Jom Click Iklan Ini. TQ

Nuffnang

Tawaran Hebat

Tawaran Hebat
Pertama DI Malaysia

Team Power Tupperware Brands Malaysia

Team Power Tupperware Brands Malaysia

Wednesday, June 12, 2013

Tupperware Achievement : Champion Higher % Percentage of Sales Growth 2012 - 2013

Salam.
masih terniang niang saat nama di panggil bagi menerima 1 award dari Tupperware dan anugerah tu sangat sangat berharga dan meninggalkan kesan yang mendalam.. bile menyebut nama saya (BOK Chu).. menyebut..  NOORHISYAM BIN RAZALI  .. with 318% increase sales growth in 2012 - 2013.

saya memang agak terkejut sebab itulah 1st conference bile bergelar AED dan award yang saya dapat tu sangat bermakna dan sangat mengujakan.. manakan tidak.. yang paling tinggi..  perubahan peningfkatan lebih 300% sangat membuatkan saya macam nak terbang..

saya pun berjalan ala ala sultan masuk istana.. dan terus menuju ke stage dan amek hadiah hamper sampai ke bahu tu.. sangat besarrrr
so.. seronok..


inilah antara detik detik yang membuat saya bersemangat.

Dikesempatan ini saya nak ucapkan RIBUAN dan MILLION terima kasih kepada semua  ahli keluarga TEAM Power kerana inilah kejayaan kita dan andalah tulang belakang TEAM kita..
saya sangat sangat rasa bertuah dengan komitmen anda..

inilah antara gambar yang sempat saya rakam kan disaat penerimaan anugerah itu..



 ini adalah 2012 masa tu kat recognition central. dapat 5 star director. sangat mengujakan..



ini tahun 2013 dan inilah detik indah yang sampai ala ala meletop bunga api bagai.. suke sangat..

inilah hasil pertapaan saya..


ala ala dah ber entry .. jom lah membaca sikit artikel dari blog lain.. JOM

ini tulisan baharuddin dari blognyer.. bagus taw..


Marketing yang boleh meningkatkan jualan anda.



Idea yang mungkin boleh meningkatkan jualan kedai @ produk anda :: 
1. E-mail


Ianya cara marketing yang paling murah dan paling mudah. Ianya perlu dibuat dengan terancang.

• Pastikan buat database lengkap dan hantar 50 email kepada bakal pelanggan baru. Alamat email boleh diperolehi dengan mudah dari laman web. Buat kepada targeting pelanggan yang dekat terlebih. 

• Perlu buat setiap hari, jika sehari 50 email berapa pelanggan baru yang telah kita hantar maklumat jika sebulan, jika setahun?

• Iklan perlu betul-betul teruja, ada sedikit promosi dan ingatan bagi pembaca. Jangan hanya makluman kosong atau email yang terlalu panjang.

2. Mulakan  marketing take-out and delivery service

Mungkin sudah masanya untuk anda mempunyai services delivery rumah ke rumah atau pejabat ke pejabat untuk meningkatkan jualan. Saya juga tidak pasti adakah perkara ini sesuai untuk perniagaan anda. Tetapi jika ianya berlaku, anda adalah produk pertama yang mempunyai perkhidatan sebegitu. 


1    3. Try up-selling

Selain dari menggunakan marketing buat strategy untuk menjual produk yang paling mahal, paling sedap dan paling banyak kepada pelanggan. Wujudkan pakej – pakej baru kepada mereka yang berkumpulan. Perlu di latih kepada yang mengambil pesanan pelanggan. 


1.      4. Mengatasi masalah lambat deliver
Kemungkinan boleh wujudkan jenis menu cepat khas buat mereka yang nak makan cepat, nak kerja. Masakan nya sudah tersedia terlebih dahulu. Saya tidak pasti ianya boleh dilaksanakan atau tidak.
2.      5. Host event
Cuba fikirkan jenis event dan crate event supaya ada yang datang seperti yang telah dilakukan sebelum ini contoh hari ibu, hari bapa, hari kekasih, pakej tahun baru cina, pakej istimewa, wujudkan pelawak ke, live band sesekali....dan banyak lagi. Ianya tidak dibuat secara kerap. Infomasi yang kita mempunyai bilik dibelakang juga tidak diberi.
3.      6.  Antara pelanggan yang perlu dijaga adalah pelanggan yang setia
1/3 teorinya mereka yang akan datang dan datang lagi ke restoran kita adalah pelanggan yang selesa dengan perkhidmatan kita. Wujudkan personal touch dengan pelanggan kita. Minta bantuan mereka untuk bawa bakal pelanggan baru. Sesekali wujudkan give atau hadiah kepada mereka yang setia. Mungkin cadangan card diskaun boleh di cuba semula ...MUNGKIN.
 
4.     7.  Website, blog dan facebook
Wujudkan website atau blog yang member impak yang besar. Berikan infomasi pada saya jika anda perlukan pertolongan saya untuk perkara ini. Buat marketing secara berkala terhadap beberapa pagebook , layan kerenah pelanggan. Masukan gambar dan event, mereka akan lebih mempercayai melalui gambar. Facebook buat secara berkala contohnya 2 kali seminggu isi dengan infomasi praduan dan gambar , cuba tambahkan pengguna dalam facebook.
5.     8.  Traditional marketing
Jika kita buat marketing jenis lain , cara ini perlu terus berjalan. Cari saluran maklumat yang paling sesuai dengan kita. Face to face dengan memberi flayer info di pekan-pekan atau pasaraya. Masuk kan flayer ke dalam surat khabar
6.     9.  Perlu ada target jualan harian dan bulanan
Target jualan ini perlu disampaikan kepada semua warga dimpian supaya mereka bersama-sama faham.
7.      10. Menggunakan apa yang kita ada
Kita ada staf, minta semua bantu kita dengan memberikan maklumat akal pelanggan. Kita ada hotel, cuba fikirkan jualan paksa dengan mereka misalnya member satu pakej termasuk makan malam + penginapan.
8.      11. SMS
Saya masih percaya cara ini adalah paling berkesan dan paling cepat. Cuba dapatkan seberapa banyak number telipon pelanggan dengan promosi yang kita jalankan. Untuk mendapat maklumat pelanggan dapatkan dari praduan cabutan betuah. Kumpulkan phone number dari database yang lepas. Seingat saya kita pernah ada masa kita buat kopitiam dulu, cari semula. Jangan pula buat sekali setahun ...buatlah 2 minggu sekali dan ayat promosi perlu power.


ini pula dari blog
 zamri @ thinkerich .. memang bagus


Selepas beberapa ketika, produk anda mungkin akan mengalami tahap tepu
di mana anda mungkin boleh melihat bahawa produk anda telahpun
dipasarkan di mana-mana sahaja di Internet, atau pun di sebaliknya, di
mana produk anda tidak dapat dijual langsung kerana terdapat persaingan
yang hebat.
Dalam erti kata lain, produk anda telahpun melalui zaman kegemilangannya
dan sekarang ianya menuju ke zaman kejatuhan. Perkara ini tidak mustahil
walaupun produk anda merupakan produk yang berkualiti tinggi dan
mempunyai permintaan yang tinggi suatu masa dahulu.
Hendak dibuang daripada pasaran, terasa sayang. Hendak diteruskan jualan,
jualan pula tidak memberansangkan. Rakan JV atau affiliate anda yang
dahulunya gah mempromosikan produk anda ini sekarang tidak lagi
mempromosikannya.
Jadi, anda tentu perlukan cara baru untuk membangkitkan semula minat
orang ramai terhadap produk anda.
Disebabkan telah hampir habis strategi pemasaran dilakukan oleh anda
semasa mempromosikan produk anda tersebut, maka ianya logikal untuk
anda mencuba cara yang lain.
Di dalam contoh ini, salah satu cara yang berkesan ialah dengan
melancarkan semula produk anda tersebut.
“Pelancaran Semula” produk bukanlah perkara yang asing lagi di dalam
strategi pemasaran. Di antara cara yang dilakukan oleh peniaga ialah
dengan melakukan satu atau perkara yang berikut:

1. Menukar Label atau Penampilan Produk
Jika produk anda ialah sebuah ebook, mungkin anda akan menukarkan ebook
cover, banner atau keseluruhan laman web jualan. Menukarkan produk
digital ke produk fizikal juga adalah salah satu daripadanya.

2. Menulis Semula Surat Jualan
Walaupun produk yang dijual adalah sama tetapi cara penyampaian di dalam
surat jualan dilakukan dengan cara berlainan untuk menarik minat pasaran
yang berlainan ataupun mensasarkan lagi pasaran yang sedia ada.

3. Merombak Kembali Struktur Komisyen
Sekiranya anda mempunyai komisyen jualan affiliate, pada masa inilah
penstrukturan semula komisyen boleh dilakukan. Mungkin sebelum ini
komisyen sebanyak 30% daripada hasil jualan tidak menarik minat ramai
pemasar atau rakan niaga anda, tetapi jika anda naikkan kominsyen
sehingga 60%, besar kemungkinan ianya akan membangkitkan semula
semangat mereka untuk mempromosikan produk anda.

4. Menambah Isi Kandungan Produk
Kebanyakan pembeli akan berasa lebih gembira sekiranya isi kandungan
produk yang anda jual bertambah lebih banyak daripada produk sebelumnya.
Jika ebook yang anda jual dahulu cuma 100 mukasurat dan sekarang anda
menjualnya dengan tambahan 75 mukasurat, mereka akan berasa bahawa
anda telah menambah nilai produk tersebut walaupun apa yang anda
lakukan mungkin cuma menambah beberapa bahagian yang perlukan
penghuraian yang lebih terperinci daripada dahulu.

5. Menilai Semula Harga Produk
Memberikan lebih banyak kandungan produk anda dengan mengekalkan
harga sekarang (atau menurunkan harga) dapat juga menarik minat bakal
pembeli terdahulu yang ingin mendapatkan produk anda tetapi masih
ragu-ragu tentang harga dan kandungan produk anda. Dengan mengatasi
masalah ini, anda mungkin memenangi semula hati bakal pembeli terdahulu.
Dari sini, anda boleh lihat bahawa pelbagai cara boleh dilakukan untuk
memulakan semula proses pelancaran semula produk anda yang sedia ada
sekarang.
Proses pelancaran yang biasanya anda lakukan sebelum ini bolehlah
diaplikasikan semula seolah-olah produk yang anda akan lancarkan semula ini
adalah produk baru.
Di antaranya ialah mengadakan peraduan jualan terbanyak bagi agen jualan
anda, mencari rakan niaga yang baru, membeli iklan di laman web tertentu,
melakukan joint-venture dan proses pra-pelancaran dan sebagainya.

No comments:

Jana Pendapatan Anda

Jana Pendapatan Anda
Tips & Strategi

Sembang - Sembang Tupperware

Google+ Followers

Komen Terkini

Get widget here

Follow lah SAYA

Iklan Nuff Nang