Jom Click Iklan Ini. TQ

Nuffnang

Tawaran Hebat

Tawaran Hebat
Pertama DI Malaysia

Team Power Tupperware Brands Malaysia

Team Power Tupperware Brands Malaysia

Monday, February 4, 2013

Tips Strategi Mendapat Recruit New Member Tupperware lebih 100 orang sebulan

Salam..
hari ini.. kerja saya penuh dengan perjalanan..
ke pejabat post.. post barang.. dan renew insurance kete..
pastu.. saya terus ke kelas dan bawa budak budak kelas ke PERPUSTAKAAN komuniti Petaling Jaya
dan masak malam dan terus ke gelanggang badminton sehingga jam 1 pagi..
memang rasa tak cukup.. tapi ALLAH dah ciptakan 24 jam tu.. ngam ngam untuk manusia.. 6 jam tidur... 8 jam bekerja.. dan selebihnya adalah hidup berkeluarga dan bermasyarakat
bagi saya.. ada saya jumpa kawan kawan.. atau pun pelajar saya yang bercakap dengan saya..
"ENCIK dah KAYA.. belanjalah kami"..
kadang kadang kawan cakap.. " apa lagi syam.. dah masyukkkkk.. belanja la pizza"
semua nampak kejayaan dan kekayaan itu.. mereka tak nampak..
masa diorang tengah berdengkur dan makan angin dan bergembira.. saya sibuk mencangkung.. bersengkang MATA.. mencari customer dan downline baru bagi mengukuhkan oraganisasi saya....
DIORANG tak pernah tahu.. saya berpeluh peluh ulang alik hantar barang ke post yang mana untungnya berapa ringgit sahaja demi nak pastikan downline gembira dengan barang yang di order..
MEREKA tak pernah tanya.. berapa kali saya makan dan berapa JAM saya TIDUR sedangkan mereka tersenyum sambil membuta dari malam sampai ke senja..
ALih alih.. nak berkongsi NIKMAT hasil titik peluh JANTAN bersama...

saya tak marahkan mereka tapi.. mereka tak ada GIVE and TAKE..
kadang - kadang bebudak kolej nampak saya angkat kotak dalam 6-7 kotak.. mereka pandang dan buat tak nampak je.. bile saya buat jamuan.. semua datang bawak tembolok... tapi saya ikhlas.. cume sedih.. sifat menolong cikgu tu dah kurang.. tapi saya tak suke susahkan mereka sebab ini kerje saya.. kalau saya kerah mereka.. dah jadi satu kerje dan saya perlu bayar kos kerje mereka tu..

sama lah jugak kawan - kawan.. memang kadang kadang nak tempeling je sorang sorang..
semua menganggap saya KAYA dan hari hari saya RAYA.. depa tak taw.. saya bersengkang mata nak mencapai target setiap bulan..

setelah 2 TAHUN saya bekerja keras.. tanam sifat positif.. dan ALLAH bantu saya.. ketemukan downline downline yang punya aura yang positif.. tak suke meminta minta... bagi je apa yang kita sediakan.. dan saya selesa bila berada dengan mereka.. sebab aura mereka inilah.. terilhamnya TEAM POWER

dan jumlah organisasi saya dah mencecah ke 1500 orang..
ALhamdulillah.. saya sudahpun bergelar AED dalam bulan ini.. dengan kelahiran director yang ke 19 iaitu syarifah aini dan suaminya NIZAM.. inilah berkat pulang dari KOREA..

dalam tempih 2 tahun ini.. saya still kerja dan makan gaji sebagai pengajar di KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA PETALING JAYA.. dan alhamdulillah.. tahun 2012.. tahun lepas.. begitu bermakna.. kerana saya di nobatkan sebagai STAF cemerlang diperingkat MARA dengan membawa pulang RM1000 dan selalu orang kerajaan panggil APC ( Anugerah Khidmat Cemerlang).. tambah membanggakan dalam kesibukan.. saya terut memenangi ANUGERAH PENDIDIK TERBILANG di dalam kategori KKTMPJ. tahun 2012 juga menunjukkan betapa saya turut mencapai kejayaan dalam HOBI saya iaitu berpuisi dan berpantun..

anugerah PEMANTUN terbaik di festival pantun nusantara peringkat asia tenggara yang berada di BRUNEI.. telah menjulang semangat saya dalam arena pantun dan turut juga saya mendapat beberapa kemenangan didalam pertandingan puisi.. yang paling best.. Pertandingan deklamasi puisi antara kementerian.. saya bergelar JOHAN...

memeang patut pun saya BUJANG lagi.. sebab kalau ada isteri.. mesti dia sedih sebab suaminya asyik dok kehulur kehilir..

saya memang bersyukur dan rasa macam tak percaya.. saya boleh uruskan 3 perkara dalam satu masa

KERJA HAKIKI  + Tupperware + Hobi Puisi dan Pantun = 24 Jam..

jadi saya terfikir.. kalau saya buat FULL time dalam tupperware.. setiap saat dan minit saya sangat bermakna dan saya akan fokus giler giler..

untuk Tupperware pulak.. kejayaan 2012. paling bermakna saya..
1. Dapat pergi KOREA walaupun trip ini hanya untuk yang ada BCO dan AED keatas.. namun saya berjaya
2. Terpilih untuk tersenarai 30 star director ke Executif meeting di Sharaton hotel. HL..
3. Saya berjaya 25 orang yang terbaik dapat recruit lebih 50 recruit dalam cabaran recruiting.. dapat RM500 dan dapat printer FREE
4. berjaya keluar kisah saya dalam Success Story dalam majalah INSPIRA.. majalah tupperware
5. Blog saya dah berada di 1ST rank dalam google.. mengatasi web Tupperware brands dari HQ sendiri..

semua kejayaan ini adalah hasil dari susah payah downline dan director saya..
tanpa kegigihan.. mimpi tak bermakna..
 betul tak?

oklah.. mesti tak sabar - sabar anda nak tahu apakah rahsia.. saya dapat recruit dalam sebulan lebih dari 110 orang setiap bulan.. Nov 2012 ( 112 orang) , Disember (119 orang) dan Januari (115 orang).. semuanyer ada rahsia dan cara yang tersendiri. cara caranya adalah

TIPS mendapat recruit ramai :

1. JOIN kami TEAM POWER
2. Hadir ke Meeting Kami setiap Sabtu di STOKIS ampang ( call dulu untuk Booking) - 012-399 39 47
3. Lengkapkan Pendiding dan pasang Aura Positif
4. Masuk ke http://www.facebook.com/groups/tupperwaremalaysia/5. Rahsia tu lebih ke dalam What apps : 012 - 399 3947 (team power sahaja)

saya bukan tak mahu kongsi.. rahsia ini hanya TEAM saya sahaja.. harus sertai..
BERANIKAN diri.. untuk masuk ke TEAM kami.. anda yang dipinggirkan upline ke.. yang nak tukar upline ker..
anda yang kami cari !!










No comments:

Jana Pendapatan Anda

Jana Pendapatan Anda
Tips & Strategi

Sembang - Sembang Tupperware

Google+ Followers

Komen Terkini

Get widget here

Follow lah SAYA

Iklan Nuff Nang