dan perasaannya sama ada kerana dia suka atau kerana dia takut kepada sesuatu. Emosi suka atau takut kepada sesutu lahir daripada kesedaran terhadap sesuatu perkara tersebut. Kesedaran adalah berpunca daripada sesuatu maklumat yang mencapai tahap dzan akan kebenarannya. Maklumat yang mencapai ketahap dzan terhadap kebenarannya adalah maklumat yang berasaskan bukti-bukti yang kukuh. Bukti ini biasanya boleh dicapai oleh pancaindera manusia.Untuk mengubah sikap memerlukan beberapa langkah.Sedar Sebelum Berubah (SSB)Imam Ibnu Qayyim menamakan peringkat ini sebagai al-Yaqzah (kesedaran). Kesedaran terhadap kelalaian diri daripada menunaikan hak-hak Allah melahirkan perasaan al-Khauf ( takutkan Allah ) Perasaan ini menimbulkan keinsafan dan kemahuan untuk berubah.

Lantaran itu langkah pertama ialah ilmu dan kefahaman yang embuahkan keinsafan.1. Mengetahui apalah sikap yang hendak diubah.2. Menyedari dan mengisafi kenapa perlu mengubah sikap tersebut.Langkah kedua, Melukiskan plan perubahan diriLangkah ke 3. Berusaha mengubah dengan membuat latihan amli.Langkah ke 4. Hidup dalam persekitaran yang positif.Contoh teladan dan dorongan luaran boleh membantu perubahan. Al quran menggunkan kaedah cerita dan kisah-kisah dalam menonjolkan sikap-sikap positif yang boleh dicontahi dan sikap-sikap negatif yang perlu dijauhi. Rasulullah s.a. menjadi contoh kepada para sahabat dan genrasi salaf menjadi contoh kepada generasi masa kini. Umat Islam sepatutnya menjadi contoh dan syuhada’ kepada orang-orang bukan Islam.Melalui kisah-kisah ini kita dapat memahami sikap yang betul, kepentingan dan kesannya dan akibat negatif jika kita tidak memilki sikap tersebut disamping membantu minda kita memahami dan menggambarkan sikap tersebut untuk dicontohi.Kisah nabi Sulaiman yang bersyukur dan Firaun yang takabbur adalah dua kisah yang berbeza yang diceritakan oleh al-Quran.Penulis Barat seperti Anthony Robin memahami sunnah kejayaan dengan hanya mengkaji sejarah kejayaan orang-orang yang berjaya dan mencontohi mereka. Oleh kerana sikap manusia adalah kombinasi pemikiran dan kefahahaman, emosi dan amalan yang membentuk kejayaan seseorang maka sesorang yang ingin berjaya perlu memiliki sikap seorang yang berjaya.Generasi sahabat merupakan generasi yang berjaya merubah sikap dan tamaddun ummah, maka umat hari ini juga boleh mencapai tahap kegemilangan silam jika mereka juga memiliki sikap dan amal seperti generasi silam.Sikap Muslim Yang Diperlukan Masa Ini.

Iman al Syahid Hassan al Banna menyimpulkan terdapat 10 ciri asas keperibadian muslim yang perlu diwujudkan bagi menjadikan mereka bergerak dan beramal untuk Islam.1. Tubuhbadan yang sihat dan kuat.
2. Aqidah yang sejahtera
3. Ibadah yang betul
4. Budiperkerti yang mantap.
5. Akal yang berilmu.
6. Kehidupan yang tersusun
7. Memelihara masa
8. Bermujahadah melawan nafsu.
9. Mampu berusaha
10. Bermanfaat kepada orang lain.

Keempat-empat langkah merubah sikap disimpulkan dalam jamaah Ikhwan Muslimin sebagai proses Tarbiah.








No comments:

Jana Pendapatan Anda

Jana Pendapatan Anda
Tips & Strategi

Sembang - Sembang Tupperware

Google+ Followers

Komen Terkini

Get widget here

Follow lah SAYA

Iklan Nuff Nang