Jom Click Iklan Ini. TQ

Nuffnang

Tawaran Hebat

Tawaran Hebat
Pertama DI Malaysia

Team Power Tupperware Brands Malaysia

Team Power Tupperware Brands Malaysia

Monday, January 28, 2013

Tupperware Malaysia Vs MLM XXX (nama dirahsiakan)

salam
semalam AHAD bersamaan 27 Januari 2013, Tupperware Malaysia (saya) memenuhi permintaan dari seorang kakak yang benar - benar nak saya hadir ke asembly MLM yang dia ceburi.. memang berat hati nak pergi.. tapi nak berfikiran positif.. saya luang masa untuk ke tempat itu.. setengah jam saya lewatr.. tapi kakak tu masih setia menunggu dalam renyai petang jam 2.30.. mungkin dia dah tunggu saya dari jam 12.. dan paling kesian.. bile jumpa dia.. muka dia berseri seri.. seorang menyambut saya dengan pelukan.. tapi tak peluk taw..

nama kakak nie saya gelar KAK TON - bukan nama sebenar..
selalu sangat what apps kata peluang keemasan kerana tengok potensi saya yang ala ala meletops gituew.. jadi katanya.. saya boleh buat bisness tu..
saya pun desak dia.. dan tanya.. apa bisness nyer
dia pun tak menjawab.. last last saya serkap jarang
" Amway ker kak?.. cosway?.. coway?.. Hai O ?.. zuliaance ker.. score A ker.. ataupun &*97&)76hGYh ???
akhirnya.. akak ton bagitahu jugak lah.. cukup lah saya gelar MLM ini XXX..
jadi saya cukup mengelak.. cakap saya sebuk asembly tupperware.. niaga lah.. demam la..
tapi kak ton masih setia menanti.. dan dia rupanya memang excited nak saya join..
BAIKLAH kak.. saya datang.. jam berapa?.. dia pun kata jam 2.30..

pada sabtu dia dah ingatkan.. dan tiba lah hari yang dinanti nantikan.
saya melangkah masuk ke tempat ini yang building banggunan seakan akan tersorok tetapi banyak kedai makan plak.. ada 3 kedai makan.. dan masa tu.. ramai betul budak budak muda dan REMAJA pakai KOT segala bagai.. blazer.. ala ala kerje gomen gituew.. teringat plak masa saya muda muda dulu jual unit trust.. macam tu lah gayanyer..

masuk je kat kelasnyer.. memang ramai bebudak muda.. dah semua wajah wajah freshhh.. dan kat belakang ada seorang tokan amek attendance.. saya duduk paling hadapan dan kemudian dia kata lebih afdal maju kedepan.. saya pun duduk lah kat bahagian ke tiga paling depan.. tak moh depan sangat.. nanti gerimis merecik kat muka saya...

bile dia start bercerita.. nampak memang cakap nyer tersusun dan ayat yang digunakan seperti air yang keluar dari mulot dia.. kemudian diperkenalkan jutawan muda dengan gaji 10 ribu setiap bulan.. terkedu saya.. yang bestnyer asembly.. kebanyakkan mereka berjaya bawa rakan dan rakan mereka nie nak plak ikut dan memang bile yang cakap depan cakap.. "HEBATTTTTT"..... ada yang akan melaung sekuat kuat nyer.. " XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX".. mahu terkezut beruk saya.. memang semangat.. yang lebih semangat yang perempuan..

saya pun lihat apa yang dibentangkan tentang kehebatan product berasaskan pendidikan itu.. last last saya rasa sangat bersyukur bile mana saya memilih TUPPERWARE.. walaupun setiap bulan komisen saya sekadar RM3000 - RM 5000 sahaja.. tak lah sampau 30 ribu dan 300 ribu,..
memang mereka berjaya dan saya kagum... bile tengok cara komisen itu diberi.. saya dah rasa ini satu yang tak berapa nak jelas.. lalu saya pendamkan sahaja. pastu dah 1 jam 30 minit.. bontot pun dah kebas.. air mineral atau air paip manis pun tak disediakan.. saya pun nak balik.. tapi KAK TON kononnyer nak kenalkan dengan seorang boss ala ala leader mereka.. saya pun layan la.. saya dibawa ke atas tingkat 2 plak.. atas dari ruang tadi..
dia ajak duduk dan nada dia menerangkan memang bagus.. macam salesman nak jual pelan sewa hotel plak.,. pastu dia pun bercerita benda yang SAMA dengan budak kat bawah tadi cerita..
nak mengantuk lah plak.. AYAT yang sama.. word yang sama.. lawak yang sama.. semua sama lah..
saya ingat mereka nie dah di latih dengan MODAL lawak dan ayat pelaris yang sama.. 
hmmm bagus jugak kalau saya buat ayat pelaris..
dia ni pulak.. nama dia RAFI tak silap.. 30an.. katanyer tak sanggup keje tempat la.. dia kata keje macam robot.. pastu dia join XXXX.. dia pun bercerita dengan mulot dia yang berair liur basi..
ada 3 muka suka.. 1 muka surat amek masa 40 minit.. saya dah lenguh leher.. benda yang sama.. terus saya keluarkan satu soalan.
" BERAPA % komisen saya dapat sebenarnyer?" sebab orang melabur RM 6000 lebih saya dapat 900?.. pastu.. bulan kedua saya.. kalau saya tak dapat orang nak langgan XXXX.. saya dapat apa?..
lantas dia terus menjawab .. encik syam dapat 70% keuntungan runcit.. dia main hembus.. dan saya pun terus keluarkan hset baru saya.. galaxcy NOTE 2.. dan mencari calculator.. bukan nak menghina dia.. tapi nak cari calculator.. saya pun cakap.. bukan kita harus dapat RM4200.. kenapa cuma RM 900 jer.. pastu dia pun terkebil kebil sebab tak sangka.. suara dia teragak agak dan terdiam kejap.. terus dia kata.. kita ada cara pegiraannyer.. dan memang kita selalu kalau dapat 2 orang yang join RM 6000.. kita dapat 900...
saya pun terfikir.. amboi.. kalau 12000 sales.. dapat 900 je ker.. dan setiap bulan,, ada ke kita dapat jual kat orang yang sama.. kalau tuppeware.. setiap minggu dan hari ada acara yang memerlukan tupperware dibeli, orang nak buat hadiah la.. nak buat kegunaan sendiri lah..

jadi.. saya pun senyum jer.. sebab saya siap melukis lagi gambarajah.. saya rasa.. memang terkedu orang tu..

lantas dia pun panggil boss lagi tinggi untuk duduk ditempat dia.. cara boss dia memang nampak macam hebat.. first impresion memang hebat.. dan dia bersalam dan perkenalkan diri.. lalu dia bertanya apa yang tak faham.. lalu saya mengulang.." saya nak tanya.. macam mana dapat RM980 ini.. dan terus dia pintas..
" macam nie lah encik syam.. tak USAH TAHU LAH CARANYA.. sebab kita dah ada sistem yang dipercayai..".. sambil senyum sinis..
"aaaa... tapi.. saya pun cube nak mencelah"//
" encik syam.. PM kita dato najib pun dah percaya kat XXX.. SIAPALAH kita yang biasa ini nak pertikaikan.. PM kata bagus..." ..

dalam hati saya..
" hamboi hamboi.. memang nak kena ko nie".. saya pun membiarkan orang tua tu berleter..
sok sek sok sek.. meluat plak menengok nyer.. tapi dia hebat.. pandag tepat kat mata saya dan saya balas dengan renungan sinis,..

"oklah encik.. MLm ini bagus.. cuma saya nak tanya.. komisen ini saya akan dapat takat mana yer.. sampai downline ke berapa...?".. abis je saya cakap berapa tu.. dia pun mencelah..
"INFINITI".. kata dia
"waw.. dasyatnyer..".. abis tu sampai kesudah saya dapat.. bestnyer.. 
"YER.. itu yang best MLM kita ini.. Menjana lebih menjayakan.. dan dia tergelak.. hah hah hah..
bile saya toleh ke belakang kiri dan kanan.. punya ramai anak anak didik dia..
macam kena kepung plak..
"jadi.. ini macam piramidlah yer.. saya bina rangkaian dan ramai downline.. saya untung?"..
"haah.. memang macam piramid.. tapi bukan piramid.. dan dia bagusssssss" - jawab dia dengan keadaan yang semangat..
"wah.. hebat tu.. maknanyer.. tak ada limit lah nak dapat untung.. untung orang atas"..
tak lah encik sya,,.. orang atas tak untung sebab dapat 5% sahaja.. yang atas kita dapat banyak..
ini bukan sistem PIRAMID..
" pulak dah.. bukan sistem piramid.." - kata dia..
"hmmm.. abis tu nak panggil sistem apa? - bidas saya
sebab dia terpinga pinga dan ramai plak mahluk yang nak tengok dia jawab.. dia pun macam nak marah.. lalu macam hentak sikit meja dengan tangan..
"macam ini lah encik syam... nak berjaya.. encik syam jangan fikir nak mengkaji hal sistem dan komisen.. peratusan.. kerje encik syam.. bawak ORANG>> DATANG SINI dan kami yang AKAN BUAT KERJA.. encik syam dapat untung.. senang kan?..

" best jugak yer.. maksudnya.. bisnes ini.. bisness CARI ORANG la".. saya berkata dengan senyuman..
dia seperti rasa terkesan dengan psiko saya.. lalu.. mengulangi la.. bebelan dia..
" Macam Encik syam yang TAK ADA ILMU".. kamilah bantu.. kembangkan rangkaian encik sya,,
yang penting CARI ORANG.. datang sini dan jadi JUTAWAN.. macam sifu mereka yang jadi JUTAWAN..

saya pun terus senyum senyum.. dan call kak NOR.. dan cakap.. nak ke rumah kak nor.. 
"bagus lah encik sistem MLM ini.. saya suke".. sambil tangan kat bahu .. mata keatas.. 
"saya nak beransur dulu.. nanti saya hubungi KAK TON yer"..
lantas terus saya keluar dari mulot rimau..

lega saya sebab dah dapat tunaikan hajat kak TON..
dan anda pun tahu kan,.. bertapa bertuah nyer kita menceburi bisness tupperware ini.. dan bisness ini bukan saya punyai sistem yang jelas dan bagus.. tapi productnyer memang terkenal seluruh dunia dan sangat nampak hasil.. biarpun saya mendapat kurang dari 10 ribu., namun.. saya heppy dengan apa yang saya lakukan..

yang kesiannyer..
budak budak yang baru abis sekolah.. menjadi agen yang tak bergaji atau mendapat duit mereka tapi mereka boleh gunakan duit itu untuk belanja sekolah dan kolej mereka..
saya tak akan pandang business MLM yang lain.. dan saya yakin.. saya mampu pergi jauh dengan TUPPERWARE..




inilah sistem piramid.. dan sistem tupperware nampak adil dan bagus.. sebab mementingkan komitmen.. kalau sistem piramid.. orang atas tido pun dapat untung.. dalam tupperware tak seperti ini..




ALhamdulillah sistem MLM yang tupperware perkenalkan memang bukan piramid.Tetapi sistem MLM tupperware berbeza dengan sistem piramid. Sistem MLM dibenarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Syarikat yang menjalankan sistem MLM mendapat lesen AJL jika memenuhi peraturan Akta Jualan Langsung. HPA dibawah anak syarikatnya Al Wahida Marketing Sdn Bhd Co.No. 376131 juga mendapat lesen AJL No. 93745. yang diperbaharui setiap 2 tahun. HPA juga mengamalkan sistem MLM berasaskan syariah dengan memiliki 11 orang panel syariah dikalangan mereka yang berautoriti dalam hal ehwal agama.


Adapun Sistem piramid yang dimaksudkan ialah satu sistem dimana sekumpulan orang di bawah membayar kepada orang yang berada ditingkat atas. Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang mara ke tahap paling atas dan mendapata keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian. Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang/produk tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut melalui wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru.Diantara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah:


  1. Produk berkualiti murah dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang keatas inventori barangan yang berlebihan.
  2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.
  3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis antara syarikat dan pengedar.
  4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian dibawah para pengedar.
  5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal
  6. Dakwaan perolehan yang sengaja direka-reka wang dan kejayaan besar serta digembar gemburkan.


Apa yang jelas dalam sistem piramid ini yang menjadi fokus bukanlah penjualan barangan/produk tetapi penajaan ahli baru dimana keuntungan dikaut dari yuran keahlian yang tinggi bukan melaluike giatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan dari orang-orang dibawah., bukan dari keuntungan barangan/produk yang dijual.

Melihat kepada konsep dan ciri-ciri di atas jelas bahawa sistem piramit tersebut bertentangan dengan Syariat Islam kerana terkandung didalamnya unsur-unsur penipuan, pemerasan, gharar(ketidakjelasan salam dalam akad), ghabn fahysh dan sebagainya yang diharamkan oleh Syarak dalam urusan perniagaan dan jual beli.




No comments:

Jana Pendapatan Anda

Jana Pendapatan Anda
Tips & Strategi

Sembang - Sembang Tupperware

Google+ Followers

Komen Terkini

Get widget here

Follow lah SAYA

Iklan Nuff Nang