Jom Click Iklan Ini. TQ

Nuffnang

Tawaran Hebat

Tawaran Hebat
Pertama DI Malaysia

Team Power Tupperware Brands Malaysia

Team Power Tupperware Brands Malaysia

Sunday, April 21, 2013

Kenapa Orang Tupperware ada sikap PHD ?

salam..
tersenyum mendengar rungutan seorang hamba ALlah ini.. tak tahulah agama apa?.. tapi dah dapat kesan orangnya,. sebab bile saya tanya dan korek punya korek.. saya menjumpai.. orang yang suke komplen tentang saya.. itu tak kena .. ini tak kena..
dan pompuan yang komplen tu memang muka dia LAWA.. sebab ada hidung dan mulot.. tapi hati dia BUSUK..

macam nie lah.. saya cerita kisah nyer..
Ingat lagi tak POSTER "Kempen Tukar Uplline Tupperware" yang yang buat..
kempen tu.. sah sah saya ada letak syarat.. yang mana yang paling penting  iaitu saya cakap
"JIKA ANDA TIADA UPLINE ATAU PUN TERAWANG - AWANG"..
ini yang saya tulis..
dan saya juga cerita.. KALAU ANDA YANG DAH DROP...
boleh sertai TEAM POWER..

al-kisahnyer.. PEREMPUAN DURJANA ini.. rasa sentap.. dan sakit hati (nasib baik dia tak santau aku)..
sebab downline dia dah tukar ke TEAM saya.. saya tak paksa.. downline yang nak sangat JOIN team saya.. dan saya guide dia sampai dia dah BERJAYA jadi Director.. yang paling best.. dia jadi director selama sebulan nie.. (fast Track ) gituew.. dan selama KAKAK X ini jadi downline POMPUAN UPLINE MEROYAN (PUM) ini.. memang langsung dia tak jaga.. kakak X ini setiap bulan buat sales atas nama sendiri hampir 3-4 ribu sebulan dan langsung dia tak amek campur.. dan yang paling menyedihkan..  katalog pun dia chage RM0.70.. heyyy.. memanglah kita beli.. tapi jangan la sampai tahap berkira sebiji katalog.. so BAD !!!

saya pun just bagitahu je.. yang KONSEP team power ini berkongsi semua strategi.. poster dan yang paling.. kami support each others.. buktinya.. 27 hb ini bakal berlangsung hari keluarga TEAM power..

so.. alkisahnya.. kakak yang giler meroyan ini.. dapat tahu yang downline dia seperti dirampas oleh saya.. dia pun marah.. tapi tak BERANI plak nak berdepan dengan saya.. just.. meREPORT kat HQ.. memang pengecutt.. kalau berani. marilah berdepan ngan aku.. pandai lah aku nak buat mulot ko macam mana aku aku SENTAL jamban aku.. DASAR POMPUAN TAK GUNA>. harap muka je suci.. hati macam syaitan !!
"astarfurrullah....
tetibe je saya emosi..
tapi tak pe.. siapa yang benar.. ALLAH akan lindung dia..
bile saya kaji tentang dia.. memang dia ini ada maSALAH JIWA..
1. TAK BOLEH TENGOK ORANG SENANG
2. TERCABAR BILA MANA ORANG LAIN BOLEH JADIKAN DOWNLINE DIA DIRECTOR
3. SUKE TENGOK ORANG MENDERITA.

jadi. saya pun mendapat email dari HQ.. suke buang poster.. ala ala tukar Upline tu la..
so.. saya pun ikut je kehendak HQ.. malas nak bising bising..
jadi.. saya gantikan dengan poster ini



saya ingat dah abis..
rupanya.. dia marah jugak. sebab rasa TERHINA.. kata dia..
so.. HQ pun kata.. tolong buang ENTRY itu..
ewah ewah.. banyak songeh..
PEDULI apa aku..
aku dah buang poster.. kira bagus la..
ini nak plak buang poster kempen makan buah buahan aku ini..
PERGI MAMMMM la...

jadi.. saya pun buanglah.. bile dipujuk oleh BCO saya..
saya gantikan dengan poster ini pulak.


dan saya rasa.. dia memang tak suke saya buat kempen la..
memang dia dok memerhatikan dia..
saya tak nak block dia sebab kesian dia nanti nak kena buat fb yang baru..
saya serahkan kat ALLAH la.. nak membalasnya..
saya tak KACAU orang pun..
cume saya nak BELA nasib mereka yang masih tak boleh nak maju sebab di bawah UPLINE yang keji macam dia..

Sorry to.. say.. saya memang mulot jahat.. tapi hati saya.. ALLAH sahaja yg tahu..
saya bile fikir fikir..
rezeki ALLAH yang tentukan.. banyak atau sikit.. kalau berkat.. ia tetap jugak berkat dan CUKUP..
alhamdulillah.. Rumah PERTAMA saya hasil duit komisen tupperware akan selamat dipindah milik..
yeahhh

jadi.. saya anggap.. pompuan puaka itu sebagai HANJING je lah.. menyalak lah kat atas bukit..
dah penat nanti .. diam lah.
saya tak akan give up..
ini syam la.. nama TEAM POWER.. Allah adalah pelindung saya..
saya tersenyum bile tengok fb dia.. penuh dengan penderitaan..
anak sakit.. laki tak balik umah..
pastu.. itu ini.. masalah dia..
memang itulah balasannyer..
dari dia busy body hal orang.. baiklah MUHASABAH diri..
so.. akak yang baik budiman *****.. bawak bawaklah BERTAUBAT yer..
TUKARLAH.. sifat kepada sifat yang lebih mulia..

BILE teringat balik.. patutlah ramai downline saya yang kena report sana sini.. sebab nak UPLOAD katalog awal pun jadi issues..
jadi untuk TEAM POWER..
buat bodohh je pada hanjing hanjing ini.. dari komplen orang je.. buat lah sales awak tu.. atau jaga anak.. ajar mengaji ke. supaya besar nanti tak ada lah jadi macam awak tu..

jadi.. saya mohon maaf kalau kasar sikit bahasa saya nie
tapi tak sampai mencarut..
sesungguhnya.. kalau saya jumpa... saya tahu lah nak buat apa kat muka dia...
siap kau!!!

ini ada sedikit bingkisan agama.. moga jadi sikit baik hati tu..
tentang azab orang dengki...


Tujuh Faktor Kenapa Penyakit Hasad Dengki Menguasai Diri Manusia
Sahabat yang dirahmati Allah,
Hasad dengki adalah satu sifat mazmumah yang dibenci oleh Allah S.W.T. Sesiapa yang ada sifat ini sebenarnya ia tidak meredai ketentuan Allah S.W.T yang telah dikurniakan sesuatu kelebihan atau nikmat kepada seseorang dikalangan hamba-hamba-Nya.
Terdapat tiga ciri sekiranya ada pada diri seseorang ia mempunyai penyakit hasad dengki.
1. Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.
2. Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.
3. Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.

Di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali ada disimpulkan tujuh faktor yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut.
Antara lain :-
1) Perasaan Permusuhan dan Kebencian
2) Merasa Diri Mulia
3) Takabbur
4) Ujub
5) Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan
6) Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti
7) Busuk Hati.
Huraian faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut.


PERASAAN PERMUSUHAN DAN KEBENCIAN

Ini adalah sebab yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Kerana sesiapa yang disakiti oleh seseorang lain atas sebab-sebab tertentu atau menyangkalnya dalam tujuan-tujuan tertentu lantaran alasan-alasan tertentu, hatinya pasti marah lalu membenci orang yang menyakitinya itu, maka tertanamlah bibit dengki dalam dirinya. Dengki mengundang perlakuan yang agresif untuk memuaskan hatinya.
Pendekkata perasaan hasad dengki sentiasa bergandingan dengan perasaan marah dan permusuhan. Semua manusia pada dasarnya memiliki sifat marah, kerana marah adalah salah satu tabiat manusia. maka agama tidak melarang marah, tetapi kita diperintahkan untuk dapat mengendalikan marah dan senantiasa menjadi pema’af.
Fiirman Allah s.w.t yang bermaksud : “Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh”
(Surah Al-A'raaf ayat 199)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)"
(Hadis Riwayat Baihaqi)

MERASA DIRI MULIA

Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu merasa keberatan kalau ada sesiapa yang dianggapnya mengatasi dirinya. Dia tidak rela kalau ada orang lain melebihinya. Kalau ada orang –orang sepertinya yang mendapat lebih pangkat, kuasa, ilmu dan harta, dia bimbang kalau-kalau orang tersebut akan bersikap sombong terhadapnya. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah dia tidak boleh menerima apa yang dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.

TAKABBUR

Jelasnya seorang itu mempunyai watak membesarkan diri terhadap orang lain, selalu memperkecilkan dan mempergunakan seseorang untuk kepentingan dirinya. Ia menganggarkan seseorang itu mematuhinya. Apabila orang berkenaan menerima atau memperolehi sesuatu kurnia ia khuatir kalau-kalau orang itu tidak lagi merelakan diri untuk mengikut arahannya. Akhirnya orang yang telah mendapat kurnia tersebut akan enggan mengikutinya, atau boleh jadi ia menganggap orang tersebut akan cuba pula menyainginya.
Allah S.W.T. berfirman (di dalam Hadis Qudsi) : "Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu. Maka barang siapa menyamai-Ku salah satu dari keduanya, maka pasti Kulemparkan ia ke dalam Jahannam dan tidak akan Kupedulikan lagi."
Apabila kita meneliti maksud hadis ini, ia dengan jelas menyatakan bahawa kesombongan dan kebesaran itu hanya milik Allah s.w.t. semata-mata, tetapi bagaimanakah perasaan ini masih boleh timbul di dalam hati manusia?
Sebenarnya, perasaan sombong atau takabbur boleh berlaku apabila timbulnya suatu pandangan terhadap orang lain dengan pandangan yang kecil dan hina.

UJUB (BANGGA DIRI)

Terdapat tiga ciri-ciri ujub iaitu :
a. Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.
b. Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.
c. Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.
Pernah Allah Subhanahu Wata’ala jelaskan kepada kita perihal umat-umat di zaman silam. Mereka merasa takjub dengan diri mereka sendiri. Hal ini menghalang mereka menurut kebenaran. Hujjah mereka selalunya ialah seperti yang tertera di dalam Al-Quran :-
“Bukankah kamu tak lebih dari manusia(biasa) seperti kami juga?”
Dan ungkapan yang berbunyi: “Dan mereka berkata adakah wajar kami mempercayai manusia yang seperti kami juga?”
Golongan tersebut merasa aneh melihat orang yang berjaya mendapat pangkat kerasulan, menerima wahyu dan martabat yang dekat di sisi Allah Subhanuahu Wata’ala ialah manusia seperti mereka. Sebab itu mereka menaruh rasa dengki kepada Rasul-Rasul tersebut.

TAKUT TERLEPAS SESUATU TUJUAN DAN HABUAN

Biasanya perasaan ini wujud dalam kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Tiap orang akan merasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat suatu kelebihan yang boleh membantu dirinya sahaja membolot habuan yang menjadi tujuan mereka tadi.

GHAIRAH MENJADI KETUA DAN MENCARI POPULARITI

Umpamanya seseorang yang bercita-cita untuk menjadi manusia pertama yang tidak ada tolok bandingnya dalam salah satu cabang seni. Apabila keghairahan terhadap pujian dan jolokan – bahawa dialah satu-satunya pakar yang tidak ada taranya di zaman itu – telah menguasai dirinya, tiba-tiba dia mendengar ada orang lain yang dapat menandinginya di tempat lain. Hal ini nescaya akan menyusahkan hati perutnya. Ia bercita-cita kalau tandinganya itu mati sahaja atau kemahirannya menurun dan pupus.

BUSUSK HATI

Keadaan ini kalau ada pada seseorang maka ia akan bersikap tidak suka sesuatu kebaikan diperolehi oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan dihadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, sempit hatinya mendengar perihal tersebut. Akan tetapi apabila dinyatakan pula sebaliknya, umpama tentang kesusahan, kegagalan dan nasib malang menimpa orang lain maka ia merasa gembira dan suka hati.
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita buangkan sifat hasad dengki ini samaada di dalam hati atau di dalam tindakkan dan amalan kita. Sifat yang keji ini bukan saja mendapat kebencian manusia tetapi yang paling penting sifat ini di benci oleh Allah S.W.T. Hidup di dunia ini adalah sementara dan kehidupan di hari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi maka tinggalkanlah sifat hasad dengki ini kerana sesiapa yang menuruti sifat ini dia sedang mengikut hawa nafsunya dan mengikut bisikan syaiatan dan akan mendapat azab seksaan dihari akhirat nanti.




3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Le poste de dg de Coop UQAM constitue un retour la maison et un retour aux sources pour Andr Moro, qui travaillait auparavant en Ontario titre de directrice nationale des op de la cha Foot Locker. grandi Montr au sein d'une famille impliqu dans le mouvement coop notamment la F des caisses populaire Desjardins pr UQAM remet plus de 200 000 $ en bourses et en commandites d' durant l'ann scolaire. important pour nous d'appuyer les dans leur cheminement acad et leurs projets soutient Mme Moro.
ce que 莽a signifie exactement [url=http://www.footlockerfrancepascher.com/]foot locker france pas cher[/url] Quel d茅marche faut il faire pour adopter en belgique
C'est le printemps chez les nounous et non nounousLa bretagne en chansons , la bretagne en chantant :Amour: quand l'am茅rique passe par la bretagne,le 'far' ouest s'enflammeNouvelle ann茅e pour les nounous et nonnounousLa java des bretonnes 莽a cartonneAu 1er decembre nounouset nonnounous pensent deja noelLa cuisine au quotidien chez vousPossible le retour des lyonnaisesLes nounous et nonnounous sont l脿 m锚me au mois d'ao没tIl pleut il mouille chez les nounousDu haut du phare les bretonnes guettent le printemps qui s'installeC'est le printemps chez les nounous et nonnounousInvasion de schtroumpfs chez les nounousLe new des posts des bretonnes!Le rassemblement des nounous c'est par iciFoot lockerDeuxi猫me mois de grossesseMariage religieuxNumerologie gratuiteMaigrir [url=http://www.chaussuresfootlockerpascher.com/]foot locker france[/url]
from the University of Connecticut and completed postdoctoral work at Princeton University in rhetoric and persuasion.
I found the Novac motel room to be the most efficient home. Simple to get to, there are work/ reloading benches right across the street and some good place to trade/buy/sell. [url=http://www.chaussuresfootlockerpascher.com/]chaussuresfootlockerpascher.com/[/url]
If nothing else, you'll be the popular guy in the locker room when somebody forgets theirs. White tape is used for the knob (buttend) of your stick; black tape is used on the bottom (blade).

Anonymous said...

Espadrilles hail from the Pyrenees; they are defined by their jute rope sole and natural fibers. Dating back to the 1500s in Catalonia, Aragon, Occitania, and the rest of Basque country, these shoes were the footwear of choice (well, maybe the only footwear) worn by peasants, both men and women. [url=http://www.birkenstockinaustraliaonline.com/]birkenstock australia sale[/url] Scribes had a very intellectual job.
I live in Lake Tahoe, so good hiking / beach shoes are a must. Have you tried Keen shoes? I used to be a Tevas fan until I tried Keens.
Am J Physiol 267:812 1994Verbavatz JM, Van Hoek AN, Ma T, Sabolic I, Valenti G, Ellisman M, Ausiello DA, Verkman AS, Brown D: A 28 kD sarcolemmal antigen in kidney principal cell basolateral membranes: Relationship to orthogonal arrays and MIP26. J Cell Sci 107:1083 1994Orci L, Humbert F, Brown D, Perrelet A: Membrane ultrastructure in urinary tubules. [url=http://www.birkenstockinaustraliaonline.com/]birkenstock australia online[/url] with one lawmaker painting a very vivid Reservoir Dogs
You are also right about Jesse Jackson and Al Sharpton being pupils of Dr. King but I would contend that they are not nearly as radical as he is when he writes "Where Do We Go from Here". I believe that Dr.
My mother intervened the situation and suspected me."Mou have you taken it?" I said no. She warned,"If you have taken it accept else I am going to spank you hard if later I find you doing so." I denied. She came to me and searched my pocket. [url=http://www.birkenstockinaustraliaonline.com/]birkenstock australia online[/url] class evening occasions

Jana Pendapatan Anda

Jana Pendapatan Anda
Tips & Strategi

Sembang - Sembang Tupperware

Google+ Followers

Komen Terkini

Get widget here

Follow lah SAYA

Iklan Nuff Nang